Followers

Wednesday, October 31, 2012

Menggunakan empat strategi kritikan seni

                                                              
Kebuluran”,  Aizan , 2012.
 
Diskripsi :
- CatanKebuluranoleh Aizan , 2012 menggambarkan imej wajah figura manusia dan setitis air sebagai imej utama
 
-Bahagian latar belakang terdapat imej pokok kaktus, padang pasir dan sebahagian besarnya langit yang kemerahan.
-  Bahagian kiri sebelah atas digambarkan imej matahari yang panas membakar.
 
 
Analisis :
-Imej utama diwarnakan dengan gabungan pelbagai warna seperti merah, biru, hijau dan ungu.
- Sebahagian besar catan , iaitu pada latar belakang diwarnakan dengan gabungan warna-warna panas  seperti merah, oren dan kuning
-  Bahagian padang pasir di gambarkan menggunakan lapisan-lapisan rupa organik.
-  Kesan jalinan sentuh kelihatan wujud pada gambaran imej matahari kerana pelukis menggunakan teknik impasto dan scumbling.
- Teknik glaizing pada wajah figura memberi kesan lut sinar.
 
- Kesan visual imbangan tidak simeteri dan penegasan.
 
 
Interpretasi :
-Karya kebuluran membawa tema kemanusiaan. Pelukis menggambarkan krisis kebuluran yang  meruncing sedang dihadapi oleh kelompok masyarakat di suatu sudut dunia.
 
- Imej figura yang sedang ternganga membawa mesej betapa mereka amat memerlukan bantuan.
- setitis air dari atas mungkin bermaksud sedikit harapan untuk mereka sekiranya mendapat  simpati dari penduduk dunia
 
 
Pertimbangan :
 
-Dari sudut formalisme, pengkarya telah menggunakan unsur serta prinsip seni reka dengan baik , pengolahan media dan teknik yang sesuai, menghasilkan sebuah catan yang menarik , menepati ciri estetika seni halus.
- Dari segi ekspresivisme pula, pengkarya telah berjaya meluahkan idea, perasaan dan isi pemikirannya melalui karya tersebut.
- Pertimbangan dari sudut instrumentalisme mendapati karya ini telah berfungsi menjadi satu alat yang menghubungkan idea dan perasaan pengkarya dengan apresiasi dan pemahaman khalayak.
 
 
 

No comments:

Post a Comment