Followers

Thursday, May 26, 2011

Orang berbudi kita berbahasa

Minggu ini seramai 160 pelajar SMK Badak telah menerima sumbangan komputer riba sumbangan Kerajaan Malaysia. Cikgu nasihatkan agar semua pelajar yang menerima sumbangan tersebut agar menggunakannya dengan sebaik mungkin untuk tujuan yang berfaedah. Zahirkan terima kasih anda melalui komen-komen di laman sosial. Orang berbudi kita berbahasa.

Monday, May 16, 2011

Terima kasih cikgu

Majlis Sambutan hari guru peringkat smk badak diadakan hari ini. Alamdulillah, aku seorang guru sekarang. Terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru ku yag telah mendidik kami. Al fatihah kepada arwah guru-guru yang telah kembali ke rahmatullah.

Tuesday, May 10, 2011

Tips Untuk Peperiksaan

      Disini cikgu akan kongsi sedikit tips untuk menjawab soalan esie seni visual sempena peperiksaan PKBS 2 yang akan bermula esok. Dalam kertas 1 Seni Visual STPM calon dikehendaki menjawab 2 soalan esei dalam bahagian B dan 1 soalan esei dalam bahagian C. Pelajar diingatkan supaya menjawab ketiga tiga esei kerana ia mewakili 45% markah keseluruhan.
     Untuk menulis esei dengan baik pelajar seni visual harus menguasai bahasa seni visual terdiri dari Unsur seni, prinsip seni dan media serta teknik. Dalam Unsur seni pelajar perlu menghafal unsur-unsurnya seperti garisan, jalinan, rupa, bentuk dan warna. Semua item tersebut merupakan fakta dalam penulisan sementara perincian untuk setiap item tersebut merupakan huraiannya. Dalam skema pemarkahan biasanya markah diberikan untuk setiap fakta dan huraiannya.
      Contohnya apabila pelajar menulis tentang Garisan maka perlu tulis segala perincian tentang garisan tersebut untuk menghuraikannya seperti orientasi garisan samada menegak, melintang atau condong; jenis-jenis garisan seperti lurus, beralun, halus, kasar dan sebagainya.
     Sekiranya menulis tentang warna, maka perincian tentang warna ialah jenis-jenis warna seperti waran panas, warna sejuk,  warna penggenap, warna sewarna, warna harmoni dan sebagainya. Begitu juga untuk unsur-unsur yang lain.
     Sama juga keadaanya apabila pelajar menulis tentang prinsip seni. Bagi esei yang merujuk kepada gambar karya, antara prinsip yang hampir mesti ada dalam karya ialah Harmoni kerana setiap karya dihasilkan untuk kepuasan visual. Bila menulis tentang imbangan, pelajar harus menyatakan samada imbangan simeteri atau imbangan tidak simeteri. Perlu diingat, setiap fakta harus disokong oleh huraian. Sekian untuk kali ini, selamat berjaya.