Followers

Friday, July 31, 2009

untuk perhatian cikgu siti norma, sk berjaya, selangor











Seni pembuatan keris merupakan salah satu komponen seni kraf tempatan yang dimasukkan dalam sukatan pelajaran pendidikan seni visual. Terdapat beberapa buku yang membincangkan khusus tentang keris dan falsafah disebalik penciptaannya. Salah satu buku yang boleh dijadikan rujukan ialah buku "Rahsia keris dan warisan senjata Melayu" oleh Zakaria bin Abdullah. Buku ini boleh dibeli terus dari laman blog http://cikgunasir.blogspot.com/ .




Tidak semua rahsia pembuatan keris dapat kita temui melalui rujukan buku, terdapat rahsia-rahsia lain yang cuma diperolehi melalui temubual dengan tukang-tukang keris. Jika kita perhatikan bentuk keseluruhan keris terdapat bilangan-bilangan lok dari 3,5,7,9,11 hingga 21. Tidak kira berapa lok atau lengkok pada keris, pada akhirnya hujung mata keris mestilah selari dengan putingnya (pangkal). Falsafah disebalik "desaign" sedemikian adalah berkaitan dengan ilmu tasawwuf dalam ajaran Islam. Puting adalah Tauhid, bengkang-bengkok adalah perjalanan hidup dan pengakhiran yang sempurna mestilah betul dengan tauhid. Falsafah sedemiklian cuma diketahui apabila kita berdamping dengan tukang-tukang tua. Ini merupakan pengaruh ajaran Islam dalam seni kraf tradisional keris.




Terdapat pengaruh dari agama lain seperti Hindu dan Budha bercampur aduk dalam kraf tradisional keris. Tetapi setelah kedatangan Islam ke alam Melayu segala pengaruh dari agama lain mula dikurangkan dengan mengubahsuai desaign. Contoh kraf tradisional berbentuk 3 dimensi yang mempunyai pelbagai pengaruh ialah ulu keris Tajong, juga dikenali sebagai ulu Pekaka. Ulu tajong pada asalnya adalah manefestisi kepada bentuk Dewa Vishnu dalam ajaran hindu. Rekaan asal mempunyai kepala, mata, hidung, mulut, tangan dan kaki; lengkap sebagai sebuah patung berhala. Setelah kedatangan Islam pengaruh ini mula disingkir, bentuknya mula distailisasikan menjadi lebih ringkas sehingga tidak lagi berbentuk patung berhala. Jika dilihat dibahagian pangkalnya terdapat motif bunga teratai berkelopak lapan, adaptasi dari jalan lapan lapis ajaran Budhisme. Campuran pelbagai pengaruh dalam penghasilan kraf keris menjadikannya unik dan penuh berseni. Gambar di atas ialah ulu tajung hasil tangan en Rosman, seorang tukang profesional dari kampung semerak, pasir puteh, Kelantan. Opss!! dah magrib, post yng ini dulu, kejap lagi sambung.







No comments:

Post a Comment