Followers

Tuesday, October 11, 2011

Karya Figuratif Fadli Yusof

Mohd Fadli Yusoff merupakan seoarang pelukis yang cenderung mengkasilkan karya berbentuk figuratif. Minggu lepas saya berkesempatan melawat studio beliau. Fadli sedang menyiapkan sebuah catan terbaru yang juga berbentuk figurati dan bersaiz amat besar. Demi menjaga hak eksklusif beliau saya tidak akan pamerkan karya tersebut di blog ini. Namun masih banyak gambar karya beliau yang pernah dipamerkan di galeri awam dan swasta akan saya upload  untuk dikongsi tonton rakan blogger semua.
Karya kali ini ialah dua buah catan digabung menjadi satu. Catan disebelah kanan dengan imej seekor anjing manakala disebelah kiri memapar imej figura ber perwatakan  Islamik. Dari segi formalistik, olahan warna Fadli amat mengejutkan visual penghayat. Kaedah chairoscuro dalam penataan cahaya begitu berkesan sehingga ruang rata di sekitar figura tidak terasa kosong kerana mata kita telahpun ditarik secara paksa untuk terus kekal pada dua imej tersebut. Baiklah saya tidak mahu menulis panjang lebar, sila lihat sendiri dan nikmati karya ini dengan sensitiviti seni masing-masing. Klik pada gambar untuk lihat saiz besar.

Wednesday, October 5, 2011

Apresiasi dan kritikan seni visual

Apresiasi
            Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka menyatakan maksud apresiasi ialah  penghargaan, pengiktirafan serta penghayatan nilai (sesuatu karya) sastera atau seni. Sementara kamus Inggeris- Melayu Dewan  menjelaskan definisi ‘appreciation’  bermaksud penikmatan, penghayatan, tahu menikmati, dan tahu menghayati termasuk yang  berhubung dengan  karya seni.Academic Dictionary of Arts menjelaskan ‘art appreciation’ sebagai
 “the introduction of basic principles of visual literacy especially the means to analyzing form whether with or without reference to subject matter, symbolism or historical context to general audiences for the purpose of enhancing their enjoyment of works of art”  
Menjelaskan; apresiasi seni sebagai pengenalan kepada prinsip asas bahasa tampak terutamanya untuk menganalisa bentuk samada dengan atau tanpa merujuk kepada subjek matter , simbolisma , atau konteks sejarahnya, bagi orang ramai untuk meningkatkan penikmatan dan penghayatan terhadap karya seni.
Mohd Johari (2004) menyatakan ; Apresiasi seni ialah aktiviti seperti menonton, menghayati, atau apresiasi seni juga merupakan salah satu bidang kritikan seni. Beliau memetik tulisan Zakaria Ali (1998), bahawa penghargaan atau apresiasi seni adalah satu latihan yang memerlukan penglibatan  sepenuhnya deria pandang dan sentuh. Johari juga berpendapat penafsiran terhadap karya seni itu boleh difahami apabila kita berpeluang menghargainya.
Terdapat banyak ulasan ilmiah yang boleh dipetik untuk menjelaskan maksud apresiasi dalam konteks seni oleh penulis tempatan mahupun dari luar negara namun keseluruhannya menjurus kearah maksud yang sama iaitu satu aktiviti memerhati,  mengkaji dan menilai produk seni agar lebih memahami bentuk serta isinya. Hasilnya khalayak akan menjadi lebih puas menikmati karya seni dengan penuh penghayatan serta sedar akan aspek bahasa visual yang dipersembahkan oleh pengkarya. Kemampuan menghayati karya seni dengan lebih mendalam memerlukan penghayat mempunyai pengetahuan asas seni visual. Pengetahuan tersebut telahpun sedia ada dalam setiap pelajar sekolah atau lepasan pelajar sekolah di Malaysia sejak mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dijadikan mata pelajaran wajib dalam kurikulum bersepadu.

Kritikan
            Jika apresiasi seni merupakan satu aktiviti memerhati, menghayati dan menikmati karya seni. Kritikan seni pula merupakan instrumen yang digunakan dalam apresiasi seni visual. Aktiviti kritikan seni temasuk perbincangan secara ilmiah tentang karya seni serta apa sahaja yang berkaitan dengan karya tersebut samada secara lisan atau diterbitkan sebagai artikel dalam jurnal, majalah atau akhbar. Pengetahuan mengenai biografi seniman juga amat penting kerana ia juga turut dibincangkan. Aspek persekitaran dimana seniman tinggal, gaya hidup, percintaan dan pelbagai isu peribadi turut disentuh kerana semua itu mempengaruhi ekspresi dalam pengkaryaan. Perbincangan lebih tertumpu kepada mendalami aspek formal yang terlibat dalam penghasilan karya. Seterusnya kritikan dibuat terhadap tema serta makna yang cuba disampaikan oleh pengkarya. Aktiviti kritikan disudahi dengan sedikit penilaian dimana penghayat akan membuat pertimbangan secara formalisme, ekspresiviseme dan instrumentalisme terhadap karya yang di kritik. Penjelasan tentang tiga istilah diatas akan dibincangkan dalam bab seterusnya.

Tuesday, October 4, 2011

PMR bermula hari ini

Peperiksaan PMR 2011 bermula hari ini. Cikgu doakan semua calon SMK Badak dan semua calon seluruh negara agar dapat menjawab dengan tenang dan betul.