Followers

Tuesday, November 9, 2010

PAMERAN KARYA SENI PELAJAR








Entry kali ini dan beberapa entry seterusnya akan mempamerkan hasil karya pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Seni visual di SMK Badak. Pameran maya ini bertajuk : Tanpa Kepuraan.  Mereka bersetuju untuk mempamerkan kemampuan sebenar tanpa berselindung dan tanpa kepuraan. Apa yang dipamerkan adalah kemampuan sebenar kami. Jika cantik, itu lah kemampuan kami, jika buruk, itu juga kemampuan kami dalam bidang seni. Kami  berharap untuk terus mendapat nasihat dan tunjuk ajar dari seluruh komuniti seni. Saksikan.

Tuesday, September 21, 2010

karya STPM 2010 yang pertama disiapkan.


Tahniah kepada Khusairi Rahmat kerana telah menjadi Calon STPM 2010 SMK Badak, yang pertama menyiapkan karya catan. Semoga calon-calon lain  turut sgera menyiapkan karya masing-masing.

Sunday, September 19, 2010

Pengkaryaan STPM 2010

Proses pengkaryaan Seni Visual STPM 2010 berjalan agak perlahan. Bilangan calon terlalu ramai (106 calon) menimbulkan pelbagai masalah yang kadang-kadang agak menekan. Hasil kerja pelajar tahun ini agak kurang memberansangkan berbanding tahun-tahun lepas. Namun dengan masa yang masih tersisa diharapkan kalian dapat menghasilkan yang terbaik.

Tuesday, August 10, 2010

karikatur

Karikatur merupakan salah satu media komunikasi visual untuk menyampaikan maksud dalam bentuk satira. Terdapat mesej yang cuba disampaikan disebalik unsur jenakanya.

Sunday, August 8, 2010

AZ Fine Art Centre


Ini beberapa gambar yang sempat saya rakam ketika lawatan ke studio dan galeri En Azian. Maaf, kualiti gambar agak rendah kerana menggunakan kamera murahan. Banyak terdapat catan hsil kerja En Azian sendiri disamping karya-karya pelajar beliau dan beberapa artis lepasan UiTM dan USM yang berkerja disini. Kepada pelajar-pelajar sekolah , khususnya pelajar saya sendiri TOLONG lawati galeri ini. Banyak info seni yang patut anda ketahui, timbalah ilmu melalui pengalaman.

Monday, July 26, 2010

Studio dan galeri seni di Kelantan.

Selama ini kita menganggap dunia seni tampak Malaysia hanya meriah di kawasan pantai barat sahaja seperti di  bandar raya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Baharu dan Ipoh sahaja. memang itulah kenyataannya, kerana peluang-peluang untuk memasarkan karya terbuka luas disana dibantu oleh kewujudan galeri-galeri seni milik kerajaan dan swasta.
Atas kesedaran bahawa perlunya wujud sebuah galeri untuk membantu perkembangan seni tampak di Kelantan, sebuah galeri dan studio seni milik persendirian AZ Fine Art Centre telah dibuka di Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu sejak lima tahun yang lalu. Pemilik galeri tersebut En Azian Hashim merupakan graduan UITM Shah Alam  yang memegang ijazah Sarjana muda Seni Halus (1996) dan Sarjana Seni halus (2008) juga dari intitusi yang sama. Selain mempamerkan karya galeri tersebut turut berfungsi sebagai studio tempat beliau berkarya dan menerima pelajar-pelajar peringkat STPM dan SPM yang memerlukan bimbingan dalam proses pengkaryaan.
Artikel yang akan disiarkan seterusnya dalam blog ini akan berkisar tentang AZ Fine Art Centre  selama sebulan  berserta gambar-gambar karya, aktiviti dan apa sahaja yang berkaitan untuk tatapan 'blogs follower' yang tidak berkesempatan ke sana. Tunggu...........

Thursday, July 15, 2010

cadangan kulit majalah TITIAN

Rekaan kulit majalah boleh dihasilkan menggunakan sebarang perisian grafik. Saya lebih selesa dengan Photoshop.

Sunday, July 11, 2010

Muzik tradisional

Muzik tradisional Melayu menggunakan instrumen yang asas seperti gendang ibu, genang anak, Gong, canang, kesi, geduk, gedombak, marakas, kertuk, dan yang paling penting ialah serunai. Muzik tradisional amat mengasyikkan sekiranya dihayati. Susunan iramanya mampu membangkitkan semangat.

Wednesday, July 7, 2010

Duplicate

Kaedah "duplicate" atau "reproduce" sering menjadi pilihan sebagai sumber idea dalam berkarya. Biasanya pelukis menggunakan  karya-karya terkenal pelukis agung sebagai rujukan. Karya asal ditiru dan dihasilkan semula dalam bentuk yang sama seperti asal atau di ubah suai dengan teknik baru. Antara karya yang paling banyak di hasilkan semula ialah karya "Sun Flower" oleh Vincent Van Gogh. Sebagai tugasan palajar tingkatan 6 rendah : Hasilkan semula catan Sun Flower seperti dalam gambar diatas menggunakan teknik KOLAJ.

Wednesday, June 30, 2010

Teruskan tradisi

 Setelah mendapat tawaran ke Universiti biasanya orang tua kita akan mengadakan majlis kesyukuran dan solat hajat. Orang kampung, rakan taulan dan guru-guru yang dijemput akan hadir sebagai tanda sokongan dan untuk ucapan tahniah. Mereka akan hulurkan bantuan dalam bentuk wang sagu hati. Amalan ini nampaknya masih lagi diamalkan sehingga sekarang. Itulah tradisi masyarakat kita yang harus kita banggakan. Peristiwa ini akan memberi kesan positif  dari sudut psikologi. Kita akan terasa diri amat dihargai dan kejayaan kita turut dibanggakan oleh seluruh komuniti.
The New Drawing on the Right Side of the Brain: A Course in Enhancing Creativity and Artistic Confidence     NEW DRAWING ON THE RIGHT SIDE OF THE BRAIN WORKBOOK: GUIDED PRACTICE IN THE FIVE BASIC SKILLS OF DRAWING   Drawing on the Right Side of the Brain

Tuesday, June 29, 2010

Bersyukur

Beryukurlah bila mendapat tawaran ke IPTA. Tak perlu dipersoalkan program yang ditawar bagus atau tidak. Yang benting anda harus cukup bagus untuk meletakkan diri sebaris dengan orang-orang yang bagus.The Art BookThe Art Book

Contoh Kolaj


Foto diatas ialah contoh karya kolaj menggunakan cebisan kertas berwarna yang diambil dari majalah lama. Jalinan yang terhasil nampak seolah teknik catan impasto.

Thursday, June 24, 2010

ada yang bertanya tentang seni kolaj.

Kolaj merupakan salah satu teknik dalam penghasilan karya seni. Teknik kolaj boleh di buat secara bersendirian atau digabungkan dengan teknik lain dalam karya yang menggunakan media campuran. Secara mudah teknik kolaj ialah menampal sesuatu keatas permukaan karya untuk membentuk imej atau untuk jalinannya sahaja. Bahan untuk kolaj biasanya terdiri dari bahan terpakai seperti kertas, kain, tali, kadbod dan sebagainya.

Wednesday, June 23, 2010

Musim tawaran ke Universiti

Minggu ini ramai bekas pelajar SMK Badak, STPM 2009 datang ke sekolah untuk pelbagai urusan di pejabat sekolah kerana telah mendapat tawaran ke IPTA. Tahniah kepada yang telah berjaya, bagi yang tidak berjaya hidup anda tidak berakhir disini. Cari lah peluang dimana sahaja bumi tuhan ini begitu luas dan pintu rezekinya belum tertutup.

Thursday, June 3, 2010

Arca instalasi



Instalasi merupakan merupakan salah satu kaedah persembahan seni visual dalam satu ruang nyata. Arca instalasi dipersembahkan dengan menyusun objek-objek seni seperti arca, lukisan, cetakan atau catan dalam satu komposisi yang telah dirancang oleh pengkarya. Gambar diatas merupakan karya dari jenis instalasi.

Wednesday, June 2, 2010

KOLEKSI BATIK KRATON






Gambar diatas ialah Koleksi rekaan tekstil dalam simpanan Kraton di Jawa tengah. Motif tradisi yang berusia beratus tahun ini telah di "reproduce" berulang kali dan dikembangkan ke seluruh nusantara.