ii) Murid dapat menghasilkan objek lain berdasarkan bentuk kuboid
iii) Murid menyedari kewujudan bentuk asas (kuboid) di persekitaran mereka
Aktiviti : Guru membawa sebuah kotak tisu kekelas.
G : Apakah objek ynag sedang cikgu pegang ini?
M : Kotak Cikgu! (beramai-ramai)
G : Nah sila sambut kotak ini ( sambil melambung kotak kearah murid), Amir, tolong kira berapa permukaan yang terdapat pada kotak tersebut.
M : Satu, dua, tiga, empat, lima, ENAM cikgu!!
G : Baiklah cikgu nak tanya satu soalan... kotak ini berasaskan bentuk apa? sila rujuk bentuk-bentuk asas.
M : Emmm.......Kuboid Cikgu!
G : Ya betul.....!! bagus, bagus, semua. Jadi, pada pendapat kamu semua..... senang atau susah untuk melukis sebuah kuboid?
M : Senang Cikgu! Alaa kotak aje... senang Cikgu! Senang! Senang!
G : Baiklah, mari kita cuba. Kamu, kamu dan kamu sila kedepan kelas untuk melukis kuboid di papan hijau mewakili murid-murid lelaki.
- Tiga murid lelaki mula melukis di papan hijau sehingga siap.
G : Terima kasih..... sekarang kamu, kamu dan kamu sila kehadapan kelas untuk melukis kuboid mewakili pelajaran perempuan.
- Tiga murid perempuan mula melukis di papan hijau sehingga siap.
Inilah hasilnya ............... ( bersambung)
No comments:
Post a Comment