Followers

Monday, May 28, 2018

Soalan : Bincangkan perbezaan antara arca berfungsi dengan arca estetik

Pendahuluan
Arca merupakan pengkaryaan seni halus yang dipersembahkan dalam bentuk 3 dimensi, boleh dinikmati dari sudut pandangan 360 darjah. Terdpat dua kategori arca iaitu arca berfungsi dan arca estetik.

Arca Berfungsi

Merupakan seni arca yang mempunyai nilai gunaan disamping menjadi sebuah karya seni tampak. Dalam seni tradisi kebanyakan objek 3 dimensi seperti hulu keris, tembikar, kukur kelapa dan jebak puyuh dibuat dengan penuh kesenian bagi memenuhi naluri estetik tukang buat dan khalayak. Selain indah objek-objek tersebut juga mempunyai fungsinya. Pada masa kini arca berfungsi semakin kreatif dihasilkan pada objek-objek kegunaan harian.

contoh seni tradisi ulu keris

Diperik dari 



Contoh seni tradisi kukur kelapa
dipertik dari:

Contoh arca berfungsi dalam seni moden
credit to:


Arca estetik
Arca estetik dibuat semata-mata untuk tujuan kesenian. Arca dipamerkan ditempat awam mahupun tertutup. Arca estetik dinilai dari sudut kesenian sahaja tanpa mengambil kira soal keboleh gunaannya.
Contoh arca awam 
Credit to:

Monday, May 21, 2018

Soalan: Jelaskan perbezaan antara pengkaryaan lukisan dengan catan

Lukisan
Merupakan pengkaryaan seni halus yang menggunakan media kering, tanpa warna atau dengan warna yang minima. Imej dalam lukisan ditimbulkan dengan unsur garisan dan jalinan. Media yang digunakan untuk menghasilkan lukisan ialah seperti pensel, arang, pen, kapur, pensel warna dan pastel.


Contoh lukisan menggunakan media kering, tanpa warna

Contoh lukisan yang berwarna. Masih diterima sebagai lukisan walaupun menggunakan warna kerana media yang digunakan iaitu pensel warna merupakan media kering dan unsur yang paling dominan pula ialah garisan dan jalinan yang menimbulkan objek.


Catan
Merupakan pengkaryaan seni halus yang menggunakan media basah dan unsur warna merupakan unsur utama menimbulkan imej dalam karya. Contoh media basah ialah cat air, cat minyak, akrilik, tempera dan cat poster.
Contoh karya catan yang menggunakan media basah akrilik. Unsur warna berperanan menonjolkan imej dalam karya.






Sunday, May 20, 2018

Soalan : Huraikan perbezaan pengkaryaan seni visual dengan perekaan seni visual

Pengkaryaan 
Seni visual dalam konteks pengkaryaan terdiri dari bidang penghasilan seni yang mementingkan makna dan nilai estetik (keindahan). Bidang pengkaryaan terdiri daripada penghasilan lukisan, catan, cetakan dan arca. Semua hasil pengkaryaan seni visual ini dibuat untuk tujuan kesenian dan dinikmati sebagai satu produk seni tulen.

Contoh karya Lukisan oleh Amron Omar.
Dipetik dari FB Padelli Galeri

Contoh Karya Catan Oleh Mohd Fadhli Yusoff
Dipetik Dari FB Padelli Galeri

Contoh Karya Cetakan oleh Penulis

Contoh karya Arca


Perekaan
Seni visual dalam konteks perekaan pula  ialah bidang penghasilan seni yang mementingkan fungsi dan estetik. Produk perekaan mestilah mempunyai fungsi disamping nilai keindahan. Bidang-bidang perekaan terdiri daripada Komunikasi Visual, Rekabentuk Teknologi dan Rekabentuk Persekitaran.


Dipetik dari:
Contoh seni visual dibawah bidang perekaan komunikasi visual. Sebuah poster yang berfungsi sebagai alat untuk menyampaikan maklumat, kempen, promosi, propaganda, ideologi dan sebagainya. Unsur utama yang digunakan dalam penghasilan poster ialah teks, ilustrasi dan foto.




Contoh seni visual dibawah bidang perekaan reka bentuk teknologi. Sinki seramik yang mempunyai fungsi serta nilai keindahan. Merupakan bidang perekaan seni visual yang memerlukan bantuan teknologi. Untuk menghasilkan  sinki seramik seperti diatas memerlukan sokongan teknologi moden atau tradisional. Antara alat teknologi sokongan yang digunakan ialah mesin pembancuh, acuan, ketuhar dan berbagai peralatan mekanikal.



Contoh seni visual dibawah bidang perekaan reka bentuk persekitaran. Sebuah lanskap persekitaran luara bangunan yang mempunyai fungsi dan sertan sarat dengan nilai keindahan (estetik). Rekaan lanskap sebegini memerlukan gabungan disiplin ilmu pembinaan dan ilmu pertanian. Perancangan dan perlaksanaan yang baik menghasilkan lanskap yang sangat menarik.





Soalan : Huraikan Pengertian Seni Visual dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai

Seni bermaksud suatu ciptaan yang mempunyai nilai keindahan. Visual bermaksud tampak atau penglihatan. Seni Visual bermaksud hasil kerja seni yang boleh dinikmati melalui pandangan, deria penglihatan. Hasil kerja seni visual itu pula terdiri dari objek-objek yang dibuat berdasarkan kemahiran kerja tangan dan kreativiti pengkarya dan pandai tukang.

Contoh hasil seni visual ialah  karya seni seperti lukisan, catan, cetakan, dan arca. Seni tradisi seperti anyaman, ukiran, tenunan, tembikar, kerja logam halus, juga termasuk dalam penghasilan seni. Seni perekaan seperti poster, logo, rekabentuk automobil juga termasuk hasil seni.





Monday, May 7, 2018

KARYA TERBAHARU CIKGU AZIAN HASYIM

Sekian lama masa berlalu beliau masih tetap istiqomah dalam kerja buatnya. Berkarya dan terus berkarya tanpa jemu. Sosok yang bernama Azian Hasyim atau lebih dikenali sebagai  Mok Yae dalam kalangan rakannya memang begitu sejak dahulu lagi. Beliau amat meminati bidang yang diceburinya dan melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Antara nasihat beliau kepada rakan-rakan sekuliah ialah " Kita kalu nak buat gapo-gapo, mesti kena NYUNGGUH!!". Maksudnya untuk berjaya, mesti bersungguh-sungguh dalam apa jua urusan. Itu atitude beliau semasa muda remaja sekitar 25 tahun yang lampau, dan kelihatannya beliau memang mengamalkan apa yang diucap. Sebagai guru Seni Visual beliau memang terlalu amat komited menyampaikan ilmu bukan sahaja di peringkat sekolah malah peringkat negeri kelantan dan turut menjelajah keseluruh negara demi menyuburkan tahap apresiasi seni dalam kalangan masyarakat. 

Artikel kali ini akan membincangkan tentang karya Azian Hasyim yang terbaru sahaja tanpa mengikut kronologi perkembangan sebenar beliau. Sekiranya mendapat material yang mencukupi InsyaAllah artikel tentang karya-karya sebelum ini akan menyusul. Dengan penuh takzim dipersembahkan karya beliau yang pertama.

Azian Hasyim
My Journey
122cm X 122cm
Mixed media on canvas
Koleksi Interior Design Glanmarie

Terpana sekejap menatap karya ini. Mata terus bergerak meneliti kesetiap sudut karya mencari imejan yang dilakar tanpa cuba memikirkan aspek kandungan. Bagi penulis, karya sebegini tidak lagi memerlukan apa-apa "statement" daripada pelukis . Secara tampak persembahannya sudah cukup mantap. 
Sebagai audien jujur saya katakan catan "My Journey" telah memaksa saya turut meneroka  kedalam karya yang begitu sarat dengan pelbagai elemen visual. Setiap satunya diatur dengan begitu cermat, berlapis-lapis, kelihatan dinamik. Penggunaan warna-warna alam mampu menarik penghayat untuk terus terbuai dalam sebuah perjalanan yang indah. Terdapat imej-imej yang boleh dikenali seperti percikan air, lautan, pergunungan, awan, dan bungaan. Keseluruhan karya dikukuhkan dengan gabungan warna  dan kepelbagaian  jalinan. Sapuan warna kadang-kadang kelihatan agresif sementara dibahagian lainnya begitu lembut dan teliti. Organisasi unsur serta prinsip seni yang sesuai telah menghasilkan satu kesatuan karya yang penuh dengan nilai estetika seni halus.

Stop dulu..... nanti akan bersambung