Followers

Sunday, April 8, 2012

Kecewa 2011

Ramai yang kecewa dengan keputusan STPM seni visual 2011. Saya sendiri amat kecewa. Di sekolah ini sahaja 50 orang calon mendapat keputusan F dalam kertas 3. Kami dikatakan telah tersilap tafsir kehendak soalan. Karya-karya yang saya paparkan di blog ini pada tahun lepas merupakan antara karya yang dinilai sebagai gagal.

Kehendak soalan ialah :  supaya calon menghasilkan sebuah catan bertemakan keharmonian,  menggunakan rupa geometrik dan rupa huruf, dengan teknik catan "Hard Edge".


Tafsiran kami : 


Harmoni - Keadaan yang seragam, sekata, sama rata, menenangkan tanpa unsur-unsur bertentangan.
               - Harmoni pada alam semula jadi dan alam buatan manusia
               - Wujud melalui perulangan, olahan warna, keseragaman unsur seni serta prinsip seni reka.

Rupa - Ruang rata, (Flat Space).

Geometrik - Bersudut, bersegi-segi.

Rupa huruf - Teks, muka taip.

Hard edge - Teknik cat tepat, menghasilkan garis tepi yang lurus dengan bantuan penebat warna seperti       "masking tape". Kaedah kolaj juga merupakan salah satu teknik hard edge.

Karya yang kami buat adalah berdasarkan penyelidikan terperinci merujuk buku-buku seni serta laman web berkaitan.. Apa yang membingungkan kami ialah bagai mana skemanya. Tolong dedahkan skema kepada kami. Apa yang kami buat sehingga di nilai sebagai gagal.

Tanggapan saya :
Saya bukan seorang pemeriksa kertas 3 Seni Visual, jadi saya hanya mampu membuat tanggapan sendiri mengenai Skemanya. Mungkin kumpulan pemeriksa telah menetapkan skema sebegini:

1. Keharmonian dalam karya hanya diwujudkan melalui perulangan imej (repeatition) sahaja. Ini tidak dinyatakan dalam soalan.
2. Rupa geometri yang digunakan ialah "basic geometric shape" sahaja . Ini juga tidak dinyatakan dalam soalan.
3. Teknik kolaj tidak dianggap hard edge. Berdasarkan rujukan kami teknik kolaj merupakan salah satu kaedah menghasilkan catan hard edge.

Kemelut ini bukan di sekolah ini sahaja bahkan berlaku di banyak buah sekolah di negeri kelantan, berdasar maklumat rakan-rakan, di pahang dan terengganu juga. Mungkin di seluruh Malaysia. Secara peribadi saya amat simpati dengan calon-calon dibawah bimbingan saya dan amat rasa bersalah kepada mereka. Segala tenaga, masa dan wang ringgit yang mereka habiskan ternyata sia-sia sahaja.

Kesannya.... Terdapat sekolah di kelantan yang mula membuang subjek Seni Visual dari pakej pembelajaran mereka. Di sekolah ini kami mula membincangkan alternatif untuk mengecilkan jumlah calon yang akan mengambil subjek Sni Visual. Adakah ini fenomena yang baik untuk perkembangan seni visual? fikir- fikirkan.

belum habis lagi..... nanti saya sambung kelak.