Followers

Monday, May 21, 2018

Soalan: Jelaskan perbezaan antara pengkaryaan lukisan dengan catan

Lukisan
Merupakan pengkaryaan seni halus yang menggunakan media kering, tanpa warna atau dengan warna yang minima. Imej dalam lukisan ditimbulkan dengan unsur garisan dan jalinan. Media yang digunakan untuk menghasilkan lukisan ialah seperti pensel, arang, pen, kapur, pensel warna dan pastel.


Contoh lukisan menggunakan media kering, tanpa warna

Contoh lukisan yang berwarna. Masih diterima sebagai lukisan walaupun menggunakan warna kerana media yang digunakan iaitu pensel warna merupakan media kering dan unsur yang paling dominan pula ialah garisan dan jalinan yang menimbulkan objek.


Catan
Merupakan pengkaryaan seni halus yang menggunakan media basah dan unsur warna merupakan unsur utama menimbulkan imej dalam karya. Contoh media basah ialah cat air, cat minyak, akrilik, tempera dan cat poster.
Contoh karya catan yang menggunakan media basah akrilik. Unsur warna berperanan menonjolkan imej dalam karya.






2 comments: