Followers

Monday, June 29, 2009

Peperiksaan STPM semakin hampir


Hari ini satu mesyuarat penggubalan soalan peperiksaan percubaan Seni Visual STPM telah diadakan. Ini menunjukkan peperiksaan sebenar semakin hampir. Calon-calon STPM 2009 diharap bersedia. Gambar diatas ialah 3 daripada 5 ahli panel penggubal soalan. Sekali lagi... BERSEDIA!!

Sila lawat AZ Fine Art Centre


Hari ini saya melawat Az Fine Art Centre di Kota Bharu. Banyak koleksi karya-karya baru dan lama dipamerkan. Semuanya hebat-hebat belaka. Studio ini kepunyaan En Azian Hashim. Ini lah satu-satunya galeri/studio seni halus di Kelantan. Jom kesana, alamatnya ialah : Tingkat 2, pt 464, Jalan Sri Cemerlang, 15300 Kota Bharu, Kelantan.

Saturday, June 27, 2009

FALSAFAH UKIRAN KAYU







Terdapat pelbagai falsafah dalam ukiran kayu. Ada yang mengaitkannya dengan tauhid, aturan-aturan hidup, ajaran agama dan kitab-kitab. Namun jika kita rajin bertanya, setiap pengukir mempunyai falsafah masing-masing yang tersendiri. Falsafah itu terbentuk melalui pengalaman mereka sepanjang penglibatan dalam bidang tersebut. Falsafah ukiran hanya dapat difahami dengan mendalam apabila kita sendiri membuat ukiran, bukan sekadar membacanya dari buku. Sepanjang mempelajari seni ukir telah terbentuk beberapa pandangan peribadi saya terhadap bidang ini.



1- Boleh ukir lawan urat kayu, tetapi pastikan pahat kita betul-betul tajam.



2- Ukiran kita mesti bermula dari benih barulah ia mampu terus dikembangkan mengikut ksesuaian motif.



Gambar diatas merupakan ukiran kedua dan pertama yang saya hasilkan. Walaupun tidak sempurna, karya ini amat disayangi sebagai koleksi peribadi saya.

Thursday, June 25, 2009

Lanskap




Unsur air merupakan salah satu unsur yang melembutkan permandangan dalam lanskap persekitaran. Baru-baru ini saya telah membina kolam ikan hiasan dengan modal yang amat terhad. Percaya atau tidak ia cuma menelan kos RM100. Kolam digali sendiri, ditutup dengan kanvas (RM16), 2 bag batu (RM 23X 2= 64), motor penapis air (RM 20). Serumpun buluh perindu diletakkan di dalam kolam (percuma, rembat rumah kawan), kayu dan tempayan yang sedia ada di sekitar rumah. Ikan kap hadiah dari bekas murid (Mohd Farizal, terima kasih).


Inilah hasilnya.

Wednesday, June 24, 2009

UKIRAN DAUN


Pernah cuba ukir daun? dalam posting ini dan yang terdahulu saya paparkan ukiran pada daun yang saya hasilkan pada tahun 1999. Sudah mencecah usia 10 tahun. Karya ini dibingkaikan dengan kemas dan masih utuh. Cuba lah sendiri dirumah, hasilnya pasti memuaskan.

Sunday, June 21, 2009

Seni itu indah....


Seni itu indah dan manusia secara fitrahnya suka akan keindahan. Buktinya setiap dari kita mahukan yang terbaik, terhebat, tercantik, terkemas, terbersih serta semua yang bagus-bagus. Untuk memenuhi kehendak kepuasan diri ini kita akan menggunakan hak kita sebagai pengguna untuk memilih yang terbaik bagi diri kita sendiri. Jika ada antara kita yang menyatakan mereka tidak minat seni maka itu adalah satu pembohongan kerana estetik amat rapat dengan diri kita

Thursday, June 18, 2009

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT




Selama dua minggu cuti pertenghan tahun saya sibuk dengan aktiviti mempelajari seni ukiran kayu. sungguh seronok, apa lagi bila aktiviti kita disokong oleh orang tersayang, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim. Kami sama-sama mengukir beberapa bongkah kayu dan mula membuat peralatan sendiri. Kepada murid-murid ku, kutip lah ilmu disepanjang perjalanan kamu, pembelajaran itu berlaku sepanjang hayat.

Tuesday, May 26, 2009

Cuti pertengahan tahun

Jumaat bermulanya cuti sekolah pertengahan tahun 2009. Apa perancangan anda? Bagi murid yang bakal menduduki peperiksaan awam tahun ini, kita akan sama-sama menjayakan program kecemerlangan (kelas tambahan) dalam minggu pertama cutui sekolah. Bagi yang bercuti penuh sila lakukan aktiviti yang berfaedah. Cikgu akan masuk bengkel untuk belajar ukiran kayu. Sesiapa berminat untuk join sila hubungi cikgu. Selamat bercuti.

Wednesday, April 8, 2009

MENGEMBANGKAN IDEA DENGAN MIND MAPPING

Mind mapping atau peta minda merupakan satu kaedah pembelajaran secara menghafal yang berkesan. Selain menghafal peta minda boleh digunakan untuk mengembangkan idea dalam menghasilkan produk seni. Untuk mengembangkan tema dalam soalan STPM 2009 yang bertemakan WAJA dan GELOMBANG, murid tingkatan enam atas dikehendaki membuat satu peta minda pada sehelai kertas lukisan bagi mengembangkan idea masing-masing. Sila bawa peta minda tersebut untuk dibincangkan dalam kelas pada 9/4/2009.

Tuesday, April 7, 2009

CETAKAN KAYU


Cetakan kayu merupakan kaedah cetakan dari jenis cetak timbul (relief print). Cetakan kayu merupakan kaedah cetakan tertua didunia. Mula dicipta di China untuk mencetak manuskrip dan risalah-risalah. Kepingan kayu digunakan sebagai blok. Imej diukir pada blok kayu dan dicetak ke permukaan kertas menggunakan dakwat cetak. Proses mencetak amat mudah tetapi memerlukan ketelitian bagi menjamin kualiti hasil cetakan. Kebersihan merupakan disiplin terpenting dalam seni cetak. Gambar menunjukkan proses menghasilkan cetakan kayu.

Murid -murid tingkatan 4 diminta bersedia untuk aktiviti cetakan kayu dalam unit pembelajaran seterusnya.

Monday, April 6, 2009

Kenapa perlu ada seni

Seni adalah sesuatu yang berkaitan dengan estetik atau keindahan. Lumrah semulajadi manusia sukakan sesuatu yang indah-indah. Jika ada antara kita yang mengatakan bahawa "saya tidak minat seni", maka kenyataan tersebut merupakan satu kebohongan yang nyata; kerana semua orang akan memilih yang cantik, indah, sedap dan seronok bila diberi peluang membuat pilihan. Mari kita lihat perbandingan ini:
Berapakah harga seketul kayu sena sebesar penumbuk? RM 2 pun belum tentu anda mahu beli. Tetapi setelah kayu sena tadi diukir menjadi sebuah ulu keris yang cantik, halus dan berseni maka nilainya akan meningkat sehingga RM300 atau lebih (rujuk http://cikgunasir.blogspot.com). Seni akan meningkatkan nilai sesuatu produk objek dan nilai yang paling senang diukur ialah nilai komersilnya.

MEDIA LUKISAN



SALAH SATU MEDIA LUKISAN YANG POPULAR IALAH ARANG. TERDAPAT PELBAGAI JENIS ARANG DI PASARAN. ADA YANG BERHARGA MAHAL DAN ADA YANG MURAH. ANTARA JENIS-JENIS ARANG UNTUK MELUKIS IALAH:


1. CHARCOAL PENCIL

2. CHARCOAL STICK

3. COMPRESS CHARCOAL

4. RAW CHARCOAL STICK

KESEMUA JENIS ARANG DATAS SESUAI DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN LUKISAN. POSTING HARI INI AKAN MENERANGKAN PENGGUNAAN RAW CHARCOAL STICK YANG MERUPAKAN MEDIA TERMURAH DI PASARAN. RAW CHARCOAL STICK DIGUNAKAN OLEH PELUKIS-PELUKIS TERKENAL DAN IA JUGA SESUAI DIGUNAKAN OLEH PELUKIS YANG BARU BELAJAR. KELEBIHAN RAW CHARCOAL STICK IALAH :


1. TIDAK PERLU DITAJAMKAN
2. BOLEH MENGHASILKAN PELBAGAI JENIS GARISAN
3. SENANG DIKAWAL
4. SENANG MENGHASILKAN TON
5. PELUKIS MENJADI LEBIH BERANI
LUKISAN DIATAS ADALAH CONTOH PENGGUNAAN RAW CHARCOAL STICK.