Followers

Sunday, February 20, 2011

Kecelaruan perspektif

Masalah kecelaruan perspektif bukan sahaja berlaku dalam kalangan kanak-kanak malah ia turut dikesan diperingkat umur yang lebih tinggi iaitu peringkat menengah rendah, menengah atas serta tingkatan enam. Untuk mengesan masalah ini guru-guru boleh menguji mereka dengan mengarahkan pelajar melukis sebuah kotak         ( kuboid). Sekiranya pelajar menghasilkan lukisan kuboid seperti dalam entri Ahad, 6 Feb. maka pelajar berkenaan masih keliru tentang perspektif. Dalam entri seterusnya saya akan cadangkan aktiviti ringkas yang dapat membantu murid menguasai perspektif.

Aktiviti seterusnya

Apabila murid-murid mampu melukis kuboid dengan kemas maka aktiviti melukis objek yang berasaskan bentuk kuboid seterusnya menjadi lebih mudah. Mereka mampu menyiapkan lukisan sebuah jeep dalam masa kurang dari 10 minit.

Thursday, February 10, 2011

MODEL P&P PSV TINGKATAN 1 ( SAMBUNGAN)

Dari unit pembelajaran lepas semua, murid telah mampu menghasilkan sebuah kuboid dengan baik.

G : Baiklah murid-murid keluarkan lukisan kuboid yang kamu siapkan pada minggu lepas.

Semua murid mengeluarkan lukisan masing-masing.

G : Bagus, semuanya telah mampu melukis kuboid dengan baik, tahniah. Hari ini cikgu ingin menegaskan bahawa sekiranya anda mampu melukis kuboid dengan baik, maka kamu akan mampu melukis objek-objek lain seperti bangunan, meja, kereta dan kebanyakan objek buatan manusia.

M : Betul ke cikgu? 

G :  Betul, kalau tak percaya kita akan cuba sekejap lagi.   Sekarang cuba kamu lihat kelas kamu berasaskan bentuk apa ?

M : Kuboid!!
G : Bangunan sebelah?  
M : Kuboid!!  
G :  Van dibawah sana?
M : Kuboid!!
G : Sekarang kamu nampak atau tidak bahawa kebanyakan objek disekeliling kita berasaskan bentuk kuboid.  Jadi bila kamu mampu melukis bentuk asas sesuatu objek, untuk melukis objek tersebut akan menjadi mudah.
M : Macam mana tu cikgu ?
G : Mari cikgu buktikan. Cikgu akan cuba melukis sebuah van dengan menggunakan bentuk asasnya iaitu kuboid. Sekaran kamu setkan masa.

Guru mula melukis gambar van sehingga siap.

G : Okey sekarang siap.... berapa minit yang cikgu habiskan untuk menyiapkan lukisan ini?
M : Satu minit cikgu!!!,  alaah cikgu dah biasa melukis, memanglah senang. kalau kami tentu tak boleh.
G :  Cikgu yakin kamu semua mampu melukis seperti cikgu. Mari kita buktikan.Kita akan melukis sama-sama, cikgu lukis di papan hijau dan kamu lukis pada kertas masing-masing.
M : Ok cikgu, jom kita lukis....






SAMBUNGAN : MODEL P&P PSV TINGKATAN 1

Sambungan dari entri terdahulu................. Setelah kesemua enam murid melukis kuboid masing-masing di papan hijau;  guru memulakan sesi penilaian.
G : Terima kasih kepada semua murid yang telah memberi kerja sama. Baiklah, sekarang mari kita lihat yang manakah antara kesemua enam lukisan ini yang paling berjaya menghasilkan bentuk kuboid seperti kotak tisu. Kelas!! yang mana satu?

M : Tiada satu pun Cikgu!, semua tak jadi !! semuanya senget!! ( Ramai murid memberi respon)

G :  Baiklah murid-murid, sebenarnya 4 daripada enam lukisan telah pun berjaya menggambarkan bentuk kuboid manakala 2 lagi merupakan rupa segi empat. Tapi kuboid yang dihasilkan masih kurang kemas, senget, tidak tepat secara matematikal mahupun visual serta tidak merujuk pada kotak tisu yang Cikgu bawa.
      Kalau tadi, anda kata melukis kotak itu senang..... sekarang tiada satu pun yang jadi. Jadi melukis kotak itu senang atau susah?

M :  SUSAH Cikgu !!!!

G :  Susah?? Takkan melukis kotak pun susah?....... Baiklah murid-murid, disinilah letaknya kepentingan ilmu. Sesuatu yang kelihatan mudah akan menjadi susah bagi orang yang tidak berilmu. Sesuatu yang susah akan menjadi mudah bagi orang-orang yang berilmu.  Melukis kotak nampak senang, tapi kamu tidak mampu melukisnya dengan baik kerana......... Cikgu belum ajar kamu. Sekarang mari cikgu ajarkan kamu .

Guru menunjuk cara sambil diperhatikan oleh murid. Murid mula melukis bersama-sama dengan guru. Proses memperbetulkan lukisan kotak mengambil masa yang agak lama sehingga tamat waktu. Proses seterusnya akan disambung dalam unit pembelajaran akan datang.






Sunday, February 6, 2011

MODEL P&P PSV TINGKATAN 1

 Tajuk : Unsur Seni ( Bentuk) Objektif :  i) Murid dapat melukis bentuk kuboid dengan betul.
                ii) Murid dapat menghasilkan objek lain berdasarkan bentuk kuboid
                iii) Murid menyedari kewujudan bentuk asas (kuboid) di persekitaran mereka


Aktiviti : Guru membawa sebuah kotak tisu kekelas.
G : Apakah objek ynag sedang cikgu pegang ini?
M : Kotak Cikgu! (beramai-ramai)
G : Nah sila sambut kotak ini  ( sambil melambung kotak kearah murid), Amir, tolong kira berapa permukaan yang terdapat pada kotak tersebut.
M : Satu, dua, tiga, empat, lima, ENAM cikgu!!
G : Baiklah cikgu nak tanya satu soalan... kotak ini berasaskan bentuk apa? sila rujuk bentuk-bentuk asas.
M : Emmm.......Kuboid Cikgu!
G : Ya betul.....!! bagus, bagus, semua. Jadi, pada pendapat kamu semua..... senang atau susah untuk melukis sebuah kuboid?
M : Senang Cikgu! Alaa kotak aje... senang Cikgu! Senang! Senang!
G : Baiklah, mari kita cuba. Kamu, kamu dan kamu sila kedepan kelas untuk melukis kuboid di papan hijau mewakili murid-murid lelaki.
 - Tiga murid lelaki mula melukis di papan hijau sehingga siap.
G : Terima kasih..... sekarang kamu, kamu dan kamu sila kehadapan kelas untuk melukis kuboid mewakili pelajaran perempuan.
- Tiga murid perempuan mula melukis di papan hijau sehingga siap.

Inilah hasilnya ...............                    ( bersambung)