Followers

Monday, October 15, 2012

Resepi hari ini : kerutuk serati/ itik

Ni apa benda pulak? Kan ke blog seni... Sapa seorang sahabat yang kebetulan lalu berhampiran meja pakcik.
Jawab pakcik : ini pun seni juga..... Seni kulinari.
- lagi pun blog ini kan ruang peribadi tempat pakcik lampiaskan rasa melalui bahasa .
Ini resepi nya:
1. Ketuk sedikit lengkuas , halia dan serai.
2. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili giling, setelah kekuningan masukkan rempah kerutuk.
3. Masukkan serati yang telah dipotong dan dicuci, kacau supaya sebati dengan rempah.
3. Masukkan bahan 1, garam, gula Melaka, asam keping,7 Tutup periuk selama 20 minit.
4. Masukkan santan, biarkan sehingga pecah minyak.
5. Makan satu famili dengan nasi panas.

No comments:

Post a Comment