Followers

Friday, November 23, 2012

Bersyukur jadi rakyat Malaysia

Sering pakcik temui anak anak muda yang begitu ghairah bersyarah, membenci kerajaan sebencinya.
kerajaan toghut, penipu, kroni, zalim, dan pelbagai kata- kata kesat dilemparkan.

Nasihat pakcik : kalau Anak-anak membenci seseorang, berpada- pada lah kerana mungkin ada kebaikan orang tersebut yang kita tidak sedari.

Ini salah satu contoh: foto kali ini ialah resit pembayaran rawatan dan penginapan anak pakcik di hospital kerajaan (HTA Pasir Puteh).

Jumlah yang perlu pakcik bayar RM 6 untuk 4 hari menginap di wad. Bermaksud RM1.50 sehari.
Adakah harga tersebut begitu membebankan rakyat atau zalim?
RM1.50 untuk makan 4 kali, ubat berkualiti, katil serta service dari doktor dan jururawat terlatih.

Isteri pakcik pernah menginap di wad sebuah hospital swasta Kota Bharu dan Caj yang dikenakan ialah RM1000 sehari. Bandingkan.

Sebagai manusia pakcik bersyukur kepada Allah, memberikan taufik kepada manusia yang mentadbir negara ini supaya mentadbir dengan baik seterusnya berharap agar Allah Meneruskan limpah kurnianya mengekalkan kemakmuran Malaysia tidak kira siapa pun yang bakal memimpin kelak.

Sunday, November 18, 2012

Selamat menduduki peperiksaan STPM Terminal 2012

Esok 19 nov 2012 Akan Bermula peperiksaan stpm terminal. Cikgu doakan semua calon, khususnya Calon Smk Badak memperolehi kejayaan cemerlang.

Friday, November 9, 2012

Resepi yang mampu menarik jodoh

Murid- murid, mari cikgu ajarkan resepi masakan orang tua yang mampu menarik jodoh.
Seperti yang pernah cikgu tulis dalam entri sebelum ini, bahan asas dalam masakan Melayu ialah lengkuas, kunyit, bawang dan lada. bahan asas ini mempuyai aroma yang telah sebati dengan jiwa dan liur jejaka Melayu kerana telah diikat dengan nostalgia rasa masakan ibu.
Hari ini cikgu cadangkan satu resepi ringkas yang pernah menjadi titik mula ikatan kasih seseorang hingga membawa ke jinjang pelamin.

Resepinya ialah : Masak asam tempoyak ikan Jelawat. ( disebut ikan Sultan, di Sarawak)

Gunakan bahan asas yang disebutkan diatas. Bahan tambahan ialah tempoyak, serai, kesum, kantan dan asam keping. Masak seperti dalam foto.
Peringkat yang paling penting ialah setelah siap, hulurkan semangkuk buat jiran anda ( budak- budak bujang kat sebelah tu). Pasti ada yang terpikat , sekurang- kurangnya dengan masakan anda.
Jadi resepi penarik jodoh yang sebenar ialah kebaikan hati dan ketulusan budi anda yang bermurah hati berkongsi rezeki dengan orang lain.


Sunday, November 4, 2012

Latihan drawings terminal

Untuk kertas 2, seni visual STPM , calon mungkin akan diminta supaya melukis sebuah setting yang diletakkan diatas meja. Calon mungkin akan duduk di tengah, kanan atau kiri setting. Untuk persediaan cikgu cadangkan anda merujuk pelan kedudukan calon dan berlatih melukis tapak tempat setting akan diletakkan nanti.
Biasanya objek diletak diatas meja, jadi berlatih lah melukis meja dari arah kiri, kanan dan tengah. Cuba gunakan pelbagai media termasuk pensil, chsrcoal, pen dan sebagainya.

Wednesday, October 31, 2012

Contoh soalan dan skema Seni Visual Laras STPM






Karya Oleh Ben Quilty, dipetik dari :

  Gambar  menunjukkan karya Ben Quilty , Huraikan  karya tersebut dari aspek Hal benda dan komposisi.
 
Pendahuluan
     Hal benda dalam sebuah catan ialah apa sahaja imej yang wujud dalam karya. Komposisi pula bermaksud  aturan unsur serta prinsip    seni  dengan media dan teknik  tertentu yang digunakan dalam karya .
    Isi 1 (hal benda)
  - Senaraikan hal benda  - satu sahaja iaitu : imej wajah manusia  dalam keadaan sedang menangis.
  - Imej seolah wajah bayi.
  - Digambarkan secara pandangan dekat (close up), memenuhi keseluruhan ruang catan. 
  Isi 2 (Komposisi ):
  - Unsur seni Warna ( huraikan jenis-jenis warna), Jalinan ( sentuh), bentuk. ** * Gabungan warna dan jalinan menimbulkan bentuk  wajah manusia.
  - Prinsip rekaan -  Kadar banding ( kerana imej agak realistik), Harmoni ( gabungan pelbagai warna menimbulkan kesan harmoni),  Imbangan ( hampir simeteri kerana imej diletakkan di tengah-tengah karya)
  - Media/ teknik:  media cat minyak atau akrilik- teknik impasto ( warna tebal di sapu dengan pisau palit atau berus, memberi kesan jalinan sentuh) 
       
  Penutup
  - Pelukis berjaya menonjolkan hal benda dengan baik menggabungkan unsur seni seperti warna,jalinan, bentuk dengan prinsip rekaan kadar banding, harmoni dan imbangan.
  - kemahiran mengaplikasi teknik impasto telah menghasilkan sebuah catan yang menarik.