Azian Hashim , rasanya saya tidak perlu menerangkan lagi tentang biodata beliau kerana sudah dijelaskan dalam entri yang terdahulu. Sebagai penggiat seni yang tegar beliau terus berkarya dan berkarya, menyertai pelbagai pameran dan pertandingan tanpa mengenal erti jemu. Pada minggu yang lepas saya sempat melawat ke studio AZ fine art centre. Melangkah masuk ke studio mata saya terus tertumpu pada dua buah catan bersaiz besar. Deria seni ku mula berfungsi semula setelah agak lama kaku. Mata ku mula meneliti setiap inci ruang kanvas, lalu terbit rasa puas yang amat dalam. Pada kesempatan kali ini saya akan pertontonkan kepada pengunjung blog secara eksklusif, karya terbaru Azian Hashim yang belum dipamerkan di mana-mana galeri. Alhamdulillah Beliau bersetuju untuk membenarkan karya ini dipamer di blog seni tampak.
khusus membincangkan topik-topik berkaitan seni visual peringkat sekolah dan senario seni tampak terkini.Mencadangkan tip-tip untuk membantu murid mencapai kecemerlangan dalam subjek seni visual.Memartabatkan seni tradisi sebagai seni kelas pertama tanpa meminggirkan seni kontemporari. (Art scene and education)
Followers
Wednesday, April 20, 2011
Tuesday, April 19, 2011
Contoh Sumber Idea dan proses perkembangan idea.
Harmoni : Saya melihat imej bangunan- bangunan tinggi sebagai simbol keharmonian negara. Hanya negara yang harmoni sahaja mampu berkembang pesat dengan deretan bangunan moden yang gah. bentu-bentuk bangunan yang seragam juga mencetuskan kesan harmoni secara visual. Jadi saya memili bangunan sebagai sumber idea saya.
Langkah satu : Cari gambar bangunan dan lukis secara imitasi
Langkah satu : Cari gambar bangunan dan lukis secara imitasi
Seterusnya imej tersebut di stailisasi atau diringkaskan beberapa peringkat
Sumber idea
Sebelum menghasilkan karya seni pelajar perlu memilih satu atau lebih sumber idea yang berkaitan dengan tema. Contoh pengkarya yang menggunakan hanya satu sumber idea sepanjang kariernya ialah Piet Mondrian. Beliau menggunakan imej pokok epal sebagai sumber idea atau disebut juga sebagai "subject matter". Di peringkat awal Mondrian melukis pokok epal secara realistik, kemudian di stailisasi sehingga menjadi rupa geometrik berpetak-petak dengan warna merah, biru dan kuning sahaja. Kepada pelajar-pelajar saya sila rujuk enjin pencari untuk melihat contoh karya Mondrian, saya tidak dapat menyiarkan gambar tersebut disini demi mematuhi peraturan harta intelek.
Dalam konteks pengkaryaan seni visual STPM 2011, tajuk satu; pelajar boleh memikirkan satu sumber idea berkaitan harmoni. Imej harmoni boleh terdiri dari objek semulajadi, buatan manusia atau aktiviti manusia dan peristiwa seperti sambutan hari raya, perpaduan kaum, dan sebagainya.
Dalam konteks pengkaryaan seni visual STPM 2011, tajuk satu; pelajar boleh memikirkan satu sumber idea berkaitan harmoni. Imej harmoni boleh terdiri dari objek semulajadi, buatan manusia atau aktiviti manusia dan peristiwa seperti sambutan hari raya, perpaduan kaum, dan sebagainya.
PENGKARYAAN SENI VISUAL 2011. (TAJUK 1 )
Di SMK Badak kami memilih untuk menjawab soalan 1 untuk kertas 3 seni visual STPM 2011. Karya yang bakal dihasilkan bertemakan "kerharmonian" dengan menggabungkan imej rupa geometrik dan rupa huruf menggunakan teknik 'Hard edge'.
DEFINISI HARMONI
Harmoni merujuk kepada tindak balas tampak di dalam alam dan karya seni yang menyepadukan unsur-unsur seni seperti garisan,warna,rupa,bentuk,jalinan dan ruang.
Harmoni wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau gaya yang tertentu.Tujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik perhatian serta mengurangkan kejanggalan pada sesuatu gubahan,objek atu imej.Harmoni tidak akan wujud sekiranya terdapat ciri-ciri yang bercanggah.
Harmoni dalam kraf tradisional,misalnya bukan sahaja untuk menarik perhatian manusia untuk menggunakan benda tersebut,tetapi juga untuk menimbulkan nilai-nilai estetika. Aplikasi warna dari kumpulan yang sama atau mempunyai hubung kait antara satu sama lain juga dapat menimbulkan gambaran harmoni dalam sesuatu gubahan,umpamanya warna sejuk,warna panas,gubahan warna sewarna,gubahan warna harmoni dan campuran berbagai jenis warna yang mempunyai hubung kait antara satu sama lain.
Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna,teratur,seragam dan selesa pada pandangan.Selain itu,unsur-unsur seni juga bukan sahaja wujud dalam alam semula jadi,malahan wujud dalam bahan buatan manusia. Harmoni juga wujud dalam tingkah laku, aktiviti manusia dan peristiwa.
Monday, April 18, 2011
Lukisan perspektif 2 titik lenyap
Cadangan aktiviti bagi memulihkan kecelaruan perspektif:
Guru melukis kuboid di papan hitam sambil ditiru oleh murid, langkah demi langkah sehingga siap menjadi deretan bangunan dengan dua titik lenyap. Aktiviti ini dilakukan di kelas tingkatan satu B, dan inilah hasilnya. menurut penilaian saya, mereka telah faham perspektif dan mampu melukis dengan baik.
Guru melukis kuboid di papan hitam sambil ditiru oleh murid, langkah demi langkah sehingga siap menjadi deretan bangunan dengan dua titik lenyap. Aktiviti ini dilakukan di kelas tingkatan satu B, dan inilah hasilnya. menurut penilaian saya, mereka telah faham perspektif dan mampu melukis dengan baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)