Followers

Monday, July 26, 2010

Studio dan galeri seni di Kelantan.

Selama ini kita menganggap dunia seni tampak Malaysia hanya meriah di kawasan pantai barat sahaja seperti di  bandar raya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Baharu dan Ipoh sahaja. memang itulah kenyataannya, kerana peluang-peluang untuk memasarkan karya terbuka luas disana dibantu oleh kewujudan galeri-galeri seni milik kerajaan dan swasta.
Atas kesedaran bahawa perlunya wujud sebuah galeri untuk membantu perkembangan seni tampak di Kelantan, sebuah galeri dan studio seni milik persendirian AZ Fine Art Centre telah dibuka di Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu sejak lima tahun yang lalu. Pemilik galeri tersebut En Azian Hashim merupakan graduan UITM Shah Alam  yang memegang ijazah Sarjana muda Seni Halus (1996) dan Sarjana Seni halus (2008) juga dari intitusi yang sama. Selain mempamerkan karya galeri tersebut turut berfungsi sebagai studio tempat beliau berkarya dan menerima pelajar-pelajar peringkat STPM dan SPM yang memerlukan bimbingan dalam proses pengkaryaan.
Artikel yang akan disiarkan seterusnya dalam blog ini akan berkisar tentang AZ Fine Art Centre  selama sebulan  berserta gambar-gambar karya, aktiviti dan apa sahaja yang berkaitan untuk tatapan 'blogs follower' yang tidak berkesempatan ke sana. Tunggu...........

Thursday, July 15, 2010

cadangan kulit majalah TITIAN

Rekaan kulit majalah boleh dihasilkan menggunakan sebarang perisian grafik. Saya lebih selesa dengan Photoshop.

Sunday, July 11, 2010

Muzik tradisional

Muzik tradisional Melayu menggunakan instrumen yang asas seperti gendang ibu, genang anak, Gong, canang, kesi, geduk, gedombak, marakas, kertuk, dan yang paling penting ialah serunai. Muzik tradisional amat mengasyikkan sekiranya dihayati. Susunan iramanya mampu membangkitkan semangat.

Wednesday, July 7, 2010

Duplicate

Kaedah "duplicate" atau "reproduce" sering menjadi pilihan sebagai sumber idea dalam berkarya. Biasanya pelukis menggunakan  karya-karya terkenal pelukis agung sebagai rujukan. Karya asal ditiru dan dihasilkan semula dalam bentuk yang sama seperti asal atau di ubah suai dengan teknik baru. Antara karya yang paling banyak di hasilkan semula ialah karya "Sun Flower" oleh Vincent Van Gogh. Sebagai tugasan palajar tingkatan 6 rendah : Hasilkan semula catan Sun Flower seperti dalam gambar diatas menggunakan teknik KOLAJ.