Followers

Tuesday, January 9, 2018

Aplikasi garisan gesture

Lanjutan dari aktiviti lepas dimana pelajar melukis garisan gesture bebas atau scumbling. Hari ini dilanjutkan lagi dengan menggunakan garisan gesture Secara lebih terkawal.
Pelajar diminta melukis apa apa buah dengan garisan gesture tanpa mengangkat pen.




Tuesday, January 2, 2018

Mengatasi fobia melukis

Isu

Berdasarkan pemerhatian selama 19 tahun sebagai guru SeniVisual didapati hampir keseluruhan murid mempunyai masalah fobia melukis. Mereka takut untuk melukis, tidak yakin, sukar untuk memulakan lukisan, tidak berminat, malu, dan bimbang dikritik.

Punca

Sebelum menyelesaikan sesuatu isu penyelidik perlu memahami punca sesuatu permasalahan. Fobia melukis berpunca dari persekitaran yang tidak menyokong kearah perkembangan psikomotor halus seseorang individu. Di peringkat awal kanak-kanak, mereka sudah pun mewarisi kepandaian melukis melalui genetik. Kanak-kanak secara semula jadi cenderung untuk mengekspresi garisan bebas (selepas ini akan disebut "scumbling'') pada sebarang permukaan seperti dinding, lantai, karpet, dan peralatan rumah di sekitar mereka. Bahan yang digunakan pula ialah apa sahaja yang mampu meninggalkan kesan pada permukaan seperti pen, marker, paku, pensel, arang, lumpur dan sebagainya.

Ibu bapa atau orang dewasa mempunyai perspektif yang berbeza dengan kanak-kanak. Garisan "scumbling" pada permukaan dinding tidak dapat diterima dan dilihat sebagai contengan yang menganggu. Mereka akan menegah perbuatan menconteng  dengan cara yang difikirkan rasional bagi pendapat masing masing. Ada yang menengking, ada yang memukul tangan kanak-kanak yang menconteng, ada yang menghukum dengan pelbagai cara. Jarang ada yang cuba mendorong kanak-kanak supaya melampiaskan ekspresi tersebut ketempat yang sepatutnya.

Tindak balas dari persekitaran telah menyebabkan kanak-kanak mempunyai persepsi yang negatif terhadap kegiatan melukis. Melukis dianggap tabu, salah besar, tidak bermanafaat, dosa yang tidak terampun. Jadi jangan melukis, tidak boleh melukis, jangan cuba melukis. Kana-kanak yang membesar dengan persepsi begini sememangnya  akan menunjukkan tingkah laku fobia melukis dalam bilik darjah.

Penyelesaian

Di peringkat awal usia saya cadangkan agar golongan dewasa lebih menyokong tingkahlaku kanak-kanak yang suka melukis. Jangan menganggap mereka sebagai golongan deviant hanya kerana beberapa contengan bebas pada dinding. Penulis bukan bermaksud supaya ibu bapa membiarkan anak masing-masing menconteng dinding. Doronglah mereka agar menconteng pada tempat yang dibenarkan contohnya sediakan  kotak terpakai yang dirombak menjadi sekeping kertas besar dan minta mereka melukis pada kotak tersebut. Semakin mereka membesar maka saiz kertas semakin di kecilkan bagi meningkatkan kebolehan mengawal ruang.

Bagai mana pula dengan individu yang telah membesar dengan persepsi negatif terhadap kegiatan melukis? Apa bila berada di peringkat tingkatan enam mereka telah membawa tabiat fobia melukis sekurang-kurangnya selama 16 tahun. Disini penulis akan mencadangkan aktiviti dalam kelas bagi mengatasi masalah ini. Sampel terdiri dari 16 pelajar tingkatan enam atas.

Guru mempamerkan gambar lukisan kanak-kanak pada dinding. Biasanya garisan scumbling bebas, tanpa apa-apa imej yang boleh dikenali. Terangkan kepada pelajar lukisan sebegitu dimarahi oleh ibu bapa kerana ia diconteng pada tempat yang tidak sepatutnya. Tingkah laku zaman kanak-kanak tersebut akan diulang buat dalam kelas hari ini tanpa ada sesiapa pun yang akan memarahi mereka. Pelajar diminta melukis, menconteng bebas tanpa memikirkan apa-apa imej. conteng sahaja semahunya, conteng lagi dan lagi dan lagi.






Pelajar melakar contengan mengikut naluri ekspresi masing-masing
 tanpa mengawal garisan atau dengan seminima mungkin kawalan.

Karya Jackson Pollock yang berharga juataan dolar 
menggunakan teknik contengan bebas




Refleksi

Guru mengaitkan hasil lukisan pelajar dengan karya Jackson Pollock 
Pelbagai reaksi pelajar, mereka menikmati aktiviti. Menyatakan rasa berpuas hati, rasa seperti telah meluahkan sesuatu yang terbeban, lapang fikiran, melepaskan tekanan, mula bertanya tentang aktiviti seterusnya.











SELAMAT TAHUN BAHARU 2018

Azamtahun ini:
Mengaktifkan semula Blog inisebagai wadah ilmu yang holistik