khusus membincangkan topik-topik berkaitan seni visual peringkat sekolah dan senario seni tampak terkini.Mencadangkan tip-tip untuk membantu murid mencapai kecemerlangan dalam subjek seni visual.Memartabatkan seni tradisi sebagai seni kelas pertama tanpa meminggirkan seni kontemporari. (Art scene and education)
Followers
Wednesday, June 30, 2010
Teruskan tradisi
Setelah mendapat tawaran ke Universiti biasanya orang tua kita akan mengadakan majlis kesyukuran dan solat hajat. Orang kampung, rakan taulan dan guru-guru yang dijemput akan hadir sebagai tanda sokongan dan untuk ucapan tahniah. Mereka akan hulurkan bantuan dalam bentuk wang sagu hati. Amalan ini nampaknya masih lagi diamalkan sehingga sekarang. Itulah tradisi masyarakat kita yang harus kita banggakan. Peristiwa ini akan memberi kesan positif dari sudut psikologi. Kita akan terasa diri amat dihargai dan kejayaan kita turut dibanggakan oleh seluruh komuniti.



Tuesday, June 29, 2010
Bersyukur
Beryukurlah bila mendapat tawaran ke IPTA. Tak perlu dipersoalkan program yang ditawar bagus atau tidak. Yang benting anda harus cukup bagus untuk meletakkan diri sebaris dengan orang-orang yang bagus.The Art Book

Contoh Kolaj
Thursday, June 24, 2010
ada yang bertanya tentang seni kolaj.
Kolaj merupakan salah satu teknik dalam penghasilan karya seni. Teknik kolaj boleh di buat secara bersendirian atau digabungkan dengan teknik lain dalam karya yang menggunakan media campuran. Secara mudah teknik kolaj ialah menampal sesuatu keatas permukaan karya untuk membentuk imej atau untuk jalinannya sahaja. Bahan untuk kolaj biasanya terdiri dari bahan terpakai seperti kertas, kain, tali, kadbod dan sebagainya.
Wednesday, June 23, 2010
Musim tawaran ke Universiti
Minggu ini ramai bekas pelajar SMK Badak, STPM 2009 datang ke sekolah untuk pelbagai urusan di pejabat sekolah kerana telah mendapat tawaran ke IPTA. Tahniah kepada yang telah berjaya, bagi yang tidak berjaya hidup anda tidak berakhir disini. Cari lah peluang dimana sahaja bumi tuhan ini begitu luas dan pintu rezekinya belum tertutup.
Thursday, June 3, 2010
Arca instalasi
Instalasi merupakan merupakan salah satu kaedah persembahan seni visual dalam satu ruang nyata. Arca instalasi dipersembahkan dengan menyusun objek-objek seni seperti arca, lukisan, cetakan atau catan dalam satu komposisi yang telah dirancang oleh pengkarya. Gambar diatas merupakan karya dari jenis instalasi.
Wednesday, June 2, 2010
KOLEKSI BATIK KRATON
Tuesday, June 1, 2010
Ujian Seni Visual Kertas 2 sedang berlangsung
Ujian kertas 2 Seni Viasual sedang berlangsung sekarang. Saya berjanji kepada pelajar, kali ini lukisan terburuk akan dipaparkan dalam blog ini...... berbeza dari kebiasaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)