Pada masa tersebut kami berada di darjah 1, sekolah kebangsaan Melor. Rata-rata murid Melayu pada masa itu dari keluarga petani termasuk saya.
Mengenang masa lampau, kami hanya membawa wang saku sebanyak 20 sen sahaja ke sekolah setiap hari. Itu sudah mencukupi pada masa itu. Seketul kuih berharga 10 sen dan air sirap 10sen, sudah cukup sebagai alas perut waktu rehat, kami tidak pernah rasa kelaparan. Mungkin itulah gambaran keberkatan rezeki yang diraih dari jerih usaha mengerjakan sawah oleh orang tua kita.
Jadi agak mustahil bagi kami untuk mem beli foto yang dijual dengan harga 50sen sekeping. Bukan tidak mampu, jika diminta dari ibu 50sen untuk beli gambar pasti akan ditunaikan, tapi itu bukan sikap kami kanak-kanak zaman 80an. Kami sedar kesukaran Ibu bapa kita walaupun mereka tidak pernah menunjukkan kesusahan depan anak-anak, tidak pernah merungut tiada wang untuk membiayai persekolahan anak-anak. Sebaliknya pesan tegas mereka " tugas mu ngaji jah, bab cari pitih kijo aku".
No comments:
Post a Comment