Followers

Friday, July 31, 2009

untuk perhatian cikgu siti norma, sk berjaya, selangor











Seni pembuatan keris merupakan salah satu komponen seni kraf tempatan yang dimasukkan dalam sukatan pelajaran pendidikan seni visual. Terdapat beberapa buku yang membincangkan khusus tentang keris dan falsafah disebalik penciptaannya. Salah satu buku yang boleh dijadikan rujukan ialah buku "Rahsia keris dan warisan senjata Melayu" oleh Zakaria bin Abdullah. Buku ini boleh dibeli terus dari laman blog http://cikgunasir.blogspot.com/ .




Tidak semua rahsia pembuatan keris dapat kita temui melalui rujukan buku, terdapat rahsia-rahsia lain yang cuma diperolehi melalui temubual dengan tukang-tukang keris. Jika kita perhatikan bentuk keseluruhan keris terdapat bilangan-bilangan lok dari 3,5,7,9,11 hingga 21. Tidak kira berapa lok atau lengkok pada keris, pada akhirnya hujung mata keris mestilah selari dengan putingnya (pangkal). Falsafah disebalik "desaign" sedemikian adalah berkaitan dengan ilmu tasawwuf dalam ajaran Islam. Puting adalah Tauhid, bengkang-bengkok adalah perjalanan hidup dan pengakhiran yang sempurna mestilah betul dengan tauhid. Falsafah sedemiklian cuma diketahui apabila kita berdamping dengan tukang-tukang tua. Ini merupakan pengaruh ajaran Islam dalam seni kraf tradisional keris.




Terdapat pengaruh dari agama lain seperti Hindu dan Budha bercampur aduk dalam kraf tradisional keris. Tetapi setelah kedatangan Islam ke alam Melayu segala pengaruh dari agama lain mula dikurangkan dengan mengubahsuai desaign. Contoh kraf tradisional berbentuk 3 dimensi yang mempunyai pelbagai pengaruh ialah ulu keris Tajong, juga dikenali sebagai ulu Pekaka. Ulu tajong pada asalnya adalah manefestisi kepada bentuk Dewa Vishnu dalam ajaran hindu. Rekaan asal mempunyai kepala, mata, hidung, mulut, tangan dan kaki; lengkap sebagai sebuah patung berhala. Setelah kedatangan Islam pengaruh ini mula disingkir, bentuknya mula distailisasikan menjadi lebih ringkas sehingga tidak lagi berbentuk patung berhala. Jika dilihat dibahagian pangkalnya terdapat motif bunga teratai berkelopak lapan, adaptasi dari jalan lapan lapis ajaran Budhisme. Campuran pelbagai pengaruh dalam penghasilan kraf keris menjadikannya unik dan penuh berseni. Gambar di atas ialah ulu tajung hasil tangan en Rosman, seorang tukang profesional dari kampung semerak, pasir puteh, Kelantan. Opss!! dah magrib, post yng ini dulu, kejap lagi sambung.







Wednesday, July 29, 2009

Produk Seni Visual STPM 2007







Gambar diatas ialah produk hasil ciptaan pelajar-pelajar STPM 2007. Mereka membuat projek penghasilan produk rekabentuk industeri, kamera video. produk mereka agak bagus dan sesuai dengan tahap mereka.

Monday, July 27, 2009

CETAKAN KAYU







Karya bertajuk "Ibu Serama" ini dibuat semasa sesi amali di tingkatan 6 rendah. Proses cetakan kayu merupakan aktiviti seni visual yang mudah dan menarik. Gunakan imej-imej "simple" sebagai permulaan. Sila cuba sendiri di rumah, peralatan yang diperlukan ialah blok kayu, pisau ukir, dakwat cetak dan kertas.

Thursday, July 23, 2009

CHARCOAL DRAWING - STEP BY STEP






















Melukis merupakan suatu aktiviti yang mudah dan seronok untuk dilakukan. Perkara yang sering mengekang kemampuan melukis murid ialah takut untuk melukis. Apa yang menyebabkan rasa takut ialah perasaan rendah diri, takut di ketawakan, takut salah, takut tidak menjadi dan takut untuk memulakan sesuatu lukisan. Mari ikut beberapa langkah mudah untuk membuang segala masalah tersebut.






1. Gunakan kertas yang besar






2. Gunakan Charcoal stick






3. Mulakan dengan garisan cari (searching line)






4. Teruskan dengan garisan tegas






5.Masukkan ton






6.Buat kemasan akhir






Tuesday, July 21, 2009

BERCINTA BIAR SERIBU

Syarat utama dalam menuntut ilmu ialah mesti cintakan imu. Kerana cintakan ilmu kita akan sanggup melakukan apa sahaja. Merentas banjaran titiwangsa untuk menghadiri majlis ilmu seminggu sekali bukan satu kesulitan yang besar bagi orang yang cintakan ilmu. Jangan memilih dalam menuntut ilmu, pelajari apa sahaja yang bermanafaat. Ilmu dunia akan membawa keakhirat jua. Ilmu akhirat perlu melalui jalan keduniaan jua. Bercintalah dengan ilmu kerana ilmu yang bermanafaat tidak akan meninggalkan kita bahkan menemani kita disaat keseorangan di alam barzakh. Bercinta biar seribu berkasih biar satu, dua, tiga atau empat.... jangan lebih.

Monday, July 20, 2009

ANTARA KARYA MURID YANG BERKUALITI











Foto diatas merupakan antara karya murid tingkatan enam atas 2009 yang berkualiti. Kepada murid-murid semua, Jadikan karya-karya ini sebagai kayu ukur. Cuba saingi kualiti mereka, tarikh penghantaran kerja kursus semaki hampir. Tolong "speed sikit", GO! GO! GO!

Sunday, July 19, 2009

TAHNIAH KEPADA SOPYAN 6R2

Tahniah buat Sopyan, dari tingkatan enam rendah 2 kerana telah berjaya melancarkan sebuah blog yang bagus. Teruskan blogging, bekalkan maklumat-maklumat berguna sebagai sumbangan peribadi kita kepada dunia. Murid-murid lain juga digalakkan supaya memiliki blog sendiri. Markah ujian Julai akan dinilai berdasarkan keaktifan blog anda. Murid yang tidak mempunyai blog sehingga hujung bulan ini dianggap gagal dalam ujian Julai.

Karya Pelajar STPM Tahun 2008






















Foto diatas merupakan karya-karya pelajar SMK Badak bagi peperiksaan STPM tahun lepas. Diantara mereka ramai yang telah pun mendaftar di universiti- universiti awam tempatan untuk melanjutkan pelajaran. Seramai 54 orang daripada 118 calon STPM SMK Badak tahun lepas telah mendapat tawaran ke Pusat pengajian tinggi. Diharap pencapaian mereka akan menjadi pembuka semangat kepada calon-calon STPM tahun ini. Atasi kecemerlangan mereka dan buktikan bahawa anda lebih baik dari mereka. BUKTIKAN!!!

Tuesday, July 14, 2009

BUMI BAHAGIA




Terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana memberikan cuti peristiwa kepada penjawat awam di Kelantan hari ini sempena pilihan raya kecil di Manek urai. Saya mengambil peluang untuk memanjat rambutan yang sedang ranum dan amat lebat buahnya. Alham dulillah, sungguh subur bumi Malaysia ini. Buah-buahan tak habis di makan. Besok saya akan kendurikan buah rambutan ini untuk rakan-rakan di sekolah. Bagi murid-murid yang ingin merasa rambutan cikgu sila bertandan ke bilik seni pada waktu rehat. Semoga Allah kurniakan pahala yang berpanjangan kepada arwah yang menanam rambutan tersebut.

Thursday, July 9, 2009

MENARA KAYU TERTUA DI KELANTAN











Terdapat sebuah masjid pondok di kampung Pulai condong yang dibina oleh pengasasnya yang digelar Tok Pulai Condong. Beliau merupakan salah seorang ulama yang sebaris dengan Tok Kenali, Tok Selehor, Tok Bachok dan ramai lagi ulama Kelantan tersohor sezamannya. Dalam lawatan penyelidikan kesana baru-baru ini saya dapati sesuatu yang amat menarik untuk dikongsi bersama iaitu senibinanya. Menara yang digunakan untuk azan di masjid tersebut merupakan binaan menara kayu yang amat unik. Ia dibina bepaksikan sebatang balak yang tidak bersambung. Keseluruhan binaan dibuat dengan kayu cengal dan masih utuh hingga sekarang. Berdasarkan rujukan dan kajian sendiri didapati bahawa binaan tersebut merupakan menara kayu tertua di Kelantan.

Tuesday, July 7, 2009

Lukisan 970/2











Dalam pembelajaran Lukisan hari ini kita telah belajar mengenai "searching line" dan pelajar 6r4 telahpun mampu menggunakan "searching line" untuk menghasilkan bentuk kerusi. Masalah yang paling ketara dalam semua hasil lukisan anda ialah tidak faham perspektif dan kadar banding. Ini menyebabkan lukisan anda kelihatan tidak tepat. Kelemahan ini akan kita sama-sama perbaiki dalam unit pembelajaran yang akan datang.

Sunday, July 5, 2009

Isi pembentangan kumpulan 2

Bagi sesiapa yang tidak sempat menyalin isi pembentangan kumpulan 2 hari ini, cikgu sertakan disini ringkasannya:
DEFINISI LUKISAN: Hasil seni visual yang menggunakan media kering, tanpa warna atau dengan warna yang terhad. Karya Lukisan mementingkan unsur garisan dan jalinan dalam menonjolkan srtuktur dan bentuk objek.
MEDIA LUKISAN: Terdiri dari media-media kering seperti pensel, arang, pastel, kapur, pensel warna dan conte. Manakala media lukisan dari jenis basah pula ialah media yang tidak berwarna seperti dakwat cina. Cat air juga boleh dianggap karya lukisan sekiranya ia hanya menggunakan satu warna sahaja dengan menekankan struktur bentuk.

Wednesday, July 1, 2009

Mesyuarat masuk hari ketiga


Hari ini merupakan hari terakhir mesyuarat penggubalan soalan peperiksaan percubaan STPM peringkat negeri Kelantan. Soalan telah 100% sempurna. Alhamdulillah, setelah tiga hari bertungkus lumus bersama 4 ahli panel akhirnya tugas kami telah disempurnakan. Besok saya akan berada di sekolah kembali. Buat murid-murid 6R3 sila bersedia untuk pembentangan pertama esok.