Followers

Monday, May 7, 2018

KARYA TERBAHARU CIKGU AZIAN HASYIM

Sekian lama masa berlalu beliau masih tetap istiqomah dalam kerja buatnya. Berkarya dan terus berkarya tanpa jemu. Sosok yang bernama Azian Hasyim atau lebih dikenali sebagai  Mok Yae dalam kalangan rakannya memang begitu sejak dahulu lagi. Beliau amat meminati bidang yang diceburinya dan melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Antara nasihat beliau kepada rakan-rakan sekuliah ialah " Kita kalu nak buat gapo-gapo, mesti kena NYUNGGUH!!". Maksudnya untuk berjaya, mesti bersungguh-sungguh dalam apa jua urusan. Itu atitude beliau semasa muda remaja sekitar 25 tahun yang lampau, dan kelihatannya beliau memang mengamalkan apa yang diucap. Sebagai guru Seni Visual beliau memang terlalu amat komited menyampaikan ilmu bukan sahaja di peringkat sekolah malah peringkat negeri kelantan dan turut menjelajah keseluruh negara demi menyuburkan tahap apresiasi seni dalam kalangan masyarakat. 

Artikel kali ini akan membincangkan tentang karya Azian Hasyim yang terbaru sahaja tanpa mengikut kronologi perkembangan sebenar beliau. Sekiranya mendapat material yang mencukupi InsyaAllah artikel tentang karya-karya sebelum ini akan menyusul. Dengan penuh takzim dipersembahkan karya beliau yang pertama.

Azian Hasyim
My Journey
122cm X 122cm
Mixed media on canvas
Koleksi Interior Design Glanmarie

Terpana sekejap menatap karya ini. Mata terus bergerak meneliti kesetiap sudut karya mencari imejan yang dilakar tanpa cuba memikirkan aspek kandungan. Bagi penulis, karya sebegini tidak lagi memerlukan apa-apa "statement" daripada pelukis . Secara tampak persembahannya sudah cukup mantap. 
Sebagai audien jujur saya katakan catan "My Journey" telah memaksa saya turut meneroka  kedalam karya yang begitu sarat dengan pelbagai elemen visual. Setiap satunya diatur dengan begitu cermat, berlapis-lapis, kelihatan dinamik. Penggunaan warna-warna alam mampu menarik penghayat untuk terus terbuai dalam sebuah perjalanan yang indah. Terdapat imej-imej yang boleh dikenali seperti percikan air, lautan, pergunungan, awan, dan bungaan. Keseluruhan karya dikukuhkan dengan gabungan warna  dan kepelbagaian  jalinan. Sapuan warna kadang-kadang kelihatan agresif sementara dibahagian lainnya begitu lembut dan teliti. Organisasi unsur serta prinsip seni yang sesuai telah menghasilkan satu kesatuan karya yang penuh dengan nilai estetika seni halus.

Stop dulu..... nanti akan bersambung




2 comments: