Followers

Tuesday, April 19, 2011

PENGKARYAAN SENI VISUAL 2011. (TAJUK 1 )


Di SMK Badak kami memilih untuk menjawab soalan 1 untuk kertas 3 seni visual STPM 2011. Karya yang bakal dihasilkan bertemakan "kerharmonian" dengan menggabungkan imej rupa geometrik dan rupa huruf menggunakan teknik 'Hard edge'.

DEFINISI HARMONI
  Harmoni merujuk kepada tindak balas tampak di dalam alam dan karya seni yang menyepadukan unsur-unsur seni seperti garisan,warna,rupa,bentuk,jalinan dan ruang.

Harmoni wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau ulangan unsur-unsur  seni mengikut cara atau gaya yang tertentu.Tujuan menghasilkan kesan harmoni  adalah untuk menarik perhatian serta mengurangkan kejanggalan pada sesuatu gubahan,objek atu imej.Harmoni tidak akan wujud sekiranya terdapat ciri-ciri yang bercanggah.
Harmoni dalam kraf tradisional,misalnya bukan sahaja untuk menarik perhatian manusia untuk menggunakan benda tersebut,tetapi juga untuk menimbulkan nilai-nilai estetika. Aplikasi warna dari kumpulan yang sama atau mempunyai hubung kait antara satu sama lain juga dapat menimbulkan gambaran harmoni dalam sesuatu gubahan,umpamanya warna sejuk,warna panas,gubahan warna sewarna,gubahan warna harmoni dan campuran berbagai jenis warna yang mempunyai hubung kait antara satu sama lain.
Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna,teratur,seragam dan selesa pada pandangan.Selain itu,unsur-unsur seni juga bukan sahaja wujud dalam alam semula jadi,malahan wujud dalam bahan buatan manusia. Harmoni juga wujud dalam tingkah laku, aktiviti manusia dan peristiwa.




No comments:

Post a Comment