Followers

Monday, May 31, 2010

lagu terbaru Tomok

Dalam perjalanan ke sekolah pagi tadi saya sempat mendengar satu lagu melalui corong radio yang saya rasa sedap didengar. Setelah tamat lagu tersebut DJ menyatakan bahawa penyayi lagu itu ialah Tomok. Emm rupanya sedap jugak nyayian budak Tomok ni, selama ini saya tak beri perhatian pun.....

Sunday, May 30, 2010

DESAIN MENGGUNAKAN PHOTOSHOP


Perisian adobe photoshop merupakan antara perisian grafik yang paling meluas digunakan di seluruh dunia. Perisian ini ada dibekalkan kepada bilik seni sekolah-sekolah tertentu. Pelajar Seni SMK BADAK digalakkan mencuba perisian ini.

Tuesday, May 25, 2010

Ujian PKBS-2 / 2010

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 6 ATAS SMK BADAK, UJIAN PKBS 2 SENI VISUAL AKAN MELIPUTI SEMUA BAB. SILA BUAT ULANGKAJI SENDIRI.

Tuesday, May 11, 2010

alhamdulillah

laptop saya teruk diserang virus semalam. Alham dulillah kawan saya cikgu Azmi berjaya membunuhnya dengan kejam sekali...... terima kasih.

Monday, May 10, 2010

Akses internet sangat perlahan

Akses internet sangat lemah sekarang ini. Tak tahu kenapa, agak sukar untuk saya upload gambar dalam posting terbaru. Semoga cepat pulih.

Wednesday, May 5, 2010

MUSIM CUTI UNIVERSITI

PELAJAR-PELAJAR UNIVERSITI SEDANG BERDUYUN-DUYUN PULANG BERCUTI SEKARANG. YANG BAGUSNYA RAMAI JUGA BEKAS MURID DATANG KESEKOLAH MENYATAKAN KESEDIAAN UNTUK MEMBANTU DALAM PROGRAM MINGGU ORIENTASI TINGKATAN ENAM RENDAH MINGGU DEPAN. TERIMA KASIH...

Monday, April 26, 2010

CATAN STPM




Projek pengkaryaan catan STPM 2010 agak sukar bagi pelajar-pelajar saya. Tema "teknologi digital dan Nilai kemanusiaan", masih belum dapat diterjemahkan dengan baik secara visual. Disini saya upload karya tahun-tahun lepas sebagai rujukan dari segi kualiti. Semoga kalian berjaya.

Tuesday, April 6, 2010

Terima kasih kerana membantu



Terima kasih Farahin, pelajar tahun 2, UMS kerana telah membantu kami mendapatkan sebuah apartment yang selesa dengan harga berpatutan di Ai-Api Centre.
Terima kasi Farah, juga pelajar UMS kerana telah menyewakan kereta beliau kepada kami dengan harga RM 80 sehari ( kami tanya di beberapa tempat harganya RM160 sehari).

Monday, April 5, 2010

Makmurnya negeri Sabah






Sungguh indah bandar raya Kota kinabalu. Terletak di tepi laut yang kaya dengan hasil marin. Paling menarik ialah harga bahan mentah hasil laut yang jauh lebih murah berbanding dengan tempat saya di Kelantan. Sotong segar dijual dengan haraga RM 3 sekilo, Tenggiri RM12 sekilo, Kerapu Bara RM 14 sekilo, kerisi RM5 sekilo, Merah RM12, ketam, udang, tuna, lala, kima dan macam-macam seafood dijual dengan harga yang sangat berpatutan.

Friday, April 2, 2010

MASA UNTUK MELANCONG

Sempena cuti keputraan duli yang mulia al sultan Kelantan kami berkunjung ke sabah, negeri dibawah bayu. malam nanti kami akan bertolak pulang dan seperti biasa saya akan bercerita melalui gambar-gambar, tunggu...............

Wednesday, March 24, 2010

Maaf, lama tak menulis




Harap maaf, kepada murid-murid dan blogger semua. Kebelakangan ini saya tidak sempat menulis posting baru kerana terlalu sibuk menulis. Saya sedang mengejar tarikh akhir penghantaran tesis iaitu pada pertengahan bulan April 2010. Penulisan saya berkaitan apresiasi Catan Mural di sekolah.

Tuesday, March 9, 2010

Thursday, February 25, 2010

keputusan stpm 2009 hari ini

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STPM 2009 AKAN DI AGIHKAN HARI INI. SEMOGA SEMUA CALON BERPUAS HATI DENGAN PENCAPAIAN MASING-MASING. APA YANG ANDA DAPAT ADALAH PADAN PATUT DENGAN APA YANG ANDA USAHAKAN.

Thursday, February 11, 2010

apresiasi seni visual

Apresiasi seni visual merupakan wacana tentang apa jua yang berkaitan dengan karya seni samada secara bertulis atau secara lisan. Hari ini kami melakukan aktiviti apresiasi secara lisan terhadap karya Mural yang terdapat di sekolah kami. Kebanyakan mural ini berumur lebih dari enam tahun dengan gaya penampilan seni naif . Pelajar mampu membuat apresiasi dengan baik. Tahniah semua.

Thursday, January 28, 2010

GRAFITTI DI TEMPAT ORANG







Grafitti biasanya dikaitkan dengan kegiatan menconteng dinding, vandalisme dan mencemarkan permandangan. Kalau di tempat saya (Kota Bharu) , Grafitti dibuat secara tidak serius menghasilkan kesan visual yang tidak menyenangkan. Berbeza keadaannya di Jogja; grafitti mereka dibuat dengan cukup serius menghasilkan visual yang sesuai disebut sebagai karya. Cuba renungkan...... tempat kita dengan tempat orang.

Wednesday, January 27, 2010

Lawatan ke bengkel Tembikar di Kasongan, Jogjakarta







Lawatan seterusnya ke bengkel tembikar Pak Painem di Kasongan, sebuah desa yang terkenal dengan perusahaan tembikar. Yang agak unik di sini ialah hasil tembikarnya yang pelbagai sehingga merentas latar agama. Pelbagai bentuk tembikar dihasilkan dari termasuk arca-arca keagamaan. Contoh yang agak mengejutkan saya ialah Arca kepala Buddha turut dihasilkan, sedangkan Pak Painem merupakan seorang muslim. Arca tersebut untuk di ekspot ke Australia, Jepun, Eropah dan ke serata dunia. Saya amat kagum kerana hasil tembikar mereka mampu menembusi pasaran Eropah dan Jepun.

Tuesday, January 26, 2010

Belajar tebuk patung wayang kulit Jawa











Wayang kulit jawa mempunyai identiti tersendiri yang berbeza dengan wayang kulit Kelantan atau Kedah. Wataknya tetap sama kerana cerita wayang kulit berkisar tentang kisah mitos hindu. Corak pada patung wayang Jawa sangat halus dan diwarnakan dengan cermat. Kami melawat ke salah satu bengkel di sebuah perkampungan di Jawa tengah. Pemiliknya bernama Pak Suprih, giat menghasilkan patung-patung wayang untuk dijual sebagai cendera mata juga untuk persembahan.

Sunday, January 24, 2010

LAWATAN KE RUMAH PELUKIS DI JOGJA







Hari kedua di Jogja kami bertandan ke rumah Diah, seoarang pelukis muda yang sedang meningkat naik. Beliau merupakan anak kelahiran desa dari Pontianak, Kalimantan, datang menuntut di sebuah Universiti di sini dan terus menetap di Jogja.Khabarnya karya beliau pernah terjual dengan harga Satu Milyar rupiah.
Wanita ini banyak menghasilkan catan dan arca dengan gaya ekspresif. Sapuan berus kelihatan begitu agresif amat berkontra dengan perwatakannya yang kelihatan kecil molek dan berlemah lembut. Cerita-cerita rakyat dari desa tempat kelahiran beliau dipaparkan melalui siri karya catan yang menggambarkan roh-roh hantu wanita yang berterbangan, memberikan kesan mistik dalam keseluruhan karyanya. Diah amat komited dalam bidang seni tampak dan menjadikannya sebagi kerjaya sepenuh masa; rumahnya merupakan studio tempat berkerja.

Tuesday, January 19, 2010

Research Vacation at Jogjakarta











Dalam lawatan penyelidikan ke Jogjakarta pada Ogos 2008 kami sempat ke beberapa tempat penghasilan seni tradisi Jawa seperti tembikar di Kasongan, batik di Pekalongan dan Wayang kulit di sebuah desa berdekatan kasongan. Malam pertama di Jogja kami menonton Wayang Wong (Wayang orang) yang dipersembahkan di Kuil Perambanan. Cerita dan wataknya sama seperti wayang kulit, cuma ia dipersembahkan secara taridra. Agak menarik, cuma bagi yang belum pernah melihat atau baca cerita wayang kulit tentu sukar untuk memahami setiap plot yang dilakonkan.

Thursday, January 7, 2010

BUNTU

Tak tahu nak tulis apa. Kamera dah rosak, rasa macam hilang sebelah tangan.

Tuesday, January 5, 2010

PERMAINAN BUDAK KAMPUNG


Antara permainan budak-budak di kampung ialah main tembak-tembak dengan senapang yang dibuat sendiri. Saya agak kagum melihat gabungan pengetahuan asas dari segi reka bentuk dan prinsip asas fizik yang digunakan mereka. Senapang di buat daripada papan, manakala peluru daripada batang lalang yang tua, juga dipanggil riong. Daya anjal gelang getah digunakan sebagai pelancar peluru. Klajuan peluru dilaraskan mengikut bilangan gelang getah. Seronok lihat mereka main.

Monday, January 4, 2010

TAJUK KOLOKIUM PPUA 2010

Kepada pelajar-pelajar Seni Visual PPUA 2010, SMK Badak sila ambil perhatian terhaap posting ini. Anda dikehendaki membuat penyelidikan seperti berikut:
Tajuk: Pemasaran Hasil Seni Tradisi Melalui Internet
Penerangan: Pelajar dikehendaki menyelidik hasil seni tradisi Malaysia seperti ukiran, anyaman, batik, songket, tembikar, senjata, wau, gasing, serta congkak yang dipasarkan melalui internet.
Metod : 1) Buat carian di internet untuk mendapatkan maklumat mengenai laman sesawang yang menawarkan jualan produk seni tradisi Malaysia.
2) Buat temubual melalui telefon terhadap pengusaha terbabit untuk memperolehi maklumat berkaitan, seperti Tahun pembabitan, produk yang ditawarkan, harga, permintaan, sambutan, jumlah jualan, keuntungan, dan apa-apa yang difikirkan perlu.

Penyelidikan dilakukan secara berkumpulan mengikut kumpulan tutorial. Setiap kumpulan tutorial dibahagi kepada 4 kumpulan, sila uruskan sendiri berkenaan pembahagian kumpulan.
Selamat berjaya

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SELAMAT TAHUN BARU DAN KEMBALI KE SEKOLAH UNTUK SESI PERSEKOLAHAN 2010 KEPADA SEMUA PELAJAR SEKOLAH DIMALAYSIA. JADIKAN TAHUN INI SEBAGAI TAHUN YANG LEBIH BAIK BAGI KITA SEMUA DARI SEGENAP ASPEK. KALAU DULU MALAS, HARI INI KITA AKAN LEBIH RAJIN, KALAU DULU LEMAH JADIKAN DIRI LEBIH KUAT, KALAU DULU SUNGKUR SEKARANG HARUS SYUKUR, KALAU DULU..... SEKARANG HARUS....

Friday, December 25, 2009

PROJEK LANSKAP TERBARU







Gambar diatas ialah cadangan lanskap terbaru yang bakal disiapkan dalam masa terdekat. Sebuah gazebo terapung didalam kolam berukuran 11kaki X 13 kaki. Saya menyimpan hasrat untuk membina lanskap sebegini sejak tahun 1995 kerana tertarik dengan konsep sedemikian setelah melawat kediaman En Sulaiman (Pensyarah Seni reka Tekstil UiTM) di Shah Alam. Saya akan membina sendiri rekaan ini sebagai sebuah karya seni yang menjadi wadah ekspresi rasa keindahan

Saturday, December 19, 2009

Tugasan model 3 dimensi







Sekiranya anda diberi tugasan untuk menghasilkan model 3 dimensi sebuah bilik seni apa yang perlu difikirkan ialah bagaimana menghasilkan model yang kemas dan teguh. Sebagai permulaan kita perlu melakar pelan lantai, kemudian buat lukisan perspektif ruang dalaman, seterusnya lukis model yang akan dihasilkan. Ruang dalaman yang dirancang haruslah ringkas serta tidak terlalu padat supaya senang dilaksanakan diperingkat model. Bahan yang sesuai untuk model tersebut ialan Mounting board untuk membentuk kotak atau ruang bilik dan perabut, gam panas untuk pelekat, masking tape untuk pelekat tambahan, cat serta spray clear untuk kemasan.

Wednesday, November 25, 2009

Cerita musim cuti sekolah







Musim cuti sekolah bermula, Peperiksaan SPM dan STPM sedang berlangsung, banjir pula sedang melanda pantai timur. Saya pula sibuk make-up Motor, cat baru, buang sticker dan buka tawaran untuk di jual. Tengok gambar dibawah sapa nak beli boleh tinggalkan pesanan dalam ruangan komen. Model: Virago 250cc, tahun : 1993, Accident free, Good Condition, Baru cat, baru servis. Harga : RM 6500

Sunday, November 15, 2009

CATAN






















Catan biasanya dipamerkan pada ruangan dinding utama dalam rumah. Saiz catan yang dipamer perlu disesuaikan dengan saiz ruang. Catan bersaiz besar untuk dinding yang luas manakala yang bersaiz kecil untuk ruang sempit. Seeloknya Catan dari pelbagai aliran dipamer supaya tidak menjadi steriotaip.