Followers

Friday, December 25, 2009

PROJEK LANSKAP TERBARU







Gambar diatas ialah cadangan lanskap terbaru yang bakal disiapkan dalam masa terdekat. Sebuah gazebo terapung didalam kolam berukuran 11kaki X 13 kaki. Saya menyimpan hasrat untuk membina lanskap sebegini sejak tahun 1995 kerana tertarik dengan konsep sedemikian setelah melawat kediaman En Sulaiman (Pensyarah Seni reka Tekstil UiTM) di Shah Alam. Saya akan membina sendiri rekaan ini sebagai sebuah karya seni yang menjadi wadah ekspresi rasa keindahan

Saturday, December 19, 2009

Tugasan model 3 dimensi







Sekiranya anda diberi tugasan untuk menghasilkan model 3 dimensi sebuah bilik seni apa yang perlu difikirkan ialah bagaimana menghasilkan model yang kemas dan teguh. Sebagai permulaan kita perlu melakar pelan lantai, kemudian buat lukisan perspektif ruang dalaman, seterusnya lukis model yang akan dihasilkan. Ruang dalaman yang dirancang haruslah ringkas serta tidak terlalu padat supaya senang dilaksanakan diperingkat model. Bahan yang sesuai untuk model tersebut ialan Mounting board untuk membentuk kotak atau ruang bilik dan perabut, gam panas untuk pelekat, masking tape untuk pelekat tambahan, cat serta spray clear untuk kemasan.

Wednesday, November 25, 2009

Cerita musim cuti sekolah







Musim cuti sekolah bermula, Peperiksaan SPM dan STPM sedang berlangsung, banjir pula sedang melanda pantai timur. Saya pula sibuk make-up Motor, cat baru, buang sticker dan buka tawaran untuk di jual. Tengok gambar dibawah sapa nak beli boleh tinggalkan pesanan dalam ruangan komen. Model: Virago 250cc, tahun : 1993, Accident free, Good Condition, Baru cat, baru servis. Harga : RM 6500

Sunday, November 15, 2009

CATAN






















Catan biasanya dipamerkan pada ruangan dinding utama dalam rumah. Saiz catan yang dipamer perlu disesuaikan dengan saiz ruang. Catan bersaiz besar untuk dinding yang luas manakala yang bersaiz kecil untuk ruang sempit. Seeloknya Catan dari pelbagai aliran dipamer supaya tidak menjadi steriotaip.

Wednesday, November 11, 2009

Pamerkan karya











Kemuncak kepada penghasilan sesuatu karya ialah apabila ia dipamerkan. Pamerkan karya anda di ruang peribadi seperti di pejabat, rumah dan bilik. Berbanggalah dengan karya sendiri kerana ia merupakan ekspresi kesenian dari lubuk hati yang dalam. Bila karya sudah banyak terkumpul barulah boleh mula berfikir untuk buat pameran solo di Galeri. Karya diatas merupakan siri seni ukir yang pertama saya , dipamer diruang hadapan (porch) untuk menyambut tetamu sebelum masuk kerumah.

Thursday, November 5, 2009

TAMAT BAB LANSKAP PERSEKITARAN

Hari ini kita tamatkan dahulu bab lanskap persekitaran. Pelajar tingkatan 6 rendah akan menduduki peperiksaan akhir tahun bermula minggu depan. Pelajar tingkatan 6 atas pula sedang berdebar menanti tarikh peperiksaan STPM yang akan bermula pada 23 Nov ini. Selamat maju jaya semua.
Posting seterusnya, cikgu akan menulis tentang seni reka hiasan dalaman. Kaedah penataan ruang dalaman akan kita bincangkan secara terperinci. Bagaimana menyesuaikan ruang dengan karya-karya seni yang anda hasilkan sendiri atau yang dibeli.

Wednesday, November 4, 2009

Pokok Buahan Dalam Lanskap




Pokok buahan bersaiz kecil dan sederhana dapat melengkapkan lagi seni taman. Sesuai ditanam di ruangan tepi dan belakang rumah. Selain mengindahkan suasana, buahnya enak dimakan.

Sunday, November 1, 2009

Tumbuhan herba dalam lanskap
















Tumbuhan herba sesuai ditanam diruang bukan utama seperti tepi atau belakang rumah. Fungsi dari segi visual ialah supaya ruang kelihatan lestari dan harmoni. Fungsi gunaannya melebihi fungsi visual kerana tumbuhan ini sering digunakan dalam masakan. Contoh tumbuhan herba ialah seperti kunyit, lengkuas, serai, kaduk, kantan, kari, selasih, pandan dan sebagainya.

Sunday, October 25, 2009

Unsur wangian dalam lanskap











Lanskap yang mempunyai unsur wangian semulajadi akan lebih menenangkan minda. Tumbuhan berbunga merupan pilihan yang tepat untuk mendapatkan wangian semulajadi. Antara yang sering ditanam di sekitar rumah ialah pokok akar dani, melur, cempaka, tikam seladang dan sebagainya. Kebanyakan bunga-bunga ini mengeluarkan bau yang harum diwaktu senja. Foto ialah bunga akar dani dan cempaka.

Wednesday, October 21, 2009

Budak menangis

Kenapa budak menangis? selalunya kerana hajatnya tidak dipenuhi, tidak puas hati, takut, marah, lapar dan yang paling kerap ialah kerana kena marah. Budak dalam foto diatas menangis sebab kena marah, kerana mengacau orang tengah shoot gambar. cuba lihat ekspesi wajahnya. Saya tersenyum...

Tuesday, October 20, 2009

Tips penjagaan Paku langsuir dan Paku Rusa











Pokok hiasan memerlukan baja untuk menjadikannya subur dan segar. Setakat yang saya tahu, baja terbaik untuk paku langsuir dan paku rusa ialah kulit pisang. Letakkan kulit pisang di tengah-tengah gugusan tumbuhan tersebut dan lihat hasilnya, setelah 2 hingga 3 minggu pucuk baru akan mula keluar dengan subur. Selain itu kedua-dua tumbuhan tersebut tidak sesuai didedahkan terus kepada cahaya matahari. Siraman mesti dalakukan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Bagi yang tiada masa untuk menyiram elok tempatkan pokok paku dikawasan yang terdadah kepada hujan, atau letakkan lampin pakai buang yang mengandungi gel silikon.

Monday, October 19, 2009

unsur kayu dalam lanskap







Kayu merupakan salah satu unsur kejur dalam lanskap. Antara unsur kayu yang sering digunakan ialah bangku, kerusi, meja, arca dan pondok. Gabungan unsur kayu dengan kemasan rustik memberi kesan gaya tropikal yang harmoni. Lebih membanggakan sekiranya perabot-perabot kayu itu dibuat sendiri. Set kerusi meja kayu dan bangku cengal dalam gambar diatas merupakan hasil kerja tangan saya sendiri manakala kerusi buaian kayu pula dibeli dari peniaga di Pasir Puteh.

Friday, October 16, 2009

Rekaan lanskap persekitaran







Bermula minggu ini saya akan membincangkan tentang senireka lanskap, bersesuaian dengan pembelajaran seni visual tingkatan enam rendah di sekolah yang telahpun memasuki bab tersebut. Rekaan taman dan lanskap banyak menggunakan elemen-elemen lembut seperti air dan tumbuhan. Manakala batuan, kayu dan bata pula merupakan elemen kejur yang akan mewujudkan keseimbangan visual. Gambar-gambar yang akan dipaparkan dalam posting ini dan seterusnya diambil di sekitar lanskap rumah saya. Semuanya dari usaha kami sekeluarga yang kebetulan sama-sama meminati aktivti menata rias laman. Lanskap yang indah tidak semestinya memerlukan belanja yang besar. Memadai sedikit kesabaran dan usaha sebagai modal.

Thursday, October 15, 2009

KARYA UKIRAN TERBARU




Foto diatas ialah karya ukiran saya yang terbaru, hampir siap cuma perlu diberi sedikit 'finishing'. Masih menggunakan motif yang sama tetapi dengan aturan yang lebih formal mingikut prinsip imbangan simeteri.

Tuesday, October 13, 2009

RAMUAN TRADISIONAL UNTUK MANDI TERSAT





Antara amalan orang Melayu selepas bersalin ialah ibu-ibu akan berpantang selama 40 hari. Selepas tempoh itu mereka akan melakukan 'mandi tersat' atau mandi wap dengan menggunakan ramuan tradisional terdiri dari daun-daun herba yang terdapat di sekitar kampung. Antara daun yang digunakan ialah daun pinang, daun semeru, daun pandan, daun sireh dan beberapa jenis daun yang saya kurang pasti namanya. Hanya orang tua-tua yang berpengalaman tahu akan ramuan ini. Cuba kenali daun-daun tersebut melalui gambar diatas.

Monday, October 12, 2009

KUNTUM MAWAR PERTAMA DI TAMAN




foto diatas ialah kuntum mawar yang pertama dari taman di sekitar rumah saya. Pagi Jumaat lepas kuntuman ini terbit menyerikan lagi lanskap kami yang sederhana. Baunya sungguh wangi dan menyegarkan. Begitu sempurna ciptaanmu.

Wednesday, October 7, 2009

FUNGSI LUKISAN




Dalam teori seni visual pelajar didedahkan dengan fungsi lukisan yang antaranya ialah sebagai lakaran awal sebelum menghasilkan sesuatu objek seni seperti catan, cetakan mahupun arca. Dalam penghasilan karaf tradisional, melukis juga merupakan proses awal sebelum pengahsilan produk. Dalam lawatan ke bengkel ukiran En Rosman di Semerak, Pasir Puteh, Kelantan, baru-baru ini saya sempat melihat beberapa lukisan corak beliau yang dihasilkan di atas kertas dan pada permukaan kayu yang akan di ukir. Ini menguatkan lagi hujah bahawa proses melukis merupakan langkah yang paling penting sebelum menghasilkan produk seni.

Monday, October 5, 2009

KARYA SENI VISUAL STPM 2009 YANG TELAH DI HANTAR KE MPM
















Diatas merupakan karya-karya seni visual STPM 2009 yang telah siap dan dihantar ke MPM. Tahniah kepada semua calon Seni Visual STPM. Semooga pencapaian mereka menjadi ikutan murid-murid tingkatan 6 rendah untuk meneruskan kecemerlangan mereka.