...........Dan logo HMS dengan resolusi 300
khusus membincangkan topik-topik berkaitan seni visual peringkat sekolah dan senario seni tampak terkini.Mencadangkan tip-tip untuk membantu murid mencapai kecemerlangan dalam subjek seni visual.Memartabatkan seni tradisi sebagai seni kelas pertama tanpa meminggirkan seni kontemporari. (Art scene and education)
Followers
Saturday, June 14, 2014
untuk perhatian pn era
Ini label sos seperti yang diminta pihak tuan. Rekaan ini belum di cuba pada botol. Sila copy, print dan cuba tampal pada botol. hubungi kami untuk editing.
Friday, June 13, 2014
Untuk perhatian en awie & Pn era
Ini rekaan label kicap yang dibincangkan tempohari. Untuk rekaan sos pencicah, kami perlukan maklumat ramuannya. Saiz sudah di set. klik atas gambar untuk buka saiz sebenar, klik kanan atas gambar, save image, lepastu print.
Monday, May 26, 2014
Budaya Melayu- Satu wacana ringkas
Amirul VS Pojea- Latihan Silat Tongkat
Budaya Melayu harus dinikmati dan dihargai oleh orang Melayu sendiri, sebelum kita mempromosikannya kepada masyarakat antarabangsa. Anak melayu perlu kenal seni budaya nenek moyang mereka lantas mengutip nilai-nilai positif yang diterapkan. Amat malang bila orang Melayu sendiri mencemuh seni budaya Melayu, menganggapnya kolot serta ketinggalan zaman.
Entri kali ini berkisar tentang seni silat yang tergolong dalam aktiviti kebudayaan antaranya silat cantik, silat tari, silat jatuh, silat pulut, silat tongkat dan sebagainya. Silat-silat ini masih lagi dipelajari di kampung-kampung melalui pertubuhan kecil dengan keahlian terhad. Kebanyakan murid adalah golongan kanak-kanak antara 6 hingga 12 tahun namun terdapat juga murid remaja dan dewasa. Aktiviti latihan diadakan pada waktu malam antara pukul 9.30 hingga 11.00 malam. Guru akan mengajar tarian langkah sembah, bunga dan buah serta kunci secara berperingkat sehingga semua murid mahir. Pada malam minggu aktiviti silat diiringi paluan gendang dan serunai, murid turut berpeluang mempelajari muzik silat.
Guru turut menerapkan nilai-nilai murni dalam bersosial seperti bersalaman dengan semua orang, menghormati yang lebih tua, patuh pada guru, yakin diri, serta memupuk semangat persaudaraan. Secara peribadi penulis amat memandang tinggi seni budaya ini dan merasakan ia patut disokong oleh masyarakat setempat serta pihak berwajib. Secara ilmiah aktiviti ini mampu meningkatkan kemahiran psikomotor dan kognitif murid serta meransang sensitiviti mereka ketahap yang lebih baik. Indikator terbaik ialah apabila penulis melihat sendiri perubahan positif dari segi sikap dan tingkah laku peserta.
Untuk perbandingan mari kita lihat bagaimana ibu bapa di Eropah yang menganggap seni tarian ballet dan piano sebagai suatu yang amat penting dipelajari oleh kanak-kanak. mereka hampir mewajibkan setiap kanak-kanak menguasai ballet dan piano. Bahkan kajian oleh sarjana barat juga menyatakan aktiviti ballet mampu meningkatkan kecerdasan otak dan motor kanak-kanak.
Alif Vs Adam
Thursday, April 17, 2014
UNTUK PERHATIAN EN MAT
Entri kali ini untuk perhatian En Mat. Foto dibawah adalah rekabentuk rumah untuk rujukan pihak tuan.
Bawah: pandangan depan
Atas : Pandangan belakang
p/s : -Tangga dapur saya belum lukis
- Jika tinggi 10 kaki tidak sesuai, sila tambah jadi 11 atau 12 kaki
Bawah : Pandangan kiri
Atas : Pandangan kanan
Pelan
p/s : Garisan dakwat merah tu ruang tingkat atas
perspektif dari dalam (depan pintu utama)
Wednesday, April 9, 2014
Potret melayu
Seperti dijanjikan saya akan terus menulis mengenai karya Md Fadli Yusoff dalam beberapa entri, satu persatu sehingga habis material yang dikumpul.
Karya kali ini saya namakan sebagai potret melayu.
Keris pekaka
Atau setengah dalang menyebutnya sebagai Tajung.
Keris yang nampak sombong
Imej keris warisan melayu, menurut ahli sejarah rekaan ulu tajung adalah dari zaman kerajaan silam langkasuka. Paparan imej amat jelas, setiap motif yang melata pada pada ulu keris diberi perincian secara bersungguh-sungguh. Pelukis begitu mahir mengolah warna, kelihatan kesan lutsinar berlapis- lapis hasil gabungan teknik glaizing dan scumbling. Teknik yang sama juga digunakan bila beliau menghasilkan figura atau potret.
Pelukis berjaya membezakan dua krektor dalam catan iaitu besi dan kayu. Untuk lebih jelas, imej digambarkan secara realistik sehingga besi kelihatan betul-betul besi manakala kayu nampak macam kayu. Latar hitam dan putih pula bertujuan untuk mempersembahkan imej keris dengan berkesan. Ulu keris Tajung itu sendiri secara visual kelihatan angkuh, tegas, bak pahlawan perang.
Kadang-kadang kelihatan tercengang-cengang macam kehairanan (menurut cikgu nasir, pakar keris, kelantan).
Karya ini berjaya menonjolkan subjek dengan baik. Segala aspek formal diatur dengan kemas dalam satu kompisisi yang menarik menjadikan karya seni ini sebuah hasil seni yang bermakna dan mampu difahami audien.
Monday, April 7, 2014
Dua cinta
Entri kali ini akan mewacana karya Padeli yang berjudul "Dua Cinta". Foto diatas adalah karya yang saya maksudkan,,, emmm....maksud saya dua panel di belakang, tidak termasuk figura.
Pertama kali lihat karya ini, hati terus jatuh cinta. Pada motif arabesnya, pada susunannya, pada khat nya, pada garisannya, jalinannya, dan warnanya.
Oh! Benarkah ini karya Padeli? Sejak bila beliau mula hasilkan bentuk karya beraliran "Islamic Art"? Mungkin dia telah tidak lagi melukis catan figuratif. Itu persoalan yang berlegar dibenakku. Namun setelah melawat ke tingkat atas studio, semuanya semakin jelas. Padeli amat konsisten dalam berkarya, namun tidak terikat dengan mana- mana aliran seni. Seperti yang beliau nyatakan dahulu "Aku tak fikir sangat, aku buat saja".
Kembali kepada karya "Dua Cinta", sekali pandang akan tajuknya kemudian perhatikan karya kita mungkin terus faham ekspresi pelukis melalui bahasa visualnya. Ini adalah terjemahan rasa seorang hamba terhadap khaliknya. Hamba ini juga turut mencintai makhluk yang dimuliakan oleh khalikya.
Ya itu sahaja, tidak perlu fikir isu yang berat-berat seperti Politik, sosial, Ekonomi, Perang, pencemaran, dan entah apa lagi masalah yang menyesakkan otak.
Kali ini kita kembali kepada persoalan asas. Lembutkan hati dalam mengenang Allah serta rasul. Leburlah duka hilang derita, hati tenggelam didalam rasa, terus menapak berpaling tiada, menuju khalik yang maha Esa.
Nah sekarang audien dan pengkarya sedang berkogsi rasa, bukankah ia sepatutnya begitu, atau sekurang-kurangnya tujuan seni itu adalah sebegitu.
Terus terang,,,, saya amat tertarik dengan karya ini. Teruskan sahabatku.
Alllahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar,,, walillahilhamd.
Monday, March 31, 2014
Padeli (Md. Fadli Yusoff)
Khamis, 27mac 2014, sekali lagi pakcik jumpa sahabat lama, Fadli yusoff. Seorang pelukis sepenuh masa yang amat komited menjalani hidup sebagai makhluk berseni.
Padeli (panggilan rakan-rakan) seperti yang saya kenal sejak tahun 90an, seorang yang sentiasa tenang dan tawaduk sehingga kadangkala ditafsirkan sebagai ego. Pakcik dipelawa ke studionya, alhamdulillah. Memang pakcik teringin melihat karya-karya terbaharu beliau. Jadi beberapa entri selepas ini akan berkisar tentang karyanya.
Wednesday, March 19, 2014
Terkenang semasa dulu
Hari ini saya dapat sesuatu yang amat bernilai atau sekurang- kurangnya bernilai bagi saya. Rakan sekelas sekolah rendah dari grup whats app telah mengongsikan gambar yang dirakam sekitar tahun 1981. Gambar tersebut berusia 33 tahun , Sungguh mengujakan.
Pada masa tersebut kami berada di darjah 1, sekolah kebangsaan Melor. Rata-rata murid Melayu pada masa itu dari keluarga petani termasuk saya.
Mengenang masa lampau, kami hanya membawa wang saku sebanyak 20 sen sahaja ke sekolah setiap hari. Itu sudah mencukupi pada masa itu. Seketul kuih berharga 10 sen dan air sirap 10sen, sudah cukup sebagai alas perut waktu rehat, kami tidak pernah rasa kelaparan. Mungkin itulah gambaran keberkatan rezeki yang diraih dari jerih usaha mengerjakan sawah oleh orang tua kita.
Jadi agak mustahil bagi kami untuk mem beli foto yang dijual dengan harga 50sen sekeping. Bukan tidak mampu, jika diminta dari ibu 50sen untuk beli gambar pasti akan ditunaikan, tapi itu bukan sikap kami kanak-kanak zaman 80an. Kami sedar kesukaran Ibu bapa kita walaupun mereka tidak pernah menunjukkan kesusahan depan anak-anak, tidak pernah merungut tiada wang untuk membiayai persekolahan anak-anak. Sebaliknya pesan tegas mereka " tugas mu ngaji jah, bab cari pitih kijo aku".
Thursday, March 6, 2014
Still life : satu objek
Latihan hari ini, kami melukis satu objek sahaja. Sebuah tempayan dengan media pensel warna teknik silang pangkah.
Start
Monday, March 3, 2014
Teknik titik
Salah satu teknik melukis yang paling senang dikuasai oleh murid ialah teknik titik (pointilisme). Biasanya mereka akan ralik melukis sehingga ke hujung waktu kelas.
Sunday, February 23, 2014
Monday, January 27, 2014
Aktiviti studio hari ini
Proses terakhir reka corak tekstil ialah melukis cadangan reka letak. Kali ini kami cuba sesuaikan reka corak dari aktiviti lepas untuk dipadankan dengan rekaan t-shirt.
Thursday, January 23, 2014
Garis selari
Antara aktiviti yang mampu mengasah kemahiran melukis ialah "shading" menggunakan garis selari atau disebut hetching. Jom
Tuesday, January 21, 2014
Perspektif
Kefahaman tentang perspektif amat membantu pelajar dalam proses melukis, terutamanya yang melibatkan peniruan (imitasi).
Di akhir pembelajaran pelajar akan dapat menghasilkan satu lukisan yang mempunyai kesan ruang kedalaman.
Sambungan aktiviti lepas
Setelah siap melukis kajian subject matter, kita akan menghasilkan rekaan corak tekstil berdasarkan kajian tersebut.
Lukisan kali ini tidak lagi tertumpu kearah meniru objek, tetapi kita akan mengubah suai objek menjadi motif. Ciri-ciri asal objek digubah dengan kaedah repeatition, distortion, fraction dan campuran untuk membentuk motif.
Lukisan kajian
"Sesiapa yang tinggal berdekatan pantai sila bawa beberapa jenis kulit siput minggu depan". Itulah arahan yang cikgu keluarkan minggu lepas.
Hari ini, terdapat lebih dari 10 jenis cengkerang yang dibawa oleh murid. Kami akan melukis kulit siput ini untuk mengkaji struktur, garisan, jalinan dan bentuknya.
Thursday, January 9, 2014
Pengajaran, pembelajaran dan penilaian hari ini
Aktiviti Menggabungkan garisan gesture , kontur dan grid Untuk membina bentuk objek. Pelajar akan menyedari struktur objek melalui satah-satah yang dilukis. Diakhir pembelajaran mereka akan bertambah kemahiran melukis dan faham struktur objek.
Subscribe to:
Posts (Atom)

























































