Followers

Monday, June 29, 2009

Peperiksaan STPM semakin hampir


Hari ini satu mesyuarat penggubalan soalan peperiksaan percubaan Seni Visual STPM telah diadakan. Ini menunjukkan peperiksaan sebenar semakin hampir. Calon-calon STPM 2009 diharap bersedia. Gambar diatas ialah 3 daripada 5 ahli panel penggubal soalan. Sekali lagi... BERSEDIA!!

Sila lawat AZ Fine Art Centre


Hari ini saya melawat Az Fine Art Centre di Kota Bharu. Banyak koleksi karya-karya baru dan lama dipamerkan. Semuanya hebat-hebat belaka. Studio ini kepunyaan En Azian Hashim. Ini lah satu-satunya galeri/studio seni halus di Kelantan. Jom kesana, alamatnya ialah : Tingkat 2, pt 464, Jalan Sri Cemerlang, 15300 Kota Bharu, Kelantan.

Saturday, June 27, 2009

FALSAFAH UKIRAN KAYU







Terdapat pelbagai falsafah dalam ukiran kayu. Ada yang mengaitkannya dengan tauhid, aturan-aturan hidup, ajaran agama dan kitab-kitab. Namun jika kita rajin bertanya, setiap pengukir mempunyai falsafah masing-masing yang tersendiri. Falsafah itu terbentuk melalui pengalaman mereka sepanjang penglibatan dalam bidang tersebut. Falsafah ukiran hanya dapat difahami dengan mendalam apabila kita sendiri membuat ukiran, bukan sekadar membacanya dari buku. Sepanjang mempelajari seni ukir telah terbentuk beberapa pandangan peribadi saya terhadap bidang ini.



1- Boleh ukir lawan urat kayu, tetapi pastikan pahat kita betul-betul tajam.



2- Ukiran kita mesti bermula dari benih barulah ia mampu terus dikembangkan mengikut ksesuaian motif.



Gambar diatas merupakan ukiran kedua dan pertama yang saya hasilkan. Walaupun tidak sempurna, karya ini amat disayangi sebagai koleksi peribadi saya.

Thursday, June 25, 2009

Lanskap




Unsur air merupakan salah satu unsur yang melembutkan permandangan dalam lanskap persekitaran. Baru-baru ini saya telah membina kolam ikan hiasan dengan modal yang amat terhad. Percaya atau tidak ia cuma menelan kos RM100. Kolam digali sendiri, ditutup dengan kanvas (RM16), 2 bag batu (RM 23X 2= 64), motor penapis air (RM 20). Serumpun buluh perindu diletakkan di dalam kolam (percuma, rembat rumah kawan), kayu dan tempayan yang sedia ada di sekitar rumah. Ikan kap hadiah dari bekas murid (Mohd Farizal, terima kasih).


Inilah hasilnya.

Wednesday, June 24, 2009

UKIRAN DAUN


Pernah cuba ukir daun? dalam posting ini dan yang terdahulu saya paparkan ukiran pada daun yang saya hasilkan pada tahun 1999. Sudah mencecah usia 10 tahun. Karya ini dibingkaikan dengan kemas dan masih utuh. Cuba lah sendiri dirumah, hasilnya pasti memuaskan.

Sunday, June 21, 2009

Seni itu indah....


Seni itu indah dan manusia secara fitrahnya suka akan keindahan. Buktinya setiap dari kita mahukan yang terbaik, terhebat, tercantik, terkemas, terbersih serta semua yang bagus-bagus. Untuk memenuhi kehendak kepuasan diri ini kita akan menggunakan hak kita sebagai pengguna untuk memilih yang terbaik bagi diri kita sendiri. Jika ada antara kita yang menyatakan mereka tidak minat seni maka itu adalah satu pembohongan kerana estetik amat rapat dengan diri kita

Thursday, June 18, 2009

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT




Selama dua minggu cuti pertenghan tahun saya sibuk dengan aktiviti mempelajari seni ukiran kayu. sungguh seronok, apa lagi bila aktiviti kita disokong oleh orang tersayang, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim. Kami sama-sama mengukir beberapa bongkah kayu dan mula membuat peralatan sendiri. Kepada murid-murid ku, kutip lah ilmu disepanjang perjalanan kamu, pembelajaran itu berlaku sepanjang hayat.