Followers

Wednesday, October 29, 2014

Karya terbaru Azian Hasyim @ Mokyae

                  Yang berselimut #1-6
               Azian Hasyim , 2014

Bismillahirrahmanirrahim.
Sebelum mengulas lanjut elok kita berkenalan dahulu dengan pengkarya "Yang berselimut".

Azian Hasyim 
Beliau merupakan seorang seniman kelahiran UiTM Shah Alam. Berasal dari kota Bharu, sangat komited serta konsisten berkarya sejak tahun 90an hingga sekarang. Aktif menyertai pameran dan sering memenangi      pertandingan yang dianjurkan oleh pelbagai agensi. 

Bentuk karya (form)
Agak bimbang juga hati untuk menulis mengenai karya terbaru En Azian Hasyim. Bimbang kerana bentuk karya ini agak berlainan dari yang biasa beliau persembahkan. Kalau sebelum ini saya mengkategorikan beliau sebagai "pop Artist", sekarang tidak lagi. Seperti biasa saya akan cuba menulis apresiasi dengan bahasa yang mudah difahami.

Karya "yang berselimut" merupakan satu titik perubahan gaya serta aliran karya seni Azian Hashim. Beliau mula menolak imej-imej realistik digantikan dengan khat Arabik yang tampil secara ekspresif. Seni khat tidak ditulis dengan cara biasa menggunakan pen kaligrafi dan dakwat, sebaliknya pelukis selesa menggunakan media arang (drawing charcoal). Tulisannya tidak mematuhi mana-mana disiplin khat samada kufi atau tuluth menjadikan karya ini unik dalam gayanya tersendiri. 
Pelukis menggabungkan unsur rupa, garisan serta jalinan. Rupa  huruf di bahagian hadapan diselang dengan rupa geomertik pada latar belakang bemberikan sedikit ciri formal seni Islam pada karya.  Garisan serta jalinan yang pelbagai di celah-celah huruf menjadikan karya ini sarat dengan bahasa visual yang harus diteroka. Kesatuan unsur serta prinsip seni dalam karya telah menarik visual untuk terus menyoroti keseluruhan komposisinya. Ternyata Azian sebenarnya memaparkan ayat Al-Quran dari surah ke 73, Al Muzammil, ayat 1 hingga 6. Nampaknya penulisan ini akan menjadi semakin mencabar.

Isi (content)
Untuk mendalami makna karya pelukis telah berjaya memaksa penulis membuka kitab suci Al-Quran untuk melihat terjemahannya. Saya tidak akan mentafsir surah ini kerana tidak mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut namun tidak salah sekiranya merumus maksud ayat secara lafziyah.
Jadi rumusan maksud dari ayat 1 hingga 6, surah Al Muzammil ialah galakan serta penekanan akan pentingnya bangun pada sebahagian malam untuk beribadah kepada Allah dengan  bertahajjud dan membaca Al-quran secara bertajwid.

Seni merupakan reflek kepada kehidupan harian dan aliran pemikiran seseorang seniman. Perubahan gaya dalam mengamalkan seni mungkin seiring dengan pengalaman yang dilalui serta amalan harian pelukis. 

Sebagai seorang muslim,  segala tindakan dan amalan mestilah bersandar kepada Al Quran dan hadis. Seorang seniman juga tidak terlepas dari kemestian ini. Melalui karya ini pelukis cuba melaksanakan tanggung jawab dakwah dalam konteks ahli seni tampak.

Karya "Yang berselimut" mungkin merupakan satu perkongsian pengalaman rasa oleh pelukis. Ya, rasa. Rasa cinta, rasa manisnya amal, rasa indahnya ilmu,  rasa ketuhanan( merasai kewujudan tuhan ), atau sekurang-kurangnya rasa estetik.

Subhanallah,,,,, nampaknya penulisan kali ini menjadi agak formal. Stop kejap, nanti Akan sambung balik dengan mod yang lebih santai......
3:36 pm

Alhamdulillah........
 Sambung lagi 10:11 am
Anak-anak STPM bertanya, "Mana penilaiannya cikgu?. Maksudnya, mereka mahu artikel ini ditutup sepertimana format yang selalu diajar dalam kelas. 
Baiklah yang seterusnya  ini untuk kalian. 

Pertimbangan Formaliame
Pelukis begitu mahir mengorganisasi unsur serta prinsip rekaan dengan media dan teknik yang sesuai. Karya  "yang berselimut" telah mencapai kesatuan dan harmoni, memenuhi ciri estetika seni halus. 

Pertimbangan ekspresivisme
Karya seni merupakan wadah kepada pelukis untuk meluahkan isi pemikiran mereka. Melalui karya ini Azian Hasyim telah meluahkan secara visual segala idea, hasrat, pemikiran dan rasa yang terpendam. 

Pertimbangan instrumentalisme
Lukisan ini berjaya sebagai alat yang menghubungkan pengkarya dengan penghayat. Turut menjadi wakil yang menghubungkan antara aspirasi seniman dengan apresiasi penghayat. 

Padei kat ni duluh...... WaAllahuaklam

Wednesday, October 1, 2014

Pameran seni cetakan tradisional

Seni cetakan merupakan satu kaedah menghasilkan imej yang sama berulang kali. Seni cetak tradisional ialah hasil cetakan yang dibuat menggunakan blok kayu, lino, dan kolagraf yang tergolong dalam cetakan timbulan. Kenapa pakcik tambah perkataan tradisional?,,,, haaaaa, sebab kaedah cetakan sekarang sudah terlalu maju. Penciptaan mesin cetak moden menghasilkan imej cetakan yang sangat bermutu namun nilai seninya tidak diukur dari sudut teknik penghasilan. Mesin cetakan moden boleh juga menghasilkan imej cetakan sebagai karya seni namun penilaiannya hanya dari sudut komposisi dan reka letaknya sahaja, sementara hasil seni cetakan tradisional keseniannya bermula dari teknik penghasilan, pengolahan bahan, seterusnya hasil cetakannya. Untuk menghasilkan imej cetakan tradisional pengkarya perlu mahir dalam seni ukir, mahir memanipulasi bahan serta perlu melakukan setiap langkah secara manual dan mematuhi segala disiplin seni cetak. Nah disinilah letaknya nilai estetik pada hasil cetakan tradisional.

Pameran kali ini dianjurkan untuk memenuhi kriteria persembahan dan peragaan dalam  penilaian Seni Visual di sekolah Pakcik. Murid-murid mengambil masa selama 3 bulan untuk menyiapkan segala keperluan mengikut kehendak soalan. Mereka menghasilkan satu penulisan cadangan pengkaryaan, Satu siri lukisan sumber idea/ perkembangan ide dan satu karya cetakan yang mempunyai 10 edisi. Rasanya Pakcik tak perlu tulis panjang lebar, korang bukan suka baca pun. Biar foto bercerita.

 
Montaj Pameran
 
 
Tuan Pengetua menyaksikan pameran setelah merasmikannya
 

 
Terima kasih kerana sudi
 hadir, tetamu dari SMK Bachok
 

Antara pengunjung yang turut menyerikan majlis
 

Mr Tuff turut hadir
 


Antara peserta pameran

 
Hasil cetakan yang dipamer
 
 

Cikgu Mie
 

Blok cetakan turut dipamer
 

"Bagai Kucing Takutkan Lidi"
 

Proses menggantung karya

Sesi Bergambar bersama karya
 
 
 
Karya cetakan oleh guru turut di pamer
 
 

Apresiasi Individu
 
 

Sedikit persegaran
 
 

Lukisan Cikgu Mie