Mohd Fadli Yusoff merupakan seoarang pelukis yang cenderung mengkasilkan karya berbentuk figuratif. Minggu lepas saya berkesempatan melawat studio beliau. Fadli sedang menyiapkan sebuah catan terbaru yang juga berbentuk figurati dan bersaiz amat besar. Demi menjaga hak eksklusif beliau saya tidak akan pamerkan karya tersebut di blog ini. Namun masih banyak gambar karya beliau yang pernah dipamerkan di galeri awam dan swasta akan saya upload untuk dikongsi tonton rakan blogger semua.
Karya kali ini ialah dua buah catan digabung menjadi satu. Catan disebelah kanan dengan imej seekor anjing manakala disebelah kiri memapar imej figura ber perwatakan Islamik. Dari segi formalistik, olahan warna Fadli amat mengejutkan visual penghayat. Kaedah chairoscuro dalam penataan cahaya begitu berkesan sehingga ruang rata di sekitar figura tidak terasa kosong kerana mata kita telahpun ditarik secara paksa untuk terus kekal pada dua imej tersebut. Baiklah saya tidak mahu menulis panjang lebar, sila lihat sendiri dan nikmati karya ini dengan sensitiviti seni masing-masing. Klik pada gambar untuk lihat saiz besar.
boleh tahu tajuk karya ni?
ReplyDeletedan saiznya?
Salam. Nak tanya di mana galeri dia? Saya nak ke sana. Boleh minta call saya 012 289 6607
ReplyDeleteTerima kasih.