Followers

Friday, November 23, 2012

Bersyukur jadi rakyat Malaysia

Sering pakcik temui anak anak muda yang begitu ghairah bersyarah, membenci kerajaan sebencinya.
kerajaan toghut, penipu, kroni, zalim, dan pelbagai kata- kata kesat dilemparkan.

Nasihat pakcik : kalau Anak-anak membenci seseorang, berpada- pada lah kerana mungkin ada kebaikan orang tersebut yang kita tidak sedari.

Ini salah satu contoh: foto kali ini ialah resit pembayaran rawatan dan penginapan anak pakcik di hospital kerajaan (HTA Pasir Puteh).

Jumlah yang perlu pakcik bayar RM 6 untuk 4 hari menginap di wad. Bermaksud RM1.50 sehari.
Adakah harga tersebut begitu membebankan rakyat atau zalim?
RM1.50 untuk makan 4 kali, ubat berkualiti, katil serta service dari doktor dan jururawat terlatih.

Isteri pakcik pernah menginap di wad sebuah hospital swasta Kota Bharu dan Caj yang dikenakan ialah RM1000 sehari. Bandingkan.

Sebagai manusia pakcik bersyukur kepada Allah, memberikan taufik kepada manusia yang mentadbir negara ini supaya mentadbir dengan baik seterusnya berharap agar Allah Meneruskan limpah kurnianya mengekalkan kemakmuran Malaysia tidak kira siapa pun yang bakal memimpin kelak.

3 comments:

  1. Saya amat bersetuju dengan apa yang pakcik katakan. Sejujurnya saya masih tidak faham apa yang diinginkan oleh segelintir masyarakat yang berkobar-kobar ingin menggulingkan kerajaan yang ada sekarang. Jika ingin menjadi pembangkang, jadilah pembangkang yang membina kemajuan negara. Itu lebih baik. Keamanan yang kita kecapi sekarang MESTI dikekalkan dan saya berdoa agar negara kita tidak jatuh ke tangan pemimpin yang gemar mengamalkan provokasi demi keuntungan peribadi.

    ReplyDelete