Followers

Wednesday, April 20, 2011

Karya terbaru Azian Hashim

Azian Hashim ,  rasanya saya tidak perlu menerangkan lagi tentang biodata beliau kerana sudah dijelaskan dalam entri yang terdahulu. Sebagai penggiat seni yang tegar beliau terus berkarya dan berkarya, menyertai pelbagai pameran dan pertandingan tanpa mengenal erti jemu. Pada minggu yang lepas saya sempat melawat ke studio AZ fine art centre. Melangkah masuk ke studio mata saya terus tertumpu pada dua buah catan bersaiz besar. Deria seni ku mula berfungsi semula setelah agak lama kaku. Mata ku mula meneliti setiap inci ruang kanvas, lalu terbit rasa puas yang amat dalam. Pada kesempatan kali ini saya akan pertontonkan kepada pengunjung blog  secara eksklusif, karya terbaru Azian Hashim yang belum dipamerkan di mana-mana galeri. Alhamdulillah Beliau bersetuju untuk membenarkan karya ini dipamer di blog seni tampak. 


4 comments:

  1. dah siap yer. time sy dtg dulu belum siap lagi...

    ReplyDelete
  2. Tuan, kirimkan saya alamat emel tuan ada urusan seri paduka yang penting nak saya sebarkan.
    Drp:mnoor_othman@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  3. cikgu azian ni cikgu lukisan saya masa kat sekolah merapoh.beliau la wat saya kenal fine art dan ada degree seni halu.terima kasih cikgu

    ReplyDelete