Followers

Sunday, May 20, 2018

Soalan : Huraikan perbezaan pengkaryaan seni visual dengan perekaan seni visual

Pengkaryaan 
Seni visual dalam konteks pengkaryaan terdiri dari bidang penghasilan seni yang mementingkan makna dan nilai estetik (keindahan). Bidang pengkaryaan terdiri daripada penghasilan lukisan, catan, cetakan dan arca. Semua hasil pengkaryaan seni visual ini dibuat untuk tujuan kesenian dan dinikmati sebagai satu produk seni tulen.

Contoh karya Lukisan oleh Amron Omar.
Dipetik dari FB Padelli Galeri

Contoh Karya Catan Oleh Mohd Fadhli Yusoff
Dipetik Dari FB Padelli Galeri

Contoh Karya Cetakan oleh Penulis

Contoh karya Arca


Perekaan
Seni visual dalam konteks perekaan pula  ialah bidang penghasilan seni yang mementingkan fungsi dan estetik. Produk perekaan mestilah mempunyai fungsi disamping nilai keindahan. Bidang-bidang perekaan terdiri daripada Komunikasi Visual, Rekabentuk Teknologi dan Rekabentuk Persekitaran.


Dipetik dari:
Contoh seni visual dibawah bidang perekaan komunikasi visual. Sebuah poster yang berfungsi sebagai alat untuk menyampaikan maklumat, kempen, promosi, propaganda, ideologi dan sebagainya. Unsur utama yang digunakan dalam penghasilan poster ialah teks, ilustrasi dan foto.




Contoh seni visual dibawah bidang perekaan reka bentuk teknologi. Sinki seramik yang mempunyai fungsi serta nilai keindahan. Merupakan bidang perekaan seni visual yang memerlukan bantuan teknologi. Untuk menghasilkan  sinki seramik seperti diatas memerlukan sokongan teknologi moden atau tradisional. Antara alat teknologi sokongan yang digunakan ialah mesin pembancuh, acuan, ketuhar dan berbagai peralatan mekanikal.



Contoh seni visual dibawah bidang perekaan reka bentuk persekitaran. Sebuah lanskap persekitaran luara bangunan yang mempunyai fungsi dan sertan sarat dengan nilai keindahan (estetik). Rekaan lanskap sebegini memerlukan gabungan disiplin ilmu pembinaan dan ilmu pertanian. Perancangan dan perlaksanaan yang baik menghasilkan lanskap yang sangat menarik.





No comments:

Post a Comment