khusus membincangkan topik-topik berkaitan seni visual peringkat sekolah dan senario seni tampak terkini.Mencadangkan tip-tip untuk membantu murid mencapai kecemerlangan dalam subjek seni visual.Memartabatkan seni tradisi sebagai seni kelas pertama tanpa meminggirkan seni kontemporari. (Art scene and education)
Followers
Thursday, September 29, 2011
karya STPM 2011
Lagi beberapa karya yang telah dihantar ke MPM. Gambar seterusnya akan dimuat naik secara beransur-ansur mengikut kelapangan saya.
Wednesday, September 28, 2011
DOKTOR TERBAIK.
Semalam aku bawa anak yang berumur 4 tahun ke klinik Balqis, kerana masalah kulit. Dari cerita yang kudengar dari sahabat handai doktor di klinik tersebut memang seorang pakar dalam masalah sakit kulit. Begitu hebat ceritanya yang meniti dari bibir ke bibir. Seawal pukul 7.45 pagi kami telah sampai ke bandar Kota Bharu, pusing-pusing sekejap dan jumpa klinik yang dimaksudkan. Daftar dan dapat giliran ke 10, wah! sampai awal pun dapat giliran ke 10, memang laku klinik ini.
Sambil menunggu giliran, anakku bermain, berjalan mundar mandir dan sesekali datang memeluk lutut ku. Setelah agak lama menunggu akhirnya sampai giliran ke 9. Ah ! tinggal satu pesakit sahaja lagi lepas ni sampai giliran kami. Anak ku bermain-main lagi berjalan sana-sini sambil mengetuk-ngetuk dinding 2 kali, kok! kok! kok! sana kok! kok! kok! sini. Tiba-tiba seorang wanita separuh umur menjengah muka dari pintu bilik doktor, dan bersuara HEI!!! INI APA MAIN KETUK-KETUK NI ??! dengan nada yang agak keras dan menutup semula pintunya.
Anakku memandang wajah wanita tersebut dengan selamba tanpa menunjukkan tanda-tanda bahawa dia faham apa yang dimaksudkan oleh wanita tersebut. Ohh !! inilah doktor yang tersohor itu. Aku menarik anakku dan isteriku terus ke kaunter.
Isteriku : Maaf dik, tolong batalkan giliran ke 10, kami perlu beredar sekarang.
Budak kaunter : Oh!! boleh, tapi kan sekarang giliran ke 9, kejap aje lagi Kak.
Isteriku : Ya, tapi kami nak beredar sekarang dan mohon maaf ye dik.
Budak Kaunter : Ok tak apa Kak, tak apa...
Isteriku : Maksud Akak mohon maaf dengan doktor yang kat dalam tu. Tadi anak Akak main ketuk-ketuk dinding dan doktor rasa tidak selesa. maaf lah ya.
Aku terus meninggalkan klinik tersebut dan memandu ke Pasir mas sejauh 30 KM untuk ke klinik Dr nik Azam, dan mendapat layanan yang sepatutnya sepertimana klinik swasta yang lain.
Maafkan saya sahabat-sahabat yang bergelar doktor, saya nak nasihati murid-murid saya.
Walau setinggi manapun ilmu kamu sebagai seorang doktor, kamu cuma salin ilmu tersebut dari buku, hasil penyelidikan orang lain. Nak tanya , berapa butir ubat yang doktor kita buat sendiri? berapa jenis virus hibrid yang doktor kita kenal pasti sendiri? berapa jurnal perubatan yang awak dah tulis? berapa jenis fungus yang awak jumpa sendiri? brapa? berapa? kan semua itu awak salin dari buku, jadi sehebat manakah ilmu kedoktoran awak? Ingat ilmu itu milik Allah, tak payah berbangga sangat dengan kepakaran yang sedikit sahaja dipinjamkan kepada kamu. Jagalah adab berbahasa, insyaAllah anda akan disenangi dan murah rezeki.

Sunday, September 25, 2011
penghantaran karya Seni Visual STPM hari ini
Alhamdulillah kami telah berjaya menyiapkan karya masing-masing dalam jangka waktu ditetapkan. Hari ini semua 80 karya pelajar seni visual STPM 2011, SMK Badak telah dihantar ke bilik kebal PPD Kota Bharu dan akan dihantar ke MPM esok. Tahniah kepada semua calon yang berjaya meyiapkan projek. Soal markah anda tidak lagi perlu fikir. Berdoalah kepada Allah agar diberi markah yang tinggi setimpal dengan usaha anda. Diatas beberapa karya yang dihantar.
Thursday, September 8, 2011
rekaan kulit majalah 2011
Ini rekaan kulit majalah Titian , jilid 18, 2011. Harap bos approve, nak buat ni makan 3 jam jugak. letih mata.
Subscribe to:
Posts (Atom)