Followers

Sunday, September 29, 2013

Azim haikal art works

7.00 pagi saya keluar ke pasar borong  Pasir puteh membeli bekalan barang dapur untuk seminggu. Semasa keluar cuma Azim haikal (7 tahun) sahaja yang jaga, sementara anak-anak lain menyambung lena selepas subuh.
Pulang dari pasar sekitar pukul 8:00, Azim mengajak ku kebelakang rumah untuk melihat karya seni beliau. "Emm.... Bagus Azim, teruskan berkarya tetapi semua ini harus disimpan dengan baik".




Thursday, September 19, 2013

Mendekati tarikh akhir pengkaryaan

Semakin mendekati tarikh akhir pengkaryaan seni visual, pelajar-pelajar agak kelamkabut. Pada masa yang sama mereka perlu menghantar dan membentangkan PBS subjek-subjek lain. 
Nasihat cikgu : gunakan keadaan stress kearah yang positif, contohnya semakin rajin berusaha, buat banyak dalam masa yang singkat, dan tingkatkan kualiti kerja. Jangan jadikan stress sebagai alasan untuk berputus asa.



Saturday, September 7, 2013

Sifat redha

Tengok berita lewat malam tadi, ada kebakaran besar di kampung lembah sireh, kota bharu, Melibatkan 6 buah rumah.
Tertarik dengan paparan interview salah seorang mangsa, kakak pertengahan umur. " saya tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang pun, semuanya hangus terbakar, sekarang tidak ada apa-apa lagi. Tapi tak mengapalah, tentu ada hikmahnya nanti". 
Subhanallah, begitu kagum saya mendengar ungkapan terakhir kakak itu. Beliau begitu redha dengan ketentuan ilahi. 

Wednesday, September 4, 2013

Buku yang kita lupa baca

Allah bekalkan kita sebuah buku sebagai panduan untuk berkelana didunia ini. Buku ini sangat penting. Sebagai penunjuk jalan agar tidak sesat, sebagai penyembuh luka perawat duka, peyuluh dalam kegelapan jahiliyyah, jaminan survival spesis manusia selama-lamanya dari dunia yang singkat hingga akhirat yang tiada penamat. Buku itu ialah Al-Quran yang suci. 
Berapa bariskah dari ayat-ayat Allah ini yang kita baca setiap hari? Berapa saatkah yang kita telaah dalam seminggu? berapa dalam yang kita telah faham dalam sepanjang hidup kita?
Maasya Allah, sesungguhnya kami termasuk dikalangan orang-orang yang rugi. Ampuni kami dan lindungilah kami, tambahkanlah ilmu kami, berikan kami kefahaman Al-quran.
Buat diriku, anak isteri serta murid- murid, mari kita mula mengamalkan Al- quran dalam kehidupan kita seharian. Bermula dengan amalan membaca nya setiap hari, istiqamah. Semoga Allah memberi kita kefahaman Al - quran. Ameen.