Followers

Thursday, April 17, 2014

UNTUK PERHATIAN EN MAT

Entri kali ini untuk perhatian En Mat. Foto dibawah adalah rekabentuk rumah untuk rujukan pihak tuan.

Bawah: pandangan depan
Atas : Pandangan belakang
 
p/s : -Tangga dapur saya belum lukis
- Jika tinggi 10 kaki tidak sesuai, sila tambah jadi 11 atau 12 kaki
 

Bawah : Pandangan kiri
Atas : Pandangan kanan
 

Pelan
p/s : Garisan dakwat merah tu ruang tingkat atas
 
 

perspektif dari dalam (depan pintu utama)
 
 

Wednesday, April 9, 2014

Potret melayu

Seperti dijanjikan saya akan terus menulis mengenai karya Md Fadli Yusoff dalam beberapa entri, satu persatu sehingga habis material yang dikumpul. 

Karya kali ini saya namakan sebagai potret melayu. 

Keris pekaka

Atau setengah dalang menyebutnya sebagai Tajung.

Keris yang nampak sombong

Imej keris warisan melayu, menurut ahli sejarah rekaan ulu tajung adalah dari zaman kerajaan silam langkasuka. Paparan imej amat jelas, setiap motif yang melata pada pada ulu keris diberi perincian secara bersungguh-sungguh. Pelukis begitu mahir mengolah warna, kelihatan kesan lutsinar berlapis- lapis hasil gabungan teknik glaizing dan scumbling. Teknik yang sama juga digunakan bila beliau menghasilkan figura atau potret. 

Pelukis berjaya membezakan dua krektor dalam catan iaitu besi dan kayu. Untuk lebih jelas, imej digambarkan secara realistik sehingga besi kelihatan betul-betul besi manakala kayu nampak macam kayu. Latar hitam dan putih pula bertujuan untuk mempersembahkan imej keris dengan berkesan. Ulu keris Tajung itu sendiri secara visual kelihatan angkuh, tegas, bak pahlawan perang. 
Kadang-kadang kelihatan tercengang-cengang macam kehairanan (menurut cikgu nasir, pakar keris, kelantan).

Karya ini berjaya menonjolkan subjek dengan baik. Segala aspek formal diatur dengan kemas dalam satu kompisisi yang menarik menjadikan karya seni ini sebuah hasil seni yang bermakna dan mampu difahami audien.








Monday, April 7, 2014

Dua cinta




Entri kali ini akan mewacana karya Padeli yang berjudul "Dua Cinta". Foto diatas adalah karya yang saya maksudkan,,, emmm....maksud saya dua panel di belakang, tidak termasuk figura.

Pertama kali lihat karya ini, hati terus jatuh cinta. Pada motif arabesnya, pada susunannya, pada khat nya, pada garisannya, jalinannya, dan warnanya. 

Oh! Benarkah ini karya Padeli? Sejak bila beliau mula hasilkan bentuk karya beraliran  "Islamic Art"? Mungkin dia telah tidak lagi melukis catan figuratif. Itu persoalan yang berlegar dibenakku. Namun setelah melawat ke tingkat atas studio, semuanya semakin jelas. Padeli amat konsisten dalam berkarya, namun tidak terikat dengan mana- mana aliran seni. Seperti yang beliau nyatakan dahulu "Aku tak fikir sangat, aku buat saja". 

Kembali kepada karya "Dua Cinta", sekali pandang akan tajuknya kemudian perhatikan karya kita mungkin terus faham ekspresi pelukis melalui bahasa visualnya. Ini adalah terjemahan rasa seorang hamba terhadap khaliknya. Hamba ini juga turut mencintai makhluk yang dimuliakan oleh khalikya.

 Ya itu sahaja, tidak perlu fikir isu yang berat-berat seperti Politik, sosial, Ekonomi, Perang, pencemaran, dan entah apa lagi masalah yang menyesakkan otak. 

Kali ini kita kembali kepada persoalan asas. Lembutkan hati dalam mengenang Allah serta rasul. Leburlah duka hilang derita, hati tenggelam didalam rasa, terus menapak berpaling tiada, menuju khalik yang maha Esa. 

Nah sekarang audien dan pengkarya sedang berkogsi rasa, bukankah ia sepatutnya begitu, atau sekurang-kurangnya tujuan seni itu adalah sebegitu. 

Terus terang,,,, saya amat tertarik dengan karya ini. Teruskan sahabatku.
Alllahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar,,, walillahilhamd.