Followers

Wednesday, October 31, 2012

Contoh soalan dan skema Seni Visual Laras STPM






Karya Oleh Ben Quilty, dipetik dari :

  Gambar  menunjukkan karya Ben Quilty , Huraikan  karya tersebut dari aspek Hal benda dan komposisi.
 
Pendahuluan
   –  Hal benda dalam sebuah catan ialah apa sahaja imej yang wujud dalam karya. Komposisi pula bermaksud  aturan unsur serta prinsip    seni  dengan media dan teknik  tertentu yang digunakan dalam karya .
    Isi 1 (hal benda)
  - Senaraikan hal benda  - satu sahaja iaitu : imej wajah manusia  dalam keadaan sedang menangis.
  - Imej seolah wajah bayi.
  - Digambarkan secara pandangan dekat (close up), memenuhi keseluruhan ruang catan. 
  Isi 2 (Komposisi ):
  - Unsur seni – Warna ( huraikan jenis-jenis warna), Jalinan ( sentuh), bentuk. ** * Gabungan warna dan jalinan menimbulkan bentuk  wajah manusia.
  - Prinsip rekaan -  Kadar banding ( kerana imej agak realistik), Harmoni ( gabungan pelbagai warna menimbulkan kesan harmoni),  Imbangan ( hampir simeteri kerana imej diletakkan di tengah-tengah karya)
  - Media/ teknik:  media cat minyak atau akrilik- teknik impasto ( warna tebal di sapu dengan pisau palit atau berus, memberi kesan jalinan sentuh) 
       
  Penutup
  - Pelukis berjaya menonjolkan hal benda dengan baik menggabungkan unsur seni seperti warna,jalinan, bentuk dengan prinsip rekaan kadar banding, harmoni dan imbangan.
  - kemahiran mengaplikasi teknik impasto telah menghasilkan sebuah catan yang menarik.
 

4 comments: