Followers

Monday, January 28, 2013

Aktiviti 8: Garisan melengkung / curve line

Gunakan kemahiran yang telah diperolehi dari unit pembelajaran lepas untuk melukis sekeping kertas bergulung. Masukkan searching line, confident line, quality or line, weght, conture, cross conture dan sebagainya.

Monday, January 21, 2013

Latihan7: mengawal berat garisan

Pelajar diminta membuat garisan dengan pelbagai tekanan secara berulang- ulang. Aktiviti ini untuk melatih mereka mengawal tekanan, berat dan kualiti garisan

Sunday, January 20, 2013

Latihan 6: Close up drawings

Melatih daya tumpuan. Setiap pelajar membawa sejengkal tali yang disimpul. Lukis tali tersebut menggunakan garisan- garisan yang telah dipelajari

Wednesday, January 16, 2013

Latihan 5: lanjutan conture drawings

Untuk meningkatkan kemampuan observasi. Pelajar diminta melukis ranting pokok yang dibawa. Gunakan garisan kontur untuk menimbulkan imej

Monday, January 14, 2013

Latihan4: Lukisan kontur dan gridl

Objektif aktiviti kali ini ialah untuk meningkatkan kefahaman tentang struktur objek. Pelajar akan mampu menimbulkan imej setelah faham strukturnya.

Sunday, January 13, 2013

Latihan 3: scribbling/ scumbling

Latihan ini untuk meningkatkan lagi kawalan motor halus serta motor kasar. Pelajar biasanya takut untuk memulakan sesuatu lukisan kerana beranggapan perlu menghasilkan imej yang cantik dengan sekali cuba sahaja.

Kaedah ini mungkin dapat menyingkirkan kepercayaan karut tersebut.
Mulakan dengan garisan gesture yan dikawal secara amat minima. Teruskan melorek objek dengan teknik scribbling / scumbling. Pertingkatkan kawalan garisan dari semasa ke semasa sehingga menimbulkan imej bertona.

Latihan 2: Gesture line

Latihan ini untuk meningkatkan tumpuan dan melembutkan pergerakan motor halus serta motor kasar pelajar.
Garisan permulaan yang kasar dan kurang dikawal melibatkan motor kasar seperti pergerakan sendi siku dan bahu, manakala perinciannya dikawal dengan motor halus iaitu sendi tangan dan jari.

Latihan 1: Blind conture drawings

Latihan ini untuk meningkatkan kesinambungan antara mata otak dan tangan.
Lihat objek dan lukis secara kasar tanpa melihat pada kertas.
Hasilnya mungkin tidak begitu jelas bergantung kepada tahap tumpuan dan pengamatan pelajar.