Followers

Monday, March 25, 2013

Latihan soalan laras stpm baharu

Soalan:
Berdasarkan gambar burung dibawah hasilkan rekaan logo yang sesuai untuk syarikat penerbangan. Bagi tujuan tersebut :
a) Buat 5 lakaran thumbnail yang menunjukkan proses mengubah suai imej asal kepada logo.

b) Lukis satu rekaan logo berdasarkan lakaran (a), dengan ukuran 15cm X 20cm.








Thursday, March 21, 2013

Sebelum zohor

Kurang lebih jam 4 pagi tadi kedengaran ucapan sebegini , " mungkin dekat- dekat waktu zohor nanti", .... Tersentak, kudengar,,, yakin dengar, tetapi bukan dengar dengan telinga. Terasa senak sekitar ari-ari. Mungkinkah ini isyarat bahawa aku bakal dijemput Tuhan sebelum waktu zohor nanti?, kalau betul pun tak mengapa, siapa yang mampu lari dari apa yang telah tertulis. Semakin senak di bahagian perut. Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi, macam biasa kejutkan anak-anak mandi dan bersiap untuk solat subuh. Seusai solat anak-anak kulepaskan pergi ke sekolah bersama ibunya selepas bersalaman. Semasa bersalam dengan isteri aku memohon maaf darinya, didalam hati aku juga telah redha kepadanya.
8.00 pagi, hantar 2 anak ke nursery dan terus menuju ke Klinik komuniti di pengkalan chepa. Sampai pukul 9.20, doktor Sri Buana tak ada, ambil temu janji pada 7 april.
Singgah di surau airport, dhuha, update blog.......... Menunggu waktu sebelum zohor.



Wednesday, March 13, 2013

Sambungan : melukis thumbnai motif fabrik

Bagaimana mengolah imej asal menjadi motif? Anak- anak boleh gunakan beberapa cara stailisasi contohnya dengan kaedah distortion( herotan), gelunsuran, dan perulangan. Penggunaan kaedah ini bertujuan untuk memusnahkan imej asal mewujudkan motif yang masih mempunyai sedikit ciri asalnya.
Apa? Tak faham???
Tak mengapa, lihat foto berikut



















Sunday, March 10, 2013

Contoh soalan seni visual kertas2 STPM baharu

Soalan berbentuk kajian (ubah suai dari set contoh soalan MPM).

Buat satu lukisan pengkaryaan atau perekaan bertemakan objek buatan manusia.

Berdasarkan kepada objek yang beri anda dikehendaki meneliti kesan jalinannya. Buat olahan kesan jalinan tersebut untuk dijadikan reka corak fabrik kanak- kanak.
Bagi tujuan tersebut anda dikehendaki membuat lakaran dan lukisan pada 3 helai kertas lukisan.

A) Membuat satu lakaran kesan jalinan sebenar dari objek.

B) Membuat lakaran thumbnail untuk untuk olahan motif reka corak fabrik berdasarkan lakaran ( A ) diatas. ( maksimum 5 lakaran)

C) membuat lukisan rekaan corak berdasarkan motif yang dipilih dalam lakaran (B) diatas. Hasil rekaan hendaklah bersaiz 20cm X 15cm.
.............................................................

Untuk kelas hari ini, mari kita lukis lakaran (A) dahulu