Sabtu, 20 Oktober 2012. Ibu pakcik dapat keputusan berjaya untuk menunaikan haji pada pukul 9.30 pagi. Pada asasnya beliau sudah tidak mengharapkan peluang ke tanah suci tahun ini kerana sudah letih dengan kerenah birokrasi, beberapa kali menunda tarikh.
Sewaktu menerima berita tersebut ibu pakcik berada di pekan peringat 10 km dari rumah. Dia mesti check in di AirPort pengkalan chepa pukul 12.30 tengahari. Kami cuma ada masa 3 jam untuk menyiapkan barang- barang ibu.
Alhamdulillah semua berjalan lancar dan rombongan mereka sempat tiba dalam masa yg di tetapkan. Ada di antara ahli rombongan yang mendapat berita semasa sedang berkerja disawah di waktu paginya.
Itulah tanda kebesaran Allah , apabila ia kehendaki, maka sesuatu itu pasti terjadi. Allahuakbar.
No comments:
Post a Comment