khusus membincangkan topik-topik berkaitan seni visual peringkat sekolah dan senario seni tampak terkini.Mencadangkan tip-tip untuk membantu murid mencapai kecemerlangan dalam subjek seni visual.Memartabatkan seni tradisi sebagai seni kelas pertama tanpa meminggirkan seni kontemporari. (Art scene and education)
Followers
Monday, August 22, 2011
Rupa Muka Taip - untuk tingkatan satu
Jika sukar untuk membuat aktiviti rupa muka taip bagi kelas tingkatan satu, saya ada satu cadangan modul P&P. Selepas cikgu menerangkan definisi rupa mukataip, jenis dan fungsinya, ajak murid-murid untuk menghasilkan reka bentuk poster yang ringkas. Biasanya kita akan mengajarkan supaya menggunakan huruf blok 3 X 5 sebagai asas dan aktiviti tidak dapat disiapkan dalam satu unit P&P kerana prosesnya agak lambat.
Saya cadangkan murid menggunakan kapur untuk melukis huruf yang dikehendaki dengan garisan tebal, kemudian bahagian tepinya dilukis semula dengan pensel lalu kesan kapur dilap menggunakan tisu dan..... sedia untuk di cat. Selamat mencuba
Sunday, August 14, 2011
Hobi : Haiwan peliharaan
Kebanyakan dari kita mempunyai hobi masing-masing. Memelihara haiwan merupakan salah satu hobi yang popular. Ada yang memelihara burung, arnab, hamster dan yang lebih eksotik lagi memelihara iguana dan ular sebagai binatang kesayangan mereka. Saya membela seekor anak beruk sebagai haiwan kesayangan kami sekeluarga. Kami menamakannya sebagai Pok Ot. Seronok melihat beliau bermain dengan dengan anak-anak ku.
Wednesday, August 10, 2011
Karya cetakan kayu
Ini karya cetakan kayu 5 lapis warna. Blok kayu diukir lapis demi lapis bermula dengan warna paling terang berakhir dengan warna paling gelap. Tajuk : self potrait.
Tuesday, August 9, 2011
Karya cetakan lino
Seni cetakan amat menarik untuk dicuba. Diatas ialah karya cetakan Lino, mono print dan di 'touch up' dengan warna. Sesuai untuk menghiasi dinding ruang tamu atau ruang bilik tidur.
Sunday, August 7, 2011
Ular masuk rumah
Ular! ular! .... jerit anak-anak ku. Mereka mengesan seekor ular Katam Tebu (nama tempatan) bersembunyi dicelah atap garaj rumah kami. Sepengetahuan aku ular spesis ini amat berbisa, sama seperti tedung selar, itu yang sering didedahkan melalui National Geographic. Macam mana ya? nak di pukul agak sukar kerana kedudukannya lebih tinggi dari aku. Silap-silap dia terjun terus atas kepala aku, Innalillah.... . Apa susah, telefon Bomba aje. Selepas buat satu panggilan ke no 994, mereka menghantar sepasukan penangkap ular dari JPAM dalam masa 20 minit. Saya puji dilivery system mereka, amat cekap. Tapi yang paling menarik ialah pasukan penangkap ular tu cuma budak-budak perempuan aje. Sungguh aib Pakcik dibuatnya. Tapi tak pe, janji ular tu berjaya ditangkap hidup-hidup mengikut prosedur yang betul.
Thursday, August 4, 2011
Transformasi karya Piet Mondrian
Piet mondrian merupakan salah seorang pelukis yang mempunyai identiti karya yang tersendiri. Sepanjang hidup beliau hanya melukis pohon epal. Bermula dengan pohon epal yang dilukis secara realistik kemudian di pecah-pecahkan menjadi satah-satah, seterusnya menjadi garisan dan rupa , akhir sekali menjadi rupa geometrik yang rimgkas. Karya beliau menjadi ikutan para pereka yang seterusnya memasukkan elemen karya Mondrian delam perekaan perabot, pakaian, kasut dan sebagainya.
Senduduk Natural Charcoal Stick
Salah satu media lukisan yang paling awal digunakan oleh pelukis-peluikis bertaraf old master ialah natural charcoal stik yang diperbuat dari kayu willow atau Vine. Media ini agak mahal bergantung kepada jenama. Ia dijual sekitar RM1.80 hingga RM5.00 sebatang. Namun baru-baru ini saya jumpa satu jenama baru yang dijual dengan harga lebih murah sedangkan kualiti charcoal stick nya adalah sama seperti yang berjenama antarabangsa. Inginkan maklumat lanjut sila e-mail saya.
Monday, August 1, 2011
Sunday, July 31, 2011
Perkembangan folio pelajar 2011
Hilmi. Ikan sebagai subject matter. Ok.... teruskan, teruskan.
entah kenapa, gambar yang di upload tak dapat masuk sepenuhnya hari ini. Saya akan cuba lagi esok. Sabar ya.
Folio 2011
Dari folio Laila. Bunga sebagia subject matter. Dikembangkan menjadi rupa organik setrusnya geometrik. Proses mengembangkan rupa geometrik dilakukan dengan melukis berbantukan pembaris dan jangka lukis.
Folio 2011
Dari folio Wafi. Kasut sebagai subject matter. Diubah suai menjadi rupa, kemudian rupa geometrik dan dimasukkan teks.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Selamat menyambut bulan puasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Ya Allah Ampuni kami, rahmati kami. Amin.
Monday, July 4, 2011
Karya relief
Terjumpa sebuah karya relief yang dibuat tidak lama dahulu. Karya ini telahpun dijadikan sumber idea untuk logo kedai lampin pakai buang. Klik link ini untuk melawat kedai tersebut http://bidakdiapers.blogspot.com
Setelah diubah suai logo tersebut kelihatan begini....
![]() |
| http://bidakdiapers.blogspot.com |
Thursday, May 26, 2011
Orang berbudi kita berbahasa
Minggu ini seramai 160 pelajar SMK Badak telah menerima sumbangan komputer riba sumbangan Kerajaan Malaysia. Cikgu nasihatkan agar semua pelajar yang menerima sumbangan tersebut agar menggunakannya dengan sebaik mungkin untuk tujuan yang berfaedah. Zahirkan terima kasih anda melalui komen-komen di laman sosial. Orang berbudi kita berbahasa.
Monday, May 16, 2011
Terima kasih cikgu
Majlis Sambutan hari guru peringkat smk badak diadakan hari ini. Alamdulillah, aku seorang guru sekarang. Terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru ku yag telah mendidik kami. Al fatihah kepada arwah guru-guru yang telah kembali ke rahmatullah.
Tuesday, May 10, 2011
Tips Untuk Peperiksaan
Disini cikgu akan kongsi sedikit tips untuk menjawab soalan esie seni visual sempena peperiksaan PKBS 2 yang akan bermula esok. Dalam kertas 1 Seni Visual STPM calon dikehendaki menjawab 2 soalan esei dalam bahagian B dan 1 soalan esei dalam bahagian C. Pelajar diingatkan supaya menjawab ketiga tiga esei kerana ia mewakili 45% markah keseluruhan.
Untuk menulis esei dengan baik pelajar seni visual harus menguasai bahasa seni visual terdiri dari Unsur seni, prinsip seni dan media serta teknik. Dalam Unsur seni pelajar perlu menghafal unsur-unsurnya seperti garisan, jalinan, rupa, bentuk dan warna. Semua item tersebut merupakan fakta dalam penulisan sementara perincian untuk setiap item tersebut merupakan huraiannya. Dalam skema pemarkahan biasanya markah diberikan untuk setiap fakta dan huraiannya.
Contohnya apabila pelajar menulis tentang Garisan maka perlu tulis segala perincian tentang garisan tersebut untuk menghuraikannya seperti orientasi garisan samada menegak, melintang atau condong; jenis-jenis garisan seperti lurus, beralun, halus, kasar dan sebagainya.
Sekiranya menulis tentang warna, maka perincian tentang warna ialah jenis-jenis warna seperti waran panas, warna sejuk, warna penggenap, warna sewarna, warna harmoni dan sebagainya. Begitu juga untuk unsur-unsur yang lain.
Sama juga keadaanya apabila pelajar menulis tentang prinsip seni. Bagi esei yang merujuk kepada gambar karya, antara prinsip yang hampir mesti ada dalam karya ialah Harmoni kerana setiap karya dihasilkan untuk kepuasan visual. Bila menulis tentang imbangan, pelajar harus menyatakan samada imbangan simeteri atau imbangan tidak simeteri. Perlu diingat, setiap fakta harus disokong oleh huraian. Sekian untuk kali ini, selamat berjaya.

Wednesday, April 20, 2011
Karya terbaru Azian Hashim
Azian Hashim , rasanya saya tidak perlu menerangkan lagi tentang biodata beliau kerana sudah dijelaskan dalam entri yang terdahulu. Sebagai penggiat seni yang tegar beliau terus berkarya dan berkarya, menyertai pelbagai pameran dan pertandingan tanpa mengenal erti jemu. Pada minggu yang lepas saya sempat melawat ke studio AZ fine art centre. Melangkah masuk ke studio mata saya terus tertumpu pada dua buah catan bersaiz besar. Deria seni ku mula berfungsi semula setelah agak lama kaku. Mata ku mula meneliti setiap inci ruang kanvas, lalu terbit rasa puas yang amat dalam. Pada kesempatan kali ini saya akan pertontonkan kepada pengunjung blog secara eksklusif, karya terbaru Azian Hashim yang belum dipamerkan di mana-mana galeri. Alhamdulillah Beliau bersetuju untuk membenarkan karya ini dipamer di blog seni tampak.
Tuesday, April 19, 2011
Contoh Sumber Idea dan proses perkembangan idea.
Harmoni : Saya melihat imej bangunan- bangunan tinggi sebagai simbol keharmonian negara. Hanya negara yang harmoni sahaja mampu berkembang pesat dengan deretan bangunan moden yang gah. bentu-bentuk bangunan yang seragam juga mencetuskan kesan harmoni secara visual. Jadi saya memili bangunan sebagai sumber idea saya.
Langkah satu : Cari gambar bangunan dan lukis secara imitasi
Langkah satu : Cari gambar bangunan dan lukis secara imitasi
Seterusnya imej tersebut di stailisasi atau diringkaskan beberapa peringkat
Sumber idea
Sebelum menghasilkan karya seni pelajar perlu memilih satu atau lebih sumber idea yang berkaitan dengan tema. Contoh pengkarya yang menggunakan hanya satu sumber idea sepanjang kariernya ialah Piet Mondrian. Beliau menggunakan imej pokok epal sebagai sumber idea atau disebut juga sebagai "subject matter". Di peringkat awal Mondrian melukis pokok epal secara realistik, kemudian di stailisasi sehingga menjadi rupa geometrik berpetak-petak dengan warna merah, biru dan kuning sahaja. Kepada pelajar-pelajar saya sila rujuk enjin pencari untuk melihat contoh karya Mondrian, saya tidak dapat menyiarkan gambar tersebut disini demi mematuhi peraturan harta intelek.
Dalam konteks pengkaryaan seni visual STPM 2011, tajuk satu; pelajar boleh memikirkan satu sumber idea berkaitan harmoni. Imej harmoni boleh terdiri dari objek semulajadi, buatan manusia atau aktiviti manusia dan peristiwa seperti sambutan hari raya, perpaduan kaum, dan sebagainya.

PENGKARYAAN SENI VISUAL 2011. (TAJUK 1 )
Di SMK Badak kami memilih untuk menjawab soalan 1 untuk kertas 3 seni visual STPM 2011. Karya yang bakal dihasilkan bertemakan "kerharmonian" dengan menggabungkan imej rupa geometrik dan rupa huruf menggunakan teknik 'Hard edge'.
DEFINISI HARMONI
Harmoni merujuk kepada tindak balas tampak di dalam alam dan karya seni yang menyepadukan unsur-unsur seni seperti garisan,warna,rupa,bentuk,jalinan dan ruang.
Harmoni wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau gaya yang tertentu.Tujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik perhatian serta mengurangkan kejanggalan pada sesuatu gubahan,objek atu imej.Harmoni tidak akan wujud sekiranya terdapat ciri-ciri yang bercanggah.
Harmoni dalam kraf tradisional,misalnya bukan sahaja untuk menarik perhatian manusia untuk menggunakan benda tersebut,tetapi juga untuk menimbulkan nilai-nilai estetika. Aplikasi warna dari kumpulan yang sama atau mempunyai hubung kait antara satu sama lain juga dapat menimbulkan gambaran harmoni dalam sesuatu gubahan,umpamanya warna sejuk,warna panas,gubahan warna sewarna,gubahan warna harmoni dan campuran berbagai jenis warna yang mempunyai hubung kait antara satu sama lain.
Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna,teratur,seragam dan selesa pada pandangan.Selain itu,unsur-unsur seni juga bukan sahaja wujud dalam alam semula jadi,malahan wujud dalam bahan buatan manusia. Harmoni juga wujud dalam tingkah laku, aktiviti manusia dan peristiwa.
Monday, April 18, 2011
Lukisan perspektif 2 titik lenyap
Cadangan aktiviti bagi memulihkan kecelaruan perspektif:
Guru melukis kuboid di papan hitam sambil ditiru oleh murid, langkah demi langkah sehingga siap menjadi deretan bangunan dengan dua titik lenyap. Aktiviti ini dilakukan di kelas tingkatan satu B, dan inilah hasilnya. menurut penilaian saya, mereka telah faham perspektif dan mampu melukis dengan baik.

Sunday, February 20, 2011
Kecelaruan perspektif
Masalah kecelaruan perspektif bukan sahaja berlaku dalam kalangan kanak-kanak malah ia turut dikesan diperingkat umur yang lebih tinggi iaitu peringkat menengah rendah, menengah atas serta tingkatan enam. Untuk mengesan masalah ini guru-guru boleh menguji mereka dengan mengarahkan pelajar melukis sebuah kotak ( kuboid). Sekiranya pelajar menghasilkan lukisan kuboid seperti dalam entri Ahad, 6 Feb. maka pelajar berkenaan masih keliru tentang perspektif. Dalam entri seterusnya saya akan cadangkan aktiviti ringkas yang dapat membantu murid menguasai perspektif.
Aktiviti seterusnya
Apabila murid-murid mampu melukis kuboid dengan kemas maka aktiviti melukis objek yang berasaskan bentuk kuboid seterusnya menjadi lebih mudah. Mereka mampu menyiapkan lukisan sebuah jeep dalam masa kurang dari 10 minit.
Thursday, February 10, 2011
MODEL P&P PSV TINGKATAN 1 ( SAMBUNGAN)
Dari unit pembelajaran lepas semua, murid telah mampu menghasilkan sebuah kuboid dengan baik.
G : Baiklah murid-murid keluarkan lukisan kuboid yang kamu siapkan pada minggu lepas.
Semua murid mengeluarkan lukisan masing-masing.
G : Bagus, semuanya telah mampu melukis kuboid dengan baik, tahniah. Hari ini cikgu ingin menegaskan bahawa sekiranya anda mampu melukis kuboid dengan baik, maka kamu akan mampu melukis objek-objek lain seperti bangunan, meja, kereta dan kebanyakan objek buatan manusia.
M : Betul ke cikgu?
G : Betul, kalau tak percaya kita akan cuba sekejap lagi. Sekarang cuba kamu lihat kelas kamu berasaskan bentuk apa ?
M : Kuboid!!
G : Bangunan sebelah?
M : Kuboid!!
G : Van dibawah sana?
M : Kuboid!!
G : Sekarang kamu nampak atau tidak bahawa kebanyakan objek disekeliling kita berasaskan bentuk kuboid. Jadi bila kamu mampu melukis bentuk asas sesuatu objek, untuk melukis objek tersebut akan menjadi mudah.
M : Macam mana tu cikgu ?
G : Mari cikgu buktikan. Cikgu akan cuba melukis sebuah van dengan menggunakan bentuk asasnya iaitu kuboid. Sekaran kamu setkan masa.
Guru mula melukis gambar van sehingga siap.
G : Okey sekarang siap.... berapa minit yang cikgu habiskan untuk menyiapkan lukisan ini?
M : Satu minit cikgu!!!, alaah cikgu dah biasa melukis, memanglah senang. kalau kami tentu tak boleh.
G : Cikgu yakin kamu semua mampu melukis seperti cikgu. Mari kita buktikan.Kita akan melukis sama-sama, cikgu lukis di papan hijau dan kamu lukis pada kertas masing-masing.
M : Ok cikgu, jom kita lukis....

SAMBUNGAN : MODEL P&P PSV TINGKATAN 1
Sambungan dari entri terdahulu................. Setelah kesemua enam murid melukis kuboid masing-masing di papan hijau; guru memulakan sesi penilaian.
G : Terima kasih kepada semua murid yang telah memberi kerja sama. Baiklah, sekarang mari kita lihat yang manakah antara kesemua enam lukisan ini yang paling berjaya menghasilkan bentuk kuboid seperti kotak tisu. Kelas!! yang mana satu?
M : Tiada satu pun Cikgu!, semua tak jadi !! semuanya senget!! ( Ramai murid memberi respon)
G : Baiklah murid-murid, sebenarnya 4 daripada enam lukisan telah pun berjaya menggambarkan bentuk kuboid manakala 2 lagi merupakan rupa segi empat. Tapi kuboid yang dihasilkan masih kurang kemas, senget, tidak tepat secara matematikal mahupun visual serta tidak merujuk pada kotak tisu yang Cikgu bawa.
Kalau tadi, anda kata melukis kotak itu senang..... sekarang tiada satu pun yang jadi. Jadi melukis kotak itu senang atau susah?
M : SUSAH Cikgu !!!!
G : Susah?? Takkan melukis kotak pun susah?....... Baiklah murid-murid, disinilah letaknya kepentingan ilmu. Sesuatu yang kelihatan mudah akan menjadi susah bagi orang yang tidak berilmu. Sesuatu yang susah akan menjadi mudah bagi orang-orang yang berilmu. Melukis kotak nampak senang, tapi kamu tidak mampu melukisnya dengan baik kerana......... Cikgu belum ajar kamu. Sekarang mari cikgu ajarkan kamu .
Guru menunjuk cara sambil diperhatikan oleh murid. Murid mula melukis bersama-sama dengan guru. Proses memperbetulkan lukisan kotak mengambil masa yang agak lama sehingga tamat waktu. Proses seterusnya akan disambung dalam unit pembelajaran akan datang.

Subscribe to:
Posts (Atom)