Followers

Wednesday, November 16, 2011

Pusat peperiksaan STPM 2011

Pusat peperiksaan STPM SD 0909, SMK Badak akan dilawati oleh pasukan pengawas peperiksaan hari ini. Semua bilik peperiksaan telah siap dan sedia untuk digunakan. Cikgu harap semua calon SMK Badak telah bersedia sepenuhnya. Mari kita ulangi kejayaan tahun 2010 dengan mengekalkan pencapaia 100%.
"SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN STPM BUAT PUTERA PUTERI SMK BADAK"

Wednesday, November 9, 2011

lukisan



lukisan merupakan perkara paling asas dalam segala penghasilan seni visual samada pengkaryaan mahupun perekaan. Pelukis profesional sekalipun masih memerlukan lukisan untuk mengembangkan idea mereka. entri kali ini memaparkan beberapa lukisan oleh Mohd Fadli Yusoff, lanjutan dari posting terdahulu.

Tuesday, October 11, 2011

Karya Figuratif Fadli Yusof

Mohd Fadli Yusoff merupakan seoarang pelukis yang cenderung mengkasilkan karya berbentuk figuratif. Minggu lepas saya berkesempatan melawat studio beliau. Fadli sedang menyiapkan sebuah catan terbaru yang juga berbentuk figurati dan bersaiz amat besar. Demi menjaga hak eksklusif beliau saya tidak akan pamerkan karya tersebut di blog ini. Namun masih banyak gambar karya beliau yang pernah dipamerkan di galeri awam dan swasta akan saya upload  untuk dikongsi tonton rakan blogger semua.
Karya kali ini ialah dua buah catan digabung menjadi satu. Catan disebelah kanan dengan imej seekor anjing manakala disebelah kiri memapar imej figura ber perwatakan  Islamik. Dari segi formalistik, olahan warna Fadli amat mengejutkan visual penghayat. Kaedah chairoscuro dalam penataan cahaya begitu berkesan sehingga ruang rata di sekitar figura tidak terasa kosong kerana mata kita telahpun ditarik secara paksa untuk terus kekal pada dua imej tersebut. Baiklah saya tidak mahu menulis panjang lebar, sila lihat sendiri dan nikmati karya ini dengan sensitiviti seni masing-masing. Klik pada gambar untuk lihat saiz besar.

Wednesday, October 5, 2011

Apresiasi dan kritikan seni visual

Apresiasi
            Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka menyatakan maksud apresiasi ialah  penghargaan, pengiktirafan serta penghayatan nilai (sesuatu karya) sastera atau seni. Sementara kamus Inggeris- Melayu Dewan  menjelaskan definisi ‘appreciation’  bermaksud penikmatan, penghayatan, tahu menikmati, dan tahu menghayati termasuk yang  berhubung dengan  karya seni.Academic Dictionary of Arts menjelaskan ‘art appreciation’ sebagai
 “the introduction of basic principles of visual literacy especially the means to analyzing form whether with or without reference to subject matter, symbolism or historical context to general audiences for the purpose of enhancing their enjoyment of works of art”  
Menjelaskan; apresiasi seni sebagai pengenalan kepada prinsip asas bahasa tampak terutamanya untuk menganalisa bentuk samada dengan atau tanpa merujuk kepada subjek matter , simbolisma , atau konteks sejarahnya, bagi orang ramai untuk meningkatkan penikmatan dan penghayatan terhadap karya seni.
Mohd Johari (2004) menyatakan ; Apresiasi seni ialah aktiviti seperti menonton, menghayati, atau apresiasi seni juga merupakan salah satu bidang kritikan seni. Beliau memetik tulisan Zakaria Ali (1998), bahawa penghargaan atau apresiasi seni adalah satu latihan yang memerlukan penglibatan  sepenuhnya deria pandang dan sentuh. Johari juga berpendapat penafsiran terhadap karya seni itu boleh difahami apabila kita berpeluang menghargainya.
Terdapat banyak ulasan ilmiah yang boleh dipetik untuk menjelaskan maksud apresiasi dalam konteks seni oleh penulis tempatan mahupun dari luar negara namun keseluruhannya menjurus kearah maksud yang sama iaitu satu aktiviti memerhati,  mengkaji dan menilai produk seni agar lebih memahami bentuk serta isinya. Hasilnya khalayak akan menjadi lebih puas menikmati karya seni dengan penuh penghayatan serta sedar akan aspek bahasa visual yang dipersembahkan oleh pengkarya. Kemampuan menghayati karya seni dengan lebih mendalam memerlukan penghayat mempunyai pengetahuan asas seni visual. Pengetahuan tersebut telahpun sedia ada dalam setiap pelajar sekolah atau lepasan pelajar sekolah di Malaysia sejak mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dijadikan mata pelajaran wajib dalam kurikulum bersepadu.

Kritikan
            Jika apresiasi seni merupakan satu aktiviti memerhati, menghayati dan menikmati karya seni. Kritikan seni pula merupakan instrumen yang digunakan dalam apresiasi seni visual. Aktiviti kritikan seni temasuk perbincangan secara ilmiah tentang karya seni serta apa sahaja yang berkaitan dengan karya tersebut samada secara lisan atau diterbitkan sebagai artikel dalam jurnal, majalah atau akhbar. Pengetahuan mengenai biografi seniman juga amat penting kerana ia juga turut dibincangkan. Aspek persekitaran dimana seniman tinggal, gaya hidup, percintaan dan pelbagai isu peribadi turut disentuh kerana semua itu mempengaruhi ekspresi dalam pengkaryaan. Perbincangan lebih tertumpu kepada mendalami aspek formal yang terlibat dalam penghasilan karya. Seterusnya kritikan dibuat terhadap tema serta makna yang cuba disampaikan oleh pengkarya. Aktiviti kritikan disudahi dengan sedikit penilaian dimana penghayat akan membuat pertimbangan secara formalisme, ekspresiviseme dan instrumentalisme terhadap karya yang di kritik. Penjelasan tentang tiga istilah diatas akan dibincangkan dalam bab seterusnya.

Tuesday, October 4, 2011

PMR bermula hari ini

Peperiksaan PMR 2011 bermula hari ini. Cikgu doakan semua calon SMK Badak dan semua calon seluruh negara agar dapat menjawab dengan tenang dan betul.

Thursday, September 29, 2011

karya STPM 2011



Lagi beberapa karya yang telah dihantar ke MPM. Gambar seterusnya akan dimuat naik secara beransur-ansur mengikut kelapangan saya.

Wednesday, September 28, 2011

DOKTOR TERBAIK.

Semalam aku bawa anak yang berumur 4 tahun ke klinik Balqis, kerana masalah kulit. Dari cerita yang kudengar dari sahabat handai doktor di klinik tersebut memang seorang pakar dalam masalah sakit kulit. Begitu hebat ceritanya yang meniti dari bibir ke bibir. Seawal pukul 7.45 pagi kami telah sampai ke bandar Kota Bharu, pusing-pusing sekejap dan jumpa klinik yang dimaksudkan. Daftar dan dapat giliran ke 10, wah! sampai awal pun dapat giliran ke 10, memang laku klinik ini.
Sambil menunggu giliran, anakku bermain, berjalan mundar mandir dan sesekali datang memeluk lutut ku. Setelah agak lama menunggu akhirnya sampai giliran ke 9. Ah ! tinggal satu pesakit sahaja lagi lepas ni sampai giliran kami. Anak ku bermain-main lagi berjalan sana-sini sambil mengetuk-ngetuk dinding 2 kali, kok! kok! kok! sana kok! kok! kok! sini.  Tiba-tiba seorang wanita separuh umur menjengah muka dari pintu bilik doktor, dan bersuara HEI!!!  INI APA MAIN KETUK-KETUK NI ??! dengan nada yang agak keras dan menutup semula pintunya.
Anakku memandang wajah wanita tersebut dengan selamba tanpa menunjukkan tanda-tanda bahawa dia faham apa yang dimaksudkan oleh wanita tersebut.  Ohh !! inilah doktor yang tersohor itu. Aku menarik anakku dan isteriku terus ke kaunter.

Isteriku : Maaf dik, tolong batalkan giliran ke 10, kami perlu beredar sekarang.
Budak kaunter : Oh!! boleh, tapi kan sekarang giliran ke 9, kejap aje lagi Kak.
Isteriku : Ya, tapi kami nak beredar sekarang dan mohon maaf ye dik.
Budak Kaunter : Ok tak apa Kak, tak apa...
Isteriku : Maksud Akak mohon maaf dengan doktor yang kat dalam tu. Tadi anak Akak main ketuk-ketuk dinding dan doktor rasa tidak selesa. maaf lah ya.
Aku terus meninggalkan klinik tersebut dan  memandu ke Pasir mas sejauh 30 KM untuk ke klinik Dr nik Azam, dan mendapat layanan yang sepatutnya sepertimana klinik swasta yang lain.

Maafkan saya sahabat-sahabat yang bergelar doktor, saya nak nasihati murid-murid saya.
Walau setinggi manapun ilmu kamu sebagai seorang doktor, kamu cuma salin ilmu tersebut dari buku, hasil penyelidikan orang lain. Nak tanya , berapa butir ubat yang doktor kita buat sendiri? berapa jenis virus hibrid yang doktor kita kenal pasti sendiri? berapa jurnal perubatan yang awak dah tulis? berapa jenis fungus yang awak jumpa sendiri? brapa? berapa? kan semua itu awak salin dari buku, jadi sehebat manakah ilmu kedoktoran awak? Ingat ilmu itu milik Allah, tak payah berbangga sangat dengan kepakaran yang sedikit sahaja dipinjamkan kepada kamu. Jagalah adab berbahasa, insyaAllah anda akan disenangi dan murah rezeki.

Sunday, September 25, 2011

penghantaran karya Seni Visual STPM hari ini





Alhamdulillah kami telah berjaya menyiapkan karya masing-masing dalam jangka waktu ditetapkan. Hari ini semua 80 karya pelajar seni visual STPM 2011, SMK Badak telah dihantar ke bilik kebal PPD Kota Bharu dan akan dihantar ke MPM esok. Tahniah kepada semua calon yang berjaya meyiapkan projek. Soal markah anda tidak lagi perlu fikir. Berdoalah kepada Allah agar diberi markah yang tinggi setimpal dengan usaha anda. Diatas beberapa karya yang dihantar.

Thursday, September 8, 2011

rekaan kulit majalah 2011

Ini rekaan kulit majalah Titian , jilid 18, 2011. Harap bos approve, nak buat ni makan 3 jam jugak. letih mata.

Monday, August 22, 2011

Rupa Muka Taip - untuk tingkatan satu




Jika sukar  untuk membuat aktiviti rupa muka taip bagi  kelas tingkatan satu, saya ada satu cadangan modul P&P. Selepas cikgu menerangkan definisi rupa mukataip, jenis dan fungsinya, ajak murid-murid untuk menghasilkan reka bentuk poster yang ringkas. Biasanya kita akan mengajarkan supaya menggunakan huruf blok 3 X 5 sebagai asas dan aktiviti tidak dapat disiapkan dalam satu unit P&P kerana prosesnya agak lambat.









Saya cadangkan murid menggunakan kapur untuk melukis huruf yang dikehendaki dengan garisan tebal, kemudian bahagian tepinya dilukis semula dengan pensel lalu kesan kapur dilap menggunakan tisu dan..... sedia untuk di cat. Selamat mencuba

Sunday, August 14, 2011

Hobi : Haiwan peliharaan

Kebanyakan dari kita mempunyai hobi masing-masing. Memelihara haiwan merupakan salah satu hobi yang popular. Ada yang memelihara burung, arnab, hamster dan yang lebih eksotik lagi memelihara iguana dan ular sebagai binatang kesayangan mereka. Saya membela seekor anak beruk sebagai haiwan kesayangan kami sekeluarga. Kami menamakannya sebagai Pok Ot. Seronok melihat beliau bermain dengan dengan anak-anak ku.

Wednesday, August 10, 2011

Karya cetakan kayu

Ini karya cetakan kayu 5 lapis warna. Blok kayu diukir lapis demi lapis bermula dengan warna paling terang berakhir dengan warna paling gelap. Tajuk : self potrait.

Tuesday, August 9, 2011

Karya cetakan lino

Seni cetakan amat menarik untuk dicuba. Diatas ialah karya cetakan Lino, mono print dan di 'touch up' dengan warna. Sesuai untuk menghiasi dinding ruang tamu atau ruang bilik tidur.

Sunday, August 7, 2011

Ular masuk rumah



Ular! ular! .... jerit anak-anak ku. Mereka mengesan seekor ular Katam Tebu (nama tempatan) bersembunyi dicelah atap garaj rumah kami. Sepengetahuan aku ular spesis ini amat berbisa, sama seperti tedung selar, itu yang sering didedahkan melalui National Geographic. Macam mana ya? nak di pukul agak sukar kerana kedudukannya lebih tinggi dari aku. Silap-silap dia terjun terus atas kepala aku, Innalillah....  . Apa susah, telefon Bomba aje. Selepas buat satu panggilan ke no 994, mereka menghantar sepasukan penangkap ular dari JPAM dalam masa 20 minit. Saya puji dilivery system mereka, amat cekap. Tapi yang paling menarik ialah pasukan penangkap ular tu cuma budak-budak perempuan aje. Sungguh aib Pakcik dibuatnya. Tapi tak pe, janji ular tu berjaya ditangkap hidup-hidup mengikut prosedur yang betul.

Thursday, August 4, 2011

Transformasi karya Piet Mondrian

Piet mondrian merupakan salah seorang pelukis yang mempunyai identiti karya yang tersendiri. Sepanjang hidup beliau hanya melukis pohon epal. Bermula dengan pohon epal yang dilukis secara realistik kemudian di pecah-pecahkan menjadi satah-satah, seterusnya menjadi garisan dan rupa , akhir sekali menjadi rupa geometrik yang rimgkas. Karya beliau menjadi ikutan para pereka yang seterusnya memasukkan elemen karya Mondrian delam perekaan perabot, pakaian, kasut dan sebagainya.

Senduduk Natural Charcoal Stick


Salah satu media lukisan yang paling awal digunakan oleh pelukis-peluikis bertaraf old master ialah natural charcoal stik yang diperbuat dari kayu willow atau Vine. Media ini agak mahal bergantung kepada jenama. Ia dijual sekitar RM1.80 hingga RM5.00 sebatang. Namun baru-baru ini saya jumpa satu jenama baru yang dijual dengan harga lebih murah sedangkan kualiti charcoal stick nya adalah sama seperti yang berjenama antarabangsa. Inginkan maklumat lanjut sila e-mail saya.

Monday, August 1, 2011

Sunday, July 31, 2011

Perkembangan folio pelajar 2011




Hilmi. Ikan sebagai subject matter. Ok.... teruskan, teruskan.
entah kenapa, gambar yang di upload tak dapat masuk sepenuhnya hari ini. Saya akan cuba lagi esok. Sabar ya.

Folio 2011




Dari folio Laila. Bunga sebagia subject matter. Dikembangkan menjadi rupa organik setrusnya geometrik. Proses mengembangkan  rupa geometrik dilakukan dengan melukis berbantukan pembaris dan jangka lukis.

Folio 2011




Dari folio Wafi. Kasut sebagai subject matter. Diubah suai menjadi rupa, kemudian rupa geometrik dan dimasukkan teks.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Selamat menyambut bulan puasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Ya Allah Ampuni kami, rahmati kami. Amin.

Monday, July 4, 2011

Karya relief


Terjumpa sebuah karya relief yang dibuat tidak lama dahulu. Karya ini telahpun dijadikan sumber idea untuk logo kedai lampin pakai buang. Klik link ini untuk melawat kedai tersebut http://bidakdiapers.blogspot.com
Setelah diubah suai logo tersebut kelihatan begini....
http://bidakdiapers.blogspot.com

Thursday, May 26, 2011

Orang berbudi kita berbahasa

Minggu ini seramai 160 pelajar SMK Badak telah menerima sumbangan komputer riba sumbangan Kerajaan Malaysia. Cikgu nasihatkan agar semua pelajar yang menerima sumbangan tersebut agar menggunakannya dengan sebaik mungkin untuk tujuan yang berfaedah. Zahirkan terima kasih anda melalui komen-komen di laman sosial. Orang berbudi kita berbahasa.

Monday, May 16, 2011

Terima kasih cikgu

Majlis Sambutan hari guru peringkat smk badak diadakan hari ini. Alamdulillah, aku seorang guru sekarang. Terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru ku yag telah mendidik kami. Al fatihah kepada arwah guru-guru yang telah kembali ke rahmatullah.

Tuesday, May 10, 2011

Tips Untuk Peperiksaan

      Disini cikgu akan kongsi sedikit tips untuk menjawab soalan esie seni visual sempena peperiksaan PKBS 2 yang akan bermula esok. Dalam kertas 1 Seni Visual STPM calon dikehendaki menjawab 2 soalan esei dalam bahagian B dan 1 soalan esei dalam bahagian C. Pelajar diingatkan supaya menjawab ketiga tiga esei kerana ia mewakili 45% markah keseluruhan.
     Untuk menulis esei dengan baik pelajar seni visual harus menguasai bahasa seni visual terdiri dari Unsur seni, prinsip seni dan media serta teknik. Dalam Unsur seni pelajar perlu menghafal unsur-unsurnya seperti garisan, jalinan, rupa, bentuk dan warna. Semua item tersebut merupakan fakta dalam penulisan sementara perincian untuk setiap item tersebut merupakan huraiannya. Dalam skema pemarkahan biasanya markah diberikan untuk setiap fakta dan huraiannya.
      Contohnya apabila pelajar menulis tentang Garisan maka perlu tulis segala perincian tentang garisan tersebut untuk menghuraikannya seperti orientasi garisan samada menegak, melintang atau condong; jenis-jenis garisan seperti lurus, beralun, halus, kasar dan sebagainya.
     Sekiranya menulis tentang warna, maka perincian tentang warna ialah jenis-jenis warna seperti waran panas, warna sejuk,  warna penggenap, warna sewarna, warna harmoni dan sebagainya. Begitu juga untuk unsur-unsur yang lain.
     Sama juga keadaanya apabila pelajar menulis tentang prinsip seni. Bagi esei yang merujuk kepada gambar karya, antara prinsip yang hampir mesti ada dalam karya ialah Harmoni kerana setiap karya dihasilkan untuk kepuasan visual. Bila menulis tentang imbangan, pelajar harus menyatakan samada imbangan simeteri atau imbangan tidak simeteri. Perlu diingat, setiap fakta harus disokong oleh huraian. Sekian untuk kali ini, selamat berjaya.

Wednesday, April 20, 2011

Karya terbaru Azian Hashim

Azian Hashim ,  rasanya saya tidak perlu menerangkan lagi tentang biodata beliau kerana sudah dijelaskan dalam entri yang terdahulu. Sebagai penggiat seni yang tegar beliau terus berkarya dan berkarya, menyertai pelbagai pameran dan pertandingan tanpa mengenal erti jemu. Pada minggu yang lepas saya sempat melawat ke studio AZ fine art centre. Melangkah masuk ke studio mata saya terus tertumpu pada dua buah catan bersaiz besar. Deria seni ku mula berfungsi semula setelah agak lama kaku. Mata ku mula meneliti setiap inci ruang kanvas, lalu terbit rasa puas yang amat dalam. Pada kesempatan kali ini saya akan pertontonkan kepada pengunjung blog  secara eksklusif, karya terbaru Azian Hashim yang belum dipamerkan di mana-mana galeri. Alhamdulillah Beliau bersetuju untuk membenarkan karya ini dipamer di blog seni tampak. 


Tuesday, April 19, 2011

Contoh Sumber Idea dan proses perkembangan idea.

Harmoni : Saya melihat imej bangunan- bangunan tinggi sebagai simbol keharmonian negara. Hanya negara yang harmoni sahaja mampu berkembang pesat dengan deretan bangunan moden yang gah. bentu-bentuk bangunan yang seragam juga mencetuskan kesan harmoni secara visual. Jadi saya memili bangunan sebagai sumber idea saya.
Langkah satu : Cari gambar bangunan dan lukis secara imitasi
Seterusnya imej tersebut di stailisasi atau diringkaskan beberapa peringkat