Followers

Thursday, January 28, 2010

GRAFITTI DI TEMPAT ORANG







Grafitti biasanya dikaitkan dengan kegiatan menconteng dinding, vandalisme dan mencemarkan permandangan. Kalau di tempat saya (Kota Bharu) , Grafitti dibuat secara tidak serius menghasilkan kesan visual yang tidak menyenangkan. Berbeza keadaannya di Jogja; grafitti mereka dibuat dengan cukup serius menghasilkan visual yang sesuai disebut sebagai karya. Cuba renungkan...... tempat kita dengan tempat orang.

Wednesday, January 27, 2010

Lawatan ke bengkel Tembikar di Kasongan, Jogjakarta







Lawatan seterusnya ke bengkel tembikar Pak Painem di Kasongan, sebuah desa yang terkenal dengan perusahaan tembikar. Yang agak unik di sini ialah hasil tembikarnya yang pelbagai sehingga merentas latar agama. Pelbagai bentuk tembikar dihasilkan dari termasuk arca-arca keagamaan. Contoh yang agak mengejutkan saya ialah Arca kepala Buddha turut dihasilkan, sedangkan Pak Painem merupakan seorang muslim. Arca tersebut untuk di ekspot ke Australia, Jepun, Eropah dan ke serata dunia. Saya amat kagum kerana hasil tembikar mereka mampu menembusi pasaran Eropah dan Jepun.

Tuesday, January 26, 2010

Belajar tebuk patung wayang kulit Jawa











Wayang kulit jawa mempunyai identiti tersendiri yang berbeza dengan wayang kulit Kelantan atau Kedah. Wataknya tetap sama kerana cerita wayang kulit berkisar tentang kisah mitos hindu. Corak pada patung wayang Jawa sangat halus dan diwarnakan dengan cermat. Kami melawat ke salah satu bengkel di sebuah perkampungan di Jawa tengah. Pemiliknya bernama Pak Suprih, giat menghasilkan patung-patung wayang untuk dijual sebagai cendera mata juga untuk persembahan.

Sunday, January 24, 2010

LAWATAN KE RUMAH PELUKIS DI JOGJA







Hari kedua di Jogja kami bertandan ke rumah Diah, seoarang pelukis muda yang sedang meningkat naik. Beliau merupakan anak kelahiran desa dari Pontianak, Kalimantan, datang menuntut di sebuah Universiti di sini dan terus menetap di Jogja.Khabarnya karya beliau pernah terjual dengan harga Satu Milyar rupiah.
Wanita ini banyak menghasilkan catan dan arca dengan gaya ekspresif. Sapuan berus kelihatan begitu agresif amat berkontra dengan perwatakannya yang kelihatan kecil molek dan berlemah lembut. Cerita-cerita rakyat dari desa tempat kelahiran beliau dipaparkan melalui siri karya catan yang menggambarkan roh-roh hantu wanita yang berterbangan, memberikan kesan mistik dalam keseluruhan karyanya. Diah amat komited dalam bidang seni tampak dan menjadikannya sebagi kerjaya sepenuh masa; rumahnya merupakan studio tempat berkerja.

Tuesday, January 19, 2010

Research Vacation at Jogjakarta











Dalam lawatan penyelidikan ke Jogjakarta pada Ogos 2008 kami sempat ke beberapa tempat penghasilan seni tradisi Jawa seperti tembikar di Kasongan, batik di Pekalongan dan Wayang kulit di sebuah desa berdekatan kasongan. Malam pertama di Jogja kami menonton Wayang Wong (Wayang orang) yang dipersembahkan di Kuil Perambanan. Cerita dan wataknya sama seperti wayang kulit, cuma ia dipersembahkan secara taridra. Agak menarik, cuma bagi yang belum pernah melihat atau baca cerita wayang kulit tentu sukar untuk memahami setiap plot yang dilakonkan.

Thursday, January 7, 2010

BUNTU

Tak tahu nak tulis apa. Kamera dah rosak, rasa macam hilang sebelah tangan.

Tuesday, January 5, 2010

PERMAINAN BUDAK KAMPUNG


Antara permainan budak-budak di kampung ialah main tembak-tembak dengan senapang yang dibuat sendiri. Saya agak kagum melihat gabungan pengetahuan asas dari segi reka bentuk dan prinsip asas fizik yang digunakan mereka. Senapang di buat daripada papan, manakala peluru daripada batang lalang yang tua, juga dipanggil riong. Daya anjal gelang getah digunakan sebagai pelancar peluru. Klajuan peluru dilaraskan mengikut bilangan gelang getah. Seronok lihat mereka main.

Monday, January 4, 2010

TAJUK KOLOKIUM PPUA 2010

Kepada pelajar-pelajar Seni Visual PPUA 2010, SMK Badak sila ambil perhatian terhaap posting ini. Anda dikehendaki membuat penyelidikan seperti berikut:
Tajuk: Pemasaran Hasil Seni Tradisi Melalui Internet
Penerangan: Pelajar dikehendaki menyelidik hasil seni tradisi Malaysia seperti ukiran, anyaman, batik, songket, tembikar, senjata, wau, gasing, serta congkak yang dipasarkan melalui internet.
Metod : 1) Buat carian di internet untuk mendapatkan maklumat mengenai laman sesawang yang menawarkan jualan produk seni tradisi Malaysia.
2) Buat temubual melalui telefon terhadap pengusaha terbabit untuk memperolehi maklumat berkaitan, seperti Tahun pembabitan, produk yang ditawarkan, harga, permintaan, sambutan, jumlah jualan, keuntungan, dan apa-apa yang difikirkan perlu.

Penyelidikan dilakukan secara berkumpulan mengikut kumpulan tutorial. Setiap kumpulan tutorial dibahagi kepada 4 kumpulan, sila uruskan sendiri berkenaan pembahagian kumpulan.
Selamat berjaya

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SELAMAT TAHUN BARU DAN KEMBALI KE SEKOLAH UNTUK SESI PERSEKOLAHAN 2010 KEPADA SEMUA PELAJAR SEKOLAH DIMALAYSIA. JADIKAN TAHUN INI SEBAGAI TAHUN YANG LEBIH BAIK BAGI KITA SEMUA DARI SEGENAP ASPEK. KALAU DULU MALAS, HARI INI KITA AKAN LEBIH RAJIN, KALAU DULU LEMAH JADIKAN DIRI LEBIH KUAT, KALAU DULU SUNGKUR SEKARANG HARUS SYUKUR, KALAU DULU..... SEKARANG HARUS....