Followers

Sunday, August 7, 2011

Ular masuk rumah



Ular! ular! .... jerit anak-anak ku. Mereka mengesan seekor ular Katam Tebu (nama tempatan) bersembunyi dicelah atap garaj rumah kami. Sepengetahuan aku ular spesis ini amat berbisa, sama seperti tedung selar, itu yang sering didedahkan melalui National Geographic. Macam mana ya? nak di pukul agak sukar kerana kedudukannya lebih tinggi dari aku. Silap-silap dia terjun terus atas kepala aku, Innalillah....  . Apa susah, telefon Bomba aje. Selepas buat satu panggilan ke no 994, mereka menghantar sepasukan penangkap ular dari JPAM dalam masa 20 minit. Saya puji dilivery system mereka, amat cekap. Tapi yang paling menarik ialah pasukan penangkap ular tu cuma budak-budak perempuan aje. Sungguh aib Pakcik dibuatnya. Tapi tak pe, janji ular tu berjaya ditangkap hidup-hidup mengikut prosedur yang betul.

2 comments:

  1. Ha ha ha.. Blh bygkn perasaan sggh aib pakcik dibuatnya tu... Tp mmg betul, lps ni kn pg kursus dgn JPAM

    ReplyDelete