Followers

Monday, February 27, 2012

Pesanan Orang tua-tua

Pesanan orang tua-tua semasa saya kanak-kanak : " Anak-anak jangan panjat tinggi-tinggi,  nanti kalau jatuh sakit". Jadi saya tidak panjat pokok yang tinggi-tinggi kalau depan mata orang tua, kerana hormat dan patuh kepada mereka. Tapi di belakang mereka saya panjat juga pokok kelapa yang paling tinggi dalam kampung. Ternyata buah kelapa muda yang pohonnya tinggi lebih sedap dari jambu liar yang rendah. Sekarang saya sudah tua dan saya juga berhak berpesan kepada anak-ank muda, jadi dengar pesanan ku wahai murid-murid serta anak-anak ku. "Panjat lah setinggi mana pun yang kamu mampu tapi hendaklah dengan amat berhati kerana  jika terjatuh dari tempat yang tinggi sakitnya sangat parah".

2 comments:

  1. Asalamualaikum salam drp risalahproseni. Bagaimana dapat saya menghubungi tuan. Ada info nak saya sampaikan.
    Emel saya - mnoor_othman@yahoo.com.my
    Tel: 017-4709 390

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam, saya sudah follow blog tuan, maklumatnya amat berguna. No tel. saya : 013 9804032. atau bole mesej ke FB saya (mohd zulkifli mat salleh)

    ReplyDelete