Followers

Monday, September 17, 2012

KARYA TERBAHARU

Cuti 3 hari memberi kesempatan untk aku bertukang. Kali ini aku siapkan sebuah daybed menggunakan kayu Tembusu sebagai tiang, kayu  2/5 untuk struktur, gelegar kayu kelat  dan bahagian kepala katil dibuat menggunakan kayu terpakai, pintu almari. Tanpa menggunakan paku namun binaannya amat teguh, tidak bergoyang.  Daybed ini sangat berat, tidak dapat diangkat jikan ingin memindahkannya ke tempat lain. Namun kerana aku tidak menggunakan paku maka ia boleh dirombak dan dipasang semula ditempat lain dalam masa 10 minit.Huff... puas hati.


Struktur asas





Pasang gelegar





RM 5000 Ada berani?




Pindah ke ruang yang  lebih sesuai 

Thursday, September 13, 2012

Aik dah siap?

Cikgu... Saya nak hantar karya, boleh?
..... Rupanya ada yang dah siap, tahniah kerana anda telah berjaya  melengkapkan kitaran. Emm,, folio macam mana?

AKTIVITI SEMASA




Semua dalam Mod busy. Masing-masing menyiapkan karya kerana date line dah semakin dekat. baguslah macam tu. Kepada yang masih belum sampai seru tu, cepat-cepat sikit, masa semakin suntuk.

Wednesday, September 12, 2012

BUAH PERAH


Entri kali ini saya paparkan gambar buah Perah. Mungkin anda belum pernah dengar namanya atau mungkin di tempat anda ia disebut dengan nama lain. Buah yang "rare" ini hanya terdapat dihutan belantara. Rasanya amat sedap, lemak, manis dan sedikit kelat. Lebih kurang rasa buah Dabai yang terdapat di Sarawak.