Followers

Monday, February 27, 2012

Pesanan Orang tua-tua

Pesanan orang tua-tua semasa saya kanak-kanak : " Anak-anak jangan panjat tinggi-tinggi,  nanti kalau jatuh sakit". Jadi saya tidak panjat pokok yang tinggi-tinggi kalau depan mata orang tua, kerana hormat dan patuh kepada mereka. Tapi di belakang mereka saya panjat juga pokok kelapa yang paling tinggi dalam kampung. Ternyata buah kelapa muda yang pohonnya tinggi lebih sedap dari jambu liar yang rendah. Sekarang saya sudah tua dan saya juga berhak berpesan kepada anak-ank muda, jadi dengar pesanan ku wahai murid-murid serta anak-anak ku. "Panjat lah setinggi mana pun yang kamu mampu tapi hendaklah dengan amat berhati kerana  jika terjatuh dari tempat yang tinggi sakitnya sangat parah".

Wednesday, February 8, 2012

Tiada pilihan

Ini foto tulisan mural pada dinding sekolah ku yang kuhasilkan pada tahun 1990 semasa di tingkatan 4. "The Mediocre Teacher Tells, The average teacher Explain, The Superior teacher  Inspire". Sekarang aku seorang Guru.  Tidak ku tahu apakah penilaian murid terhadapku.

Tuesday, February 7, 2012

Karya degree show 1996


Sedang belek-belek album gambar terjumpa foto karya saya semasa Degree Show di Uitm 1996. Tajuk karya ialah "Tanah serendah Sekebun Bunga", memaparkan catan gaya abstrak ekspresionisma bertemakan keharmonian warna-warna alam, tanah, air, api, dan angin. Meraikan kemakmuran tanah tumpah darah ku.

Monday, February 6, 2012

ASAS MASAKAN MELAYU KELANTAN

Semalam sempat berbual-bual dengan ibu saya yang telah berusia lebih 60 tahun tentang resepi masakan orang tua-tua. Menurut beliau masakan orang dulu-dulu menggunakan bahan asas yang sama sahaja iaitu Lengkuas, Kunyit, Bawang, Lada, Asam keping. Kesemua bahan ditumbuk halus atau dimayang dan dititik. Di tambah santan jadilah gulai; tanpa santan jadi masak asam pedas. Di buang kunyit dan lada untuk masak lemak sayur. Mask lah apa sahaja hanya dengan menambah atau membuang beberapa bahan asas tadi.