Followers

Sunday, November 9, 2014

Catan tahun 1980an

Minggu lepas pakcik sekeluarga berkunjung kerumah Ayah Chik di Kuala Besut, terengganu. Disana pakcik terpandang sebuah catan yang mampu mencetus imbauan silam. Tercatat tahun 84 disebelah tanda tangan.
Ini gambarnya:

                 Klik untuk besarkan 

Diusia kanak-kanak dulu sekitar tahun 80an pakcik amat tertarik dengan catan tempatan yang dipamer sekitar kaki lima bandar Kota Bharu. Kalau sekarang karya sebegini dianggap tidak bernilai, terlalu naif, lebih naif dari "naive Art". Pelukisnya pula tidak mendapat pendidikan formal dari mana-mana institusi. Begitulah pandangan popular, namun tidak bagi pakcik. Kenapa?

Haaa,,,,, tunggu ya, nanti pakcik jawab. Sekarang kena berhenti dulu, dah masuk Waktu Asar.

........ Sambung lagi. Kat mana tadi? Oh ya, pengkelasan karya. Pakcik menerima  karya ini , mengiktiraf Nilai seninya  sebaris dengan karya seni tampak sezaman denganya. Kenapa tidak?, mari kita lihat lebih lanjut. 

1. Karya diatas mempunyai bentuk Dan isi. Sama seperti karya Oleh seniman akademik.

2. Karya diatas turut mengaplikasi aspek formal yang sama seperti karya golongan akademik seni.

3. Karya turut mempunyai nilai sejarah.

4. Karya turut mempunyai Nilai komersil.


Satu lagi karya yang sama pakcik temui 
di Pasir Mas pada tahun 1999. Keseluruhannya hampir sama cuma imej kereta sahaja yang berbeza. Rujuk gambar dibawah.

Catan yang sama di temui di kampung Jakar, Pasir Mas.

Tanda tangan yang sama dalam kedua-dua Catan. 

Maklumat terbaru yang pakcik terima pelukis karya ini masih lagi aktif melukis dan menjual karyanya di plaza MARA pasir mas, Kelantan.

Ini membuktikan bahawa karya beliau mampu dipasarkan dan telah menyara hidup pelukis lebih 3 dekad. Ini sesuatu yang patut dibanggakan. Tiada masalah dengan karya akademik mahupun non akademik, yang penting ialah berapa lama seniman itu istiqamah berkarya. Pelukis pastinya akan meninggalkan karya mereka sekiranya ia tidak menjana apa-apa penghasilan. 

Apresiasi dalam konteks sejarah seni
Jika dilihat Dari sudut sejarah, karya ini memaparkan subjek popular pada masa itu. Jambatan sultan yahya yang meretangi sungai Kelantan merupakan satu seni bina terunggul di Kota bharu pada era tersebut. Pembinaan jambatan ini memberi impak besar kepada kemajuan negeri kelantan. Apa tidaknya, kalau sebelum itu penduduk Kota bharu yang mahu berurusan di Pasir Mas, Tanah Merah atau Rantau panjang terpaksa menyeberang sungai menggunakan perkhidmatan bot penambang di tambatan diraja.
Imej jambatan dijadikan subjek dalam catan untuk menyatakan ekspresi kagum terhadap seni bina tersebut. 
Dari sudut tingkah laku sosial karya ini merakamkan trend masyarakat setempat pada era tersebut. Kereta merupakan salah satu barang mewah pada masa itu. Oleh itu pemilik kereta cenderung untuk mengupah pelukis mengabadikan potret kereta yang dibeli dalam bentuk catan. Pemilik kereta sangat teruja bila imej kereta mereka digabungkan dengan imej seni bina yang mengagumkan.







Sunday, November 2, 2014

TEST PRINT BUKU

BUKU ULANG KAJI SENI VISUAL EDISI TEST PRINT
Buku ulangkaji ini dipersembahkan dalam bentuk SMS, WHATSAPP, WECHAT, TELEGRAM dan sebagainya. Format yang senang dicerna oleh pelajar. 100 muka surat, Menggunakan kaedah inkuiri. Sesuai untuk ulangkaji "Last Minute". Sesiapa berminat SMS 013 9804032. Lima hinggit je.

Contoh beberapa muka surat secara rawak: