Pertama kali lihat karya ini, hati terus jatuh cinta. Pada motif arabesnya, pada susunannya, pada khat nya, pada garisannya, jalinannya, dan warnanya.
Oh! Benarkah ini karya Padeli? Sejak bila beliau mula hasilkan bentuk karya beraliran "Islamic Art"? Mungkin dia telah tidak lagi melukis catan figuratif. Itu persoalan yang berlegar dibenakku. Namun setelah melawat ke tingkat atas studio, semuanya semakin jelas. Padeli amat konsisten dalam berkarya, namun tidak terikat dengan mana- mana aliran seni. Seperti yang beliau nyatakan dahulu "Aku tak fikir sangat, aku buat saja".
Kembali kepada karya "Dua Cinta", sekali pandang akan tajuknya kemudian perhatikan karya kita mungkin terus faham ekspresi pelukis melalui bahasa visualnya. Ini adalah terjemahan rasa seorang hamba terhadap khaliknya. Hamba ini juga turut mencintai makhluk yang dimuliakan oleh khalikya.
Ya itu sahaja, tidak perlu fikir isu yang berat-berat seperti Politik, sosial, Ekonomi, Perang, pencemaran, dan entah apa lagi masalah yang menyesakkan otak.
Kali ini kita kembali kepada persoalan asas. Lembutkan hati dalam mengenang Allah serta rasul. Leburlah duka hilang derita, hati tenggelam didalam rasa, terus menapak berpaling tiada, menuju khalik yang maha Esa.
Nah sekarang audien dan pengkarya sedang berkogsi rasa, bukankah ia sepatutnya begitu, atau sekurang-kurangnya tujuan seni itu adalah sebegitu.
Terus terang,,,, saya amat tertarik dengan karya ini. Teruskan sahabatku.
Alllahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar,,, walillahilhamd.
No comments:
Post a Comment