Followers

Wednesday, October 30, 2013

Nilai kasih sayang

Setiap ibu pasti kasih akan anaknya, termasuk ibu beruk.
Setiap anak pasti sayang akan ibunya, termasuk anak beruk.

Sunday, October 27, 2013

Final assessment







Proses penilaian akhir kami lakukan semasa pameran berlangsung. Pelajar diminta membentangkan segala lakaran dan kajian visual. Sedikit soal jawab perkaitan antara imej dengan tema bagi menjelaskan makna karya.
Ada yang mampu membentang dengan baik, ada yang sederhana, ada yang terlalu lemah pengucapan verbal walaupun ekspresi Visualnya baik.

Sunday, October 20, 2013

Proses membuang bulu kambing biri- biri tanpa perlu melapah kulit

Hari ini kami cuba kaedah memproses kambing biri- biri gaya thailand. Bulu nya dicabut tanpa melapah kulit. Jadi kulit dan daging akan dimasak bersama. Tidak membazir kan? 
Caranya senang sahaja, jirus keseluruhan  badan kambing dengan air panas, cabut bulu dengan segera. Boleh guna tangan kosong atau dengan memakai sarung tangan getah. 
Setelah licin layur dengan api untuk melenyapkan saki baki bulu. Untuk lebih detail, boleh gunakan pisau cukur.
Nah siap untuk di potong dan masak.








Tuesday, October 8, 2013

Pameran pentaksiran versi online

Terima kasih kepada tuan pengetua kerana sudi merasmikan Pameran Pentaksiran Seni Visual 2013. 

Tahniah kepada semua calon kerana berjaya menganjurkan pameran yang julung kali diadakan ini. Pameran ini menandakan titik mula sistem pentaksiran baharu, bakal menjadi rujukan bagi kumpulan pelajar yang akan datang.
Sila nikmati beberapa karya yang dipamer. 












Sunday, September 29, 2013

Azim haikal art works

7.00 pagi saya keluar ke pasar borong  Pasir puteh membeli bekalan barang dapur untuk seminggu. Semasa keluar cuma Azim haikal (7 tahun) sahaja yang jaga, sementara anak-anak lain menyambung lena selepas subuh.
Pulang dari pasar sekitar pukul 8:00, Azim mengajak ku kebelakang rumah untuk melihat karya seni beliau. "Emm.... Bagus Azim, teruskan berkarya tetapi semua ini harus disimpan dengan baik".




Thursday, September 19, 2013

Mendekati tarikh akhir pengkaryaan

Semakin mendekati tarikh akhir pengkaryaan seni visual, pelajar-pelajar agak kelamkabut. Pada masa yang sama mereka perlu menghantar dan membentangkan PBS subjek-subjek lain. 
Nasihat cikgu : gunakan keadaan stress kearah yang positif, contohnya semakin rajin berusaha, buat banyak dalam masa yang singkat, dan tingkatkan kualiti kerja. Jangan jadikan stress sebagai alasan untuk berputus asa.



Saturday, September 7, 2013

Sifat redha

Tengok berita lewat malam tadi, ada kebakaran besar di kampung lembah sireh, kota bharu, Melibatkan 6 buah rumah.
Tertarik dengan paparan interview salah seorang mangsa, kakak pertengahan umur. " saya tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang pun, semuanya hangus terbakar, sekarang tidak ada apa-apa lagi. Tapi tak mengapalah, tentu ada hikmahnya nanti". 
Subhanallah, begitu kagum saya mendengar ungkapan terakhir kakak itu. Beliau begitu redha dengan ketentuan ilahi. 

Wednesday, September 4, 2013

Buku yang kita lupa baca

Allah bekalkan kita sebuah buku sebagai panduan untuk berkelana didunia ini. Buku ini sangat penting. Sebagai penunjuk jalan agar tidak sesat, sebagai penyembuh luka perawat duka, peyuluh dalam kegelapan jahiliyyah, jaminan survival spesis manusia selama-lamanya dari dunia yang singkat hingga akhirat yang tiada penamat. Buku itu ialah Al-Quran yang suci. 
Berapa bariskah dari ayat-ayat Allah ini yang kita baca setiap hari? Berapa saatkah yang kita telaah dalam seminggu? berapa dalam yang kita telah faham dalam sepanjang hidup kita?
Maasya Allah, sesungguhnya kami termasuk dikalangan orang-orang yang rugi. Ampuni kami dan lindungilah kami, tambahkanlah ilmu kami, berikan kami kefahaman Al-quran.
Buat diriku, anak isteri serta murid- murid, mari kita mula mengamalkan Al- quran dalam kehidupan kita seharian. Bermula dengan amalan membaca nya setiap hari, istiqamah. Semoga Allah memberi kita kefahaman Al - quran. Ameen.

Tuesday, August 20, 2013

Oil pastel

Lukisan oil pastel ternyata lebih mudah dikuasai oleh murid-murid. Cuba buat banyak-banyak untuk mengasah skill masing-masing

Sunday, July 28, 2013

Rindu serindunya....

Makkah dan Madinah adalah bumi yang diberkati Allah. Sesiapa sahaja yang bermusafir ke dua masjid ( nabawi & al haram ) pasti akan rindu untuk kesana lagi. Teramat rindu.





Wednesday, May 22, 2013

Bunga kantan

Banyaknya bunga kantan sedang menguntum di kebun ibu. Tak habis dimakan, bila saya cadangkan supaya dijual ibu sarankan supaya diberi percuma kepada rakan tempat kerja. Jadi kalau ada sesiapa berhajat sila sms. Saya akan bawa esok.









Monday, May 20, 2013

Lawatan ke mr deens gymnasium

Lawat gym sahabat di pengkalan chepa sambil menunggu ibu mereka sampai dari KL dengan flight akhir 11.30 pm. Jom datang ramai-ramai, murah sahaja rm5 sekali masuk, tanpa had masa.











Sunday, May 19, 2013

Budok kena tinggal ke mok

Maaaaak,,,, maaak,,, maaak ,,,, sapa jenegho atah riba ayoh. Sekali sekala ibu tinggal pergi kursus , beginilah jadinya.

Thursday, May 9, 2013

Lukisan batik

Aktiviti hujung- hujung penggal ni kami training apa sahaja yang dianggap berkaitan. Lukisan hari ini menggunakan media campuran, marker + pen untuk mencipta motif batik canting.