Followers

Sunday, January 8, 2012

Solan kerja kursus Seni Visual STPM 2012 (970/3)

Sudah lebih dari 7 kali saya intai web MPM dalam seminggu ini tetapi masih belum jumpa dimana letaknya link ke halaman yang memaparkan solan seni visual stpm kertas 3 bagi tahun 2012. Sesiapa yang ada maklumat tolong attach ke fb saya.

Lukisan pertama 2012

Entri kali ini memaparkan lukisan 'Gesture' sebagai simbol permulaan pengajaran tahun ini. Kita mula melukis dengan membuat gesture line objek yang ingin dilukis. Juga disebut 'Searching line' iaitu garisan awal untuk menentukan bentuk objek. Lukisan boleh diteruskan dengan pelbagai teknik lain iaitu scumbling, cross hatching, stippling dan sebagainya.

Tuesday, January 3, 2012

Selamat memulakan sesi persekolahan 2012

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar hari ini. Bermula lagi rutin harian seperti tahun-tahun lepas. Bangkit seawal 5pagi, kejut anak-anak mandi dan bersiap untuk kesekolah. Bila azan subuh dilaungkan, semua bergerak ke surau, solat berjemaah dan keluar rumah seawal 6.30 pagi. Yang paling penting saya gembira melalui semua ini. Selamat memulakan sesi persekolahan 2012.