Karya kali ini saya namakan sebagai potret melayu.
Keris pekaka
Atau setengah dalang menyebutnya sebagai Tajung.
Keris yang nampak sombong
Imej keris warisan melayu, menurut ahli sejarah rekaan ulu tajung adalah dari zaman kerajaan silam langkasuka. Paparan imej amat jelas, setiap motif yang melata pada pada ulu keris diberi perincian secara bersungguh-sungguh. Pelukis begitu mahir mengolah warna, kelihatan kesan lutsinar berlapis- lapis hasil gabungan teknik glaizing dan scumbling. Teknik yang sama juga digunakan bila beliau menghasilkan figura atau potret.
Pelukis berjaya membezakan dua krektor dalam catan iaitu besi dan kayu. Untuk lebih jelas, imej digambarkan secara realistik sehingga besi kelihatan betul-betul besi manakala kayu nampak macam kayu. Latar hitam dan putih pula bertujuan untuk mempersembahkan imej keris dengan berkesan. Ulu keris Tajung itu sendiri secara visual kelihatan angkuh, tegas, bak pahlawan perang.
Kadang-kadang kelihatan tercengang-cengang macam kehairanan (menurut cikgu nasir, pakar keris, kelantan).
Karya ini berjaya menonjolkan subjek dengan baik. Segala aspek formal diatur dengan kemas dalam satu kompisisi yang menarik menjadikan karya seni ini sebuah hasil seni yang bermakna dan mampu difahami audien.
No comments:
Post a Comment