Kurang lebih jam 4 pagi tadi kedengaran ucapan sebegini , " mungkin dekat- dekat waktu zohor nanti", .... Tersentak, kudengar,,, yakin dengar, tetapi bukan dengar dengan telinga. Terasa senak sekitar ari-ari. Mungkinkah ini isyarat bahawa aku bakal dijemput Tuhan sebelum waktu zohor nanti?, kalau betul pun tak mengapa, siapa yang mampu lari dari apa yang telah tertulis. Semakin senak di bahagian perut. Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi, macam biasa kejutkan anak-anak mandi dan bersiap untuk solat subuh. Seusai solat anak-anak kulepaskan pergi ke sekolah bersama ibunya selepas bersalaman. Semasa bersalam dengan isteri aku memohon maaf darinya, didalam hati aku juga telah redha kepadanya.
8.00 pagi, hantar 2 anak ke nursery dan terus menuju ke Klinik komuniti di pengkalan chepa. Sampai pukul 9.20, doktor Sri Buana tak ada, ambil temu janji pada 7 april.
Singgah di surau airport, dhuha, update blog.......... Menunggu waktu sebelum zohor.
No comments:
Post a Comment